Langkau ke kandungan utama

Catatan

Cara Baiki Blog yang Tak Boleh di Komen.

Maaf Kawan Kawan... Terutama Kawan Kawan Blog Lama... Ada yang Sejak 2009 lagi... Aku baru nak berjinak jinak aktif balik dengan aktiviti penulisan blog ni. Semasa melawat kawan kawan, perasan ada blog yang tak boleh dikomen. Mungkin ada masalah. Bila taip komen di ruangan yang disediakan dan di publish, tiada komen yang dipaparkan. Mungkin ada masalah di blogspot atau akaun google. Kalau itu yang terjadi, cara penyelesaiannya adalah seperti berikut: Setting Post, Comment and sharing Comments Comment Locatian -  Pilih Pop up Window. Save setting. Selesai masalah. Terima kasih.

Beli Hauck Duett 2 Murah? Baca ini dahulu.

Beli Hauck Duett 2 Murah? Baca ini dahulu. Review Hauck Duett 2 Tandem Stroller Walaupun jenama stroller  Hauck  masih belum dikenali ramai. (Saya pun sebelum ini tidak pernah mendengar jenama ini).  Sebenarnya, jenama ini sangat dikenali di German dan di beberapa negara Eropah. Kini mereka telah memasuki pasaran Malaysia. Jenama  Hauck  ini telah wujud sejak hampir 90 tahun dan merupakan salah satu daripada jenama besar antarabangsa untuk produk bayi. Ia telah memenangi pelbagai anugerah di peringkat antarabangsa. Model Hauck Duett 2 Double Buggy ialah versi yang di"upgrade" daripada Hauck Duett Buggy, yang telah berada di pasaran sejak 2011, dan sudah tentu menawarkan pelbagai "features" yang menarik. Apa yang beza dari Model Duett asal? Terdapat beberapa perubahan pada versi baru  Hauck Duett 2  ini. Tempat duduk keduanya mempunyai ruang lebih besar, lebih 3cm besarnya dari model lama. Pemegang stroller ini juga s...

Mak... Ayah... Punca Pintu Rezeki?

Mak... Ayah... Punca Pintu Rezeki? Bos aku pernah nasihatkan... Jangan berkira langsung dengan ibu bapa kalau nak murah rezeki! Sebenarnya, untuk memperolehi rezeki yang melimpah ruah banyak... Bukan dengan berkerja sampai tak kenal siang dan malam... Sebaliknya jika masih ada ibu bapa kandung atau mentua... Berbaktilah pada mereka. Walaupun mereka cerewet... Atau seperti kebudak budakkan yang mungkin boleh membuatkan kita rasa kecil atau panas hati... Berlapang dada lah. Pengorbanan ibu bapa membesarkan kita lebih besar berbanding rasa hasutan hati itu. Doa dan keredhaan ibu bapa yang akan membuka pintu pintu rezeki itu. Kerana doa ibu bapa tiada hijab dengan Allah. Gembirakan mereka dan insshaAllah mereka akan mendoakan yang terbaik untuk kita.

Bagaimana Merasakan Hidup Kita Berkat?

Bagaimana Merasakan Hidup Kita Berkat? Berkat itu bermaksud "Bertambah dengan kebaikan". Bagaimana pula untuk merasainya? 1. Pendapatan yang sedikit, tapi cukup. Malah dapat memberi kepada yang memerlukan walaupun sedikit. Tabung Masjid tidak pernah dilupakan, zakat tidak pernah diabaikan. Mengukur baju di badan sendiri. Nikmat padanya dengan memberi. Seorang ayah yang miskin, mampu memelihara anaknya. Tiada yang kebuluran. Mengapa? Itulah berkat namanya... 2. Pendapatan yang banyak, lagi mudah untuk menolong. Dirasakan yang banyak itu perlu dikongsi. Mencari ruang untuk berkongsi. Memahami sebahagian kelebihan yang Allah berikan itu, ada bahagian untuk yang memerlukan. Tidak perlu orang datang untuk mengemis! Sombong itu tiada dalam diari hidupnya. 3. Masa yang sangat sibuk, tapi mampu untuk melakukan yang wajib dan membiasakan yang sunat. Subuhnya tetap dalam waktunya. Sedar, kesibukan bukan penghalang untuk selalu sujud kepada Nya. Nabi Yusof a.s juga sibuk meng...

Pulih Penyakit Dengan Memicit Titik di Tapak Tangan

Pulih Penyakit Dengan Memicit Titik di Tapak Tangan Pilih titik yang berkaitan dengan sakit anda, tekan dengan ibu jari selama 5 saat, Lepaskan selama 3 saat. Ulang semula beberapa kali selama 3 - 4 minit Amalkan selama 6 - 13 hari, insyaAllah penyakit akan berkurang. NotaKarut: Jangan lupa share, tak keluar modal pun, ia mungkin akan membantu seseorang yang akan terbaca share yg datang dari anda.

Cara Nak Tahu Orang Makan Gaji Vs Berniaga Hanya Melalui Facebook!

Cara Nak Tahu Orang Makan Gaji Vs Berniaga Hanya Melalui Facebook! Senang nak tau orang tu kerja makan gaji atau kerja sendiri(berniaga). Hanya dengan melawat wall Facebook (FB) dia. Kalau wall dia penuh dengan cerita sendiri, apa yang dia buat dan iklan... Iklan... Dan Iklan... Sah... Dia kerja sendiri. Kalau wall dia penuh dengan share dari page orang lain, puas scroll sampai ke atas ke bawah ke atas, cerita pasal dia satu pun tak jumpa Confirm dia makan gaji. Haha!