Langkau ke kandungan utama

Catatan

7 sebab kenapa raya tahun ni kurang meriah...

1. 4.04am 28 Ramadan bersamaan 8 September... Kepulangan ke rahmahtullah Allahyarham Raslim Bin Mahmud aka Atok... permulaan yang sedih di hari mantai ... Kebiasaannya di hari mantai ni, di kampung-kampung di Negeri Sembilan akan meriah dengan persiapan hari raya, dengan jualan daging lembu, kerbaunya... Tapi aku... Bergegas ke Hospital Kuala Pilah selepas menerima panggilan daripada Hospital yang menyatakan atok dah nazak... Jam 3pagi, disaat orang lain sedang enak dibuai mimpi... Bayangkan di jalan kampung, cik Persona aku tu dikerah di paksa 140-160km/j... 20 Min dah sampai hospital, kebiasaannya 45min perjalanan... ........................................................................................................................................... Tak mampu nak menulis panjang...... Semuanya selamat diselesaikan jam 12.00tengahari... 2. Pertama kali raya tanpa lemang, dodol, rendang, ketupat dan sebagainya... Sebab... Masing-masing tak mampu nak buat... 3. Kenduri tahlil ar

Apa kata kalau raya tahun ni seseorang telah tiada???

Apa perasaan bila sambut hari raya tanpa seseorang??? Rasa macam kurang jea... Macam tak lengkap... Lagi-lagi kalau orang tu ketua keluarga... Tak pernah lagi aku rasa beraya tanpa keluarga yang tak lengkap... Tak dapat aku bayangkan beraya tanpa dia... Harap-harap atuk cepat sembuh... Dah 10hari dah dalam hospital Kuala Pilah... Dan malam tadi mak telefon bagi tahu atuk dah 50-50... terkelu... terkedu... Hari ni serba tak kena... Serba tak menjadi... ............................ Tak terkata...

skema jawapan raya

Raya tahun lepas, banyak soalan cepukcemas daripada mak-mak sedara, nenek sedara dan yang yang berkaitan mahupun yang tak berkaitan, yang kebanyakan soalan, aku hanya mampu menjawab dengan senyuman... Penat dan letih nak menjawab... Raya tahun ni, aku dah siapkan awal-awal skema jawapan... Itu pun kalau ada yang berani nak nyibuk tanya lagi tahun ni.... Soalan standard 1.: Bila kau nak kawen Ngah??? Jawapan- Mak Lang tolong sponsor ckit la... Tak cukup bajet lagi la... Soalan standard 2.: Kau dah ada makwe belum Ngah??? Jawapan- Mak Teh tolong la kenen-kenenkan ngan anak dara yang cun melecun ala-ala artis... Soalan standard 3.: Bila kau nak ganti kuda buruk kau tu... Dah berkarat den tengok dah??? Jawapan- M ak Long tak nampak ker kereta persona yang cun melecun kat luar tu??? Soalan Standard 4.: Kereta Persona jea??? Tak glomournye... Apasal kau tak beli kereta import cam Vios ke? Jawapan - meh duit sekepok... kereta sport pun den boleh boli... Tu soalan yang biasa raya tahun lepas..

OFF DUTY

KURSUS INDUKSI 13OGOS - 26OGOS CUTI REHAT 27OGOS -31 OGOS... Lagipun dah tak boleh nak mengarut sangat dah sekarang... Banyak mata yang membaca... chowww... jumpa seminggu sebelum raya...

Malam Kenangan Filem-Filem P Ramlee

17 Julai 2010 Lokasi: De Palma Hotel, Ampang... Makan Malam Cawangan Kejuruteraan Cerun... Tema Pakaian: P Ramlee & Saloma... Tema Persembahan: Sedutan Filem2 P Ramlee... P Ramlee bersama-sama dengan Salomanya... Sama padan tak??? Jangan jelous arrrr... Geng Penyamun Tarbus... Pengacara majlis, Tuah (DJ Suria FM) bersama-sama Dato' Pengarah. Sesi persembahan unit-unit... Aku tengah menyorok kat belakang tabir... Pemalu la katakan... (konon2 nak jadi pengarah la tu)... Sedutan daripada filem 3 Abdul.... Kalau ada hamba yang nak kena jual selawa cam ni, aku sanggup beli... Huhuhu... Wajah kasihan Penasihat 25% selepas kena lelong dengan Abdul Wahub...

Amatur

Memperembahkan para pelakon Sketsa 3 Abdul dari unit keselamatan cerun, pada makan malam "kenangan filem-2 P Ramlee & Saloma" anjuran Cawangan Kejuruteraan Cerun.