Langkau ke kandungan utama

Catatan

Topeng Muka Jerebu Yang Selesa...

NotaKarut: Selesa sangat kan... Lembut jea...

Lapan Bulan Sudah...

Lapan Bulan Sudah... Cepatnya masa berlalu...

PandanganKu Kabur....

Cadangan Buat Kerajaan Malaysia....

Disyorkan kepada kerajaan Malaysia... Supaya pembuat pembuat dan pengimport kereta di Malaysia memansuhkan pemasangan lampu signal... Kerana ramai pemandu di Malaysia tidak tahu penggunaan lampu signal ketika menukar lorong atau keluar simpang... Cukup sekadar berniat di dalam hati nak tukar lorong... Disyorkan juga supaya pemasangan hon juga dimansuhkan... Biar tak boleh menbunyikam hon panjang bila pemandu menukar lorong sesuka hati... lagipun dah nak mansuhkan lampu signal kan kan kan....

Fakta Bila Lelaki Memasak...

1. 99.999999% lelaki di Malaysia sangat pandai memasak kari... Tapi... Maggi kari jea la... 2.  Lelaki kadang kadang kalau datang mood baik memang suka memasak... Tapi teramat sangatlah malas nak basuh periuk belanga serta pinggan mangkuk... 3. Apabila lelaki memasak umpama sedang bertukang rumah... Bukan main bising lagi... 4.  Adalah kebiasaan lelaki memasak tanpa memakai baju... Lebih afdal dan sedap jika peluh memercik di dahi dan ketiak... 5. Menu utama masakan lelaki adalah telur goreng, sardin, telur goreng dan juga sardin. Tak ketinggalan jugak kicap lemak manis dan masin...

Al kisah tukang Karut...

Tukang Karut : Bang, macam mana kira mangga ni?... Tukang Jual : Sekilo 7 Ringgit!... Tukang Karut : Umangaihhhh... Mahal gila... 5 ringgit sudah!!! Tukang Jual : Mana dapat!!! Duit minyak pun tak lepas... Tukang Karut : Manis ke? Tukang Jual : Confirm manis gila... Tukang Karut : Kalau tak manis, macam mana bang?... Tukang Jual : Kalau tak manis, tak payah bayar!... Tukang Karut : Kalau macam tu, bagi saya yang tak manis 10 kilo!... Tukang Jual : "#$%@%&%????...

Makan Di Kedai Melayu...

Tukang Karut : Dik, mai sini sat... Tukang Amik dan hantar Order : Ye saya... Ada apa encik? Tukang Karut : Saya ada masalah dengan tomyam saya ni... Tukang Amik dan hantar Order : Kenapa encik? Tukang Karut : Cuba kamu rasa tomyam ni... Tukang Amik dan hantar Order : Kenapa? Tom yam ni terlalu masin ke encik? Tukang Karut : Tak!!! Cuba kamu rasa dulu.. Tukang Amik dan hantar Order : Atau tomyam ni terlalu panas? Tukang Karut : Tak!!! Cuba la kamu rasa dulu.. Tukang Amik dan hantar Order : Ok, baiklah... Mmmmmm, mana sudunya? Tukang Karut : Haaa. tu la masalah dia...