Langkau ke kandungan utama

Catatan

SELAMAT HARI RAYA.........

17 September 2009, Khamis.... Hari terakhir aku kat pejabat sebelum bercuti panjang.... Hari ni hari paling sepi dalam pejabat ni.... Bos besar dah start cuti dah.... Bos aku start sok cuti, tapi hari ni dah pun menghilangkan diri dah... Ntah kemana la orang tua tu dah pergi.... Staff lain lak pagi2 lagi dah cabut pergi Jalan TAR... Tinggal la aku yang tengah tak der mood ni jaga pejabat..... Hati dah dekat Rumah dah.... So.... Raya pun dah dekat dah... lagi 3 hari jea lagi.... Aku mintak maaf la kalau ada la aku buat korang tersinggung ker.... Terasa ker... Termakan lebih ker.... Terkutuk lebih ker.... Ter..... Ter..... yang seangkatan dengannya................ Selamat Hari Raya.......

raya sakan

Petang2 ni aku teringat la ngomelan orang tua yg pernah aku kenal.... "Perbelanjaan @ persiapan raya tak akan habis selagi tak sembahyang sunat hari raya...." Bila dah sudah Sembahyang tu, mak2, makcik2, nenek2, kakak2, akan lupa semua yang telah diperhabis untuk hari raya ni.... Dah tak heran kalau tu tak cukup, ni tak cukup, kalau tu tak kena, ni tak kena, kalau ni nak kena ganti baru, tu nak kena ganti baru... Kalau sebelum raya tu ada jea mata ni yang tak kena, tengok jiran tukar sofa baru pun mata dah berbulu, dengar jiran yang selang jauhnya 44 rumah pun tengah bancuh kuih raya pun boleh mendatangkan perasan cemburu....Nak juga buat kuih jam2 tu gak..... Hai....cepat2 la Datuk Penyimpan Mohor Besar umum raya.... Kalau x....... Selagi ada kudrat, macam2 boleh jadi....

syiling oh syiling.........

syiling yang aku simpan selama ni xlaku rupanya.... pergi CIMB Bank Bukit Tunku, dia cakap mesin rosak... pergi Bank Rakyat, dia habaq mai mesin tak ada... pergi Maybank Jalan Ampag, depa kata tak boleh tukar, nak kena masuk dalam akaun baru boleh.... pergi BSN, lagi la haru... Heeeeeeeiiiiiiiiiiiiiiiii......