Langkau ke kandungan utama

Catatan

Eh Eh Eh... Lupa lak...

29 May 2014... ---> 30 Tahun dah hidup... NotaKarut: Sebenarnya aku lupa... (Atau buat buat lupa)... Cam mana la... Besday sendiri pun lupa... Nasib baik la ada notification FB...

Penangan...

Penangan makan petai... Lunch petai sambal lawan sambal tempoyak durian baru... Malam pulak bedal petai lawan cencaluk melaka.... Perghhhhh... Nikmat dunia rasa kampung... Pagi ni... Bila tiba urusan seri paduka perut... Sedut hembus teran sedut hembus teran... Kembang kempis hidung kembang tekak... Perghhhh... Sendiri punya bau pun tak boleh blah... Rasa nak sangkut kepala tepi jamban... Pengsan!!! Aku pun tak sanggup nak masuk toilet untuk 4 jam berikutnya... Maaf la makcik housekeeping... Sila tahan hidung ye...

Rindu? Mari Abang Payung Pantun...

Daun mengkuang daun mengkudu, Dibuat orang menjadi tikar, Dari mana terbitnya rindu, Bila berjauhan menjadi mekar. Anak monyet melompat sakan, Dahan ke dahan dia meniti, Selamat malam sayang abang ucapkan, Biar berjauhan tetap di hati...

Obsesi Baru....

Ntah apa kenanya anak dara aku sorang ni... Pantang pulak jumpa baldi... Abis diselungkup kat kepala... Mungkin nak masuk sojar kot....

Trending...

Dalam 2minggu lepas... Berita berita Kejadian buang bayi... Terjumpa mayat bayi... Menghiasi dada dada akhbar...tv... Flashback semula... Buat kira kira... 9bulan 10 hari ke belakang... Lebih kurang 31 ogos... Pesta merdeka negara... Terselit pesta seks luat nikah... Bulan ni akan banyak dengar kisah2 ni... Akan menjadi trending...

Catuan air di Lembah Klang dihentikan minggu depan...

Kebimbangan penduduk di Selangor dan Wilayah Persekutuan bakal berakhir apabila catuan air yang berlangsung selama dua bulan lalu akan ditamatkan pada minggu depan. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pihaknya akan mengisytiharkan perkara itu hasil daripada mesyuarat yang diadakan di Shah Alam petang semalam. Menurut beliau, mesyuarat yang dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Loo Took Gee; Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN); Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) dan syarikat pengurusan air lain membincangkan beberapa langkah susulan bagi menamatkan catuan air. Beliau yang ditemui selepas Majlis Tautan Kasih Bersama Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri di sini, malam tadi berkata, bekalan tersebut dijangka pulih sepenuhnya sebelum bulan Ramadan ini dan masyarakat terutama umat Islam tidak perlu bimbang untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti. - UTUSAN ONLINE Sumber:  Artikel Penuh