Langkau ke kandungan utama

Catatan

Hikayat Pak Pandir...

Arekian, tersebut la satu cerita... Pak Pandir dan Tukang Karut kerja outstation bersama sama... Bersama sama lah mereka meredah laluan berliku Cameron Highlands... Hatta, kepenatan la mereka berdua dek kepeningan jalan berliku yang mendaki... Tanpa berlengah lagi, mereka pun check in di hotel Equatorial... Dek kerana badan kepenatan... Pak Pandir pun naik la ke bilik dahulu meninggalkan tukang karut mengambil beg... Hatinya tiba tiba menjadi sangat marah sebaik sahaja memasuki bilik hotel tersebut lalu menelefon kaunter reception... Pak Pandir: Halllooo... ha... Apa punya hotel ni... Nama je 4 bintang... Fasiliti langsung tak ada... Gadis menjawab telefon: ye encik... Kenapa marah marah ni... Apa yang tak ada di bilik encik tu. Nanti saya panggilkan maintenance... Pak Pakdir: Ni ha... Mana korang sorokkan aircond bilik aku ni ha... Sejuk bebenor ni ha... Tak tahan aku! Published with Blogger-droid v2.0.9

Tips Nak Update Blog Di Kala Tak Ada Idea...

Dah orang bertanya... Terpaksa la jawab... Kang kalau tak jawab kang... Dikatakan sombong dan bongkak la pulak kan... Tips #1. Mulakan bangun pagi dengan mengucap dua kalimah syahada... Bersyukur masih lagi bernafas di bumi ini... Tips #2. Mulakan pagi dengan makan sarapan... Jangan nak mengada nak skip makan lak... Jangan la konon konon nak diet bagai... Tips #3. Lepas makan sila tidur sekejab... Tips #4. Nampak...  Nampak tak apa yang aku nampak ni... Nampak tak yang sebenarnya aku tengah mengarut ni... Nampak tak? Tips #5. Nak jugak tips ke... Erm... Ada mata... Pandang sekeliling... Ada telinga... Dengar bunyi suara... Ada mulut... Kasi diam... Ada jari... Kasi gerak... Ada otak... Kasi pakai la! NotaKarut: Update blog ni macam selera makan... Kadang kadang nak makan nasi... Kadang kadang nak makan magi... Kadang kadang kadang nak makan durian... Ha... Nampak tak kaitan kat situ walaupun sebenarnya tak ada kaitan pu

Kepastian...

Mati itu pasti... Bila nak mati tu tak pasti... Bagaimana cara mati itu, bukan kepastian... Sampai masa... Tak kurang... Tak lebih... Walau sesaat... Dari Dia kita datang... Kepada Dia kita kembali... NotaKarut: Maafkan kesalahan hamba sepanjang menulis blog karut ini... Published with Blogger-droid v2.0.9