Assalamualaikum... Hallooo... Hai... Aku tau kebanyakkan dari kita dah pun berada di kampung halaman masing masing... ( ini bagi perantau yang mencari sesuap rezeki di kota kota metropolitan...) Sama ada sedang bersenang lenang bergoyang kaki kerana semua mengharapkan mak yang tolong buatkan atau bersama sama bergotong royong bersama sama menyediakan persiapan hari raya...
Bak kata ayah aku, semuanya tak cukup selagi belum tok imam mengalunkan takbir memuji muji kebesaran Ilahi... Dah lepas solat sunat AidilFitri tu, semua yang tak cukup tadi automatik menjadi cukup dan kadang kadang menjadi terlebih hingga pembaziran berlaku!
Adakah anda seorang yang berumur 20tahun ke atas dan setiap kali beraya, atau sanak saudara berkunjung menziarahi, antara soalan soalan cepukcemas yang biasa didengar seperti "kerja di mana sekarang" atau "bila lagi nak raya berdua"...
Atau adakah anda seorang yang telah berkahwin dan kerap juga ditanya soalan soalan cepuk cemas...
Ber