Hari petang Khamis lepas Sang Jurutera terpaksa balik ke Kuala Pilah kerana ada urusan kerja yang mendesak. Selesai menyempurnakan kerjanya kira kira jam 11.00 malam, dia pun terpaksa berangkat balik ke Kuala Lumpur sendirian walaupun agak lewat kerana keesokkannya dia terpaksa bekerja. Sampai di Bukit Putus, dia memilih untuk melalui jalan lama yang bengkang-bengkok tu, takut mengantuk katanya kalau ikut jalan baru yang lurus bendul tu... Sunyi sepi! Hanya berselang 5minit baru dia berselisih dengan satu lori... Tiba tiba si jurutera pun ternampak seorang perempuan berbaju putih sedang menahan keretanya. Cantiknya!Bisik hatinya... Hantu kot... Tapi akalnya dan nafsunya menyuruh menolong gadis cantik itu. Lantas dia pun berhentikan personanya dan bertanya “Apo halnyo cik adik malam-malam buto kek sini?” ”Abang.. tolong lah saya. Kereta saya rosak ni… Puas dah saya tahan kereta lain. Tapi semuanya tak nak berhenti. Boleh tak tumpangkan saya sampai ke Seremban aje. Saya bole