Langkau ke kandungan utama

Catatan

Ekonomi Lompong Malaysia

ZINKAN saya berkongsi detik BLINDSPOT di sini; tidak ramai yang memberi perhatian bahawa pada 2014, 29.1% daripada jumlah import Malaysia adalah barangan Elektrik dan Elektronik (E&E). Pada tahun yang sama, 35.7% daripada jumlah eksport Malaysia juga adalah barangan E&E. Apakah yang sebenarnya sedang berlaku? Bahasa mudah, asas ekonomi Malaysia lompong dan bermasalah. Malaysia mengimport komponen-komponen yang murah dari Negara China, memasangnya sebagai produk siap di dalam negara dan mengeksport sebagai barangan untuk dijual. Malangnya, produk akhir yang dieksport kebanyakan adalah jenis Barangan Pembuatan Asli (OEM); dihasilkan menggunakan tenaga buruh murah bagi syarikat asing. Jarang sekali kita mengeluarkan produk sendiri atau mengeksport jenama negara ini. Hasilnya, nilai tambah dalam rangkaian pengeluaran barangan E&E dianggarkan sekitar hanya 15 peratus. Konsep yang sama dilakukan buat industri tekstil Malaysia, yang tidak ubah seperti kedai jahitan murah u

Cara Baiki Blog yang Tak Boleh di Komen.

Maaf Kawan Kawan... Terutama Kawan Kawan Blog Lama... Ada yang Sejak 2009 lagi... Aku baru nak berjinak jinak aktif balik dengan aktiviti penulisan blog ni. Semasa melawat kawan kawan, perasan ada blog yang tak boleh dikomen. Mungkin ada masalah. Bila taip komen di ruangan yang disediakan dan di publish, tiada komen yang dipaparkan. Mungkin ada masalah di blogspot atau akaun google. Kalau itu yang terjadi, cara penyelesaiannya adalah seperti berikut: Setting Post, Comment and sharing Comments Comment Locatian -  Pilih Pop up Window. Save setting. Selesai masalah. Terima kasih.

Beli Hauck Duett 2 Murah? Baca ini dahulu.

Beli Hauck Duett 2 Murah? Baca ini dahulu. Review Hauck Duett 2 Tandem Stroller Walaupun jenama stroller  Hauck  masih belum dikenali ramai. (Saya pun sebelum ini tidak pernah mendengar jenama ini).  Sebenarnya, jenama ini sangat dikenali di German dan di beberapa negara Eropah. Kini mereka telah memasuki pasaran Malaysia. Jenama  Hauck  ini telah wujud sejak hampir 90 tahun dan merupakan salah satu daripada jenama besar antarabangsa untuk produk bayi. Ia telah memenangi pelbagai anugerah di peringkat antarabangsa. Model Hauck Duett 2 Double Buggy ialah versi yang di"upgrade" daripada Hauck Duett Buggy, yang telah berada di pasaran sejak 2011, dan sudah tentu menawarkan pelbagai "features" yang menarik. Apa yang beza dari Model Duett asal? Terdapat beberapa perubahan pada versi baru  Hauck Duett 2  ini. Tempat duduk keduanya mempunyai ruang lebih besar, lebih 3cm besarnya dari model lama. Pemegang stroller ini juga sudah boleh dil

Mak... Ayah... Punca Pintu Rezeki?

Mak... Ayah... Punca Pintu Rezeki? Bos aku pernah nasihatkan... Jangan berkira langsung dengan ibu bapa kalau nak murah rezeki! Sebenarnya, untuk memperolehi rezeki yang melimpah ruah banyak... Bukan dengan berkerja sampai tak kenal siang dan malam... Sebaliknya jika masih ada ibu bapa kandung atau mentua... Berbaktilah pada mereka. Walaupun mereka cerewet... Atau seperti kebudak budakkan yang mungkin boleh membuatkan kita rasa kecil atau panas hati... Berlapang dada lah. Pengorbanan ibu bapa membesarkan kita lebih besar berbanding rasa hasutan hati itu. Doa dan keredhaan ibu bapa yang akan membuka pintu pintu rezeki itu. Kerana doa ibu bapa tiada hijab dengan Allah. Gembirakan mereka dan insshaAllah mereka akan mendoakan yang terbaik untuk kita.

Bagaimana Merasakan Hidup Kita Berkat?

Bagaimana Merasakan Hidup Kita Berkat? Berkat itu bermaksud "Bertambah dengan kebaikan". Bagaimana pula untuk merasainya? 1. Pendapatan yang sedikit, tapi cukup. Malah dapat memberi kepada yang memerlukan walaupun sedikit. Tabung Masjid tidak pernah dilupakan, zakat tidak pernah diabaikan. Mengukur baju di badan sendiri. Nikmat padanya dengan memberi. Seorang ayah yang miskin, mampu memelihara anaknya. Tiada yang kebuluran. Mengapa? Itulah berkat namanya... 2. Pendapatan yang banyak, lagi mudah untuk menolong. Dirasakan yang banyak itu perlu dikongsi. Mencari ruang untuk berkongsi. Memahami sebahagian kelebihan yang Allah berikan itu, ada bahagian untuk yang memerlukan. Tidak perlu orang datang untuk mengemis! Sombong itu tiada dalam diari hidupnya. 3. Masa yang sangat sibuk, tapi mampu untuk melakukan yang wajib dan membiasakan yang sunat. Subuhnya tetap dalam waktunya. Sedar, kesibukan bukan penghalang untuk selalu sujud kepada Nya. Nabi Yusof a.s juga sibuk meng

Pulih Penyakit Dengan Memicit Titik di Tapak Tangan

Pulih Penyakit Dengan Memicit Titik di Tapak Tangan Pilih titik yang berkaitan dengan sakit anda, tekan dengan ibu jari selama 5 saat, Lepaskan selama 3 saat. Ulang semula beberapa kali selama 3 - 4 minit Amalkan selama 6 - 13 hari, insyaAllah penyakit akan berkurang. NotaKarut: Jangan lupa share, tak keluar modal pun, ia mungkin akan membantu seseorang yang akan terbaca share yg datang dari anda.

Cara Nak Tahu Orang Makan Gaji Vs Berniaga Hanya Melalui Facebook!

Cara Nak Tahu Orang Makan Gaji Vs Berniaga Hanya Melalui Facebook! Senang nak tau orang tu kerja makan gaji atau kerja sendiri(berniaga). Hanya dengan melawat wall Facebook (FB) dia. Kalau wall dia penuh dengan cerita sendiri, apa yang dia buat dan iklan... Iklan... Dan Iklan... Sah... Dia kerja sendiri. Kalau wall dia penuh dengan share dari page orang lain, puas scroll sampai ke atas ke bawah ke atas, cerita pasal dia satu pun tak jumpa Confirm dia makan gaji. Haha!

Berapa Kerap Hubungan Seks Suami Isteri?

Berapa Kerap Hubungan Seks Suami Isteri? Untuk dibincangkan.... Menjadi rahsia bilik tidur antara suami dan isteri. Namun seks adalah keperluan utama bagi suami mahupun isteri. Bilangan berapa kali seks yang perlu dilakukan adalah subjektif. Namun, sekiranya tiada hubungan sekiranya semua normal adalah menjadi pelik yang perlu disiasat.

Anak 4 tahun... Apa yang selalu ditanya?

Macam biasa, petang tadi Izz Zara Zulaikha tak lupa bagi pesanan sebelum balik dari tadika... Zara: Papa... Nanti kita pergi kedai... Jangan lupa beli mainan. Papa: Kan dah beli semalam... Zara; Itu semalam, hari ni lain... Nak la nak la beli lagi... Papa: Hurm.. Yelaaaaa... Zara: Lepastu... beli yakult... Papa: Aiscream taknak? Zara: Nak... Nak... Beli banyak2. Papa: Apsal nak banyak2 pulak? Zara: Tu semua zara punya... Papa: Dah? Itu je? Zara: tu je. Jangan lupa tau!! Notakarut: bila anak dah pandai meminta minta.... Selagi poket tak bocor, layan kan aje...

Apa Itu Obsessive Compulsive Disorder (OCDC)

Apa Itu Obsessive Compulsive Disorder (OCDC) Apa Itu Obsessive Compulsive Disorder (OCDC)

Pantun selamat pagi.

Pantun selamat pagi. Burung berkicau itik menari Itik menari di dalam perigi Mimpi basah tegak berdiri Sampai tak sedar matahari dah tinggi Putih dan dinginnya air perigi Indahnya mandi berteman si dia Assalamualaikum dan selamat pagi Semoga semua sihat dan berbahagia.

NEURO LINGUISTIC PROGRAMMING - TRIVIA PSIKOLOGI

NEURO LINGUISTIC PROGRAMMING NEURO LINGUISTIC PROGRAMMING - TRIVIA PSIKOLOGI NLP ialah teknologi terkini yang menggunakan model kefungsian manusia berasaskan kepada konsep Psikologi. Model kefungsian manusia merangkumi penggunaan ‘Bahasa Minda’ untuk mengawal minda dalam menguruskan perasaan (state) untuk mencapai sesuatu matlamat.

Mutiara Kata Indah Hari Jumaat

" Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa yang paling manis SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK" Mutiara Kata Indah Hari Jumaat

ketahui 5 petua hidup bahagia...

ketahui 5 petua hidup bahagia... Cintai Allah lebih dari segalanya Berbuat baik kepada semua termasuk haiwan dan alam sekitar Selalu memaafkan walaupun perit Be Positive Tak merugikan orang lain/

Lawak Huruf Huruf Lucu...

Lawak Huruf Huruf Lucu... Cikgu : murid2, sebutkan nama binatang yg bermula dgn huruf G ? Abu : Gajah  Cikgu : bagus !!! Sekarang sebutkan nama binatang bermula dengan huruf D ? Abu : Dua gajah Cikgu : abu, jangan main2 !!... berdiri !!... murid2 lain ada jawapan ? Semua murid senyap tak tahu jawapan... Cikgu : sebutkan nama binatang yang bermula dengan huruf M ? Murid2 lain sentap.. tiba2..... Abu : Mungkin gajah... Cikgu : abu..... main2 lagi..pegi berdiri diluar kelas !! Murid2 diam tak tahu jawapan... Cikgu : sebutkan nama binatang yg bermula dengan huruf J ? Semua murid diam tak tahu jawapan.. tiba2..... kedengaran suara dari luar kelas... Abu : Jangan jangan gajah... Cikgu betambah marah  lalu menyuruh Ali menutup pintu kelas.. Cikgu : sebutkan nama binatang yg bermula huruf A ? murid2 semua jg diam...tiba2 abu menyampuk dari luar tingkap.. Abu : Anak gajah.. sekali lagi cikgu menyuruh ali menutup tingkap.. selang beberapa minit su

Aku rindu kamu

Aku rindu kamu. Aku rindu sangat sangat sama kamu. Iyea... Kamu. Yang selalu ada bila aku ada. Iyea.. Aku rindu kamu... Yang selalu hadir dalam hidup ku. Aku rindu waktu dulu dulu... Waktu aku berkelapangan mencambah akal bunga bunga tinta... Dan... Kamu... Tanpa prejudis datang ke sini menggembirakan aku... Tanpa pedulikan siapa aku di alam nyata... Apakah kamu masih setia?

Pasca Raya...

Assalamualaikum. 1. Rasanya belum terlambat lagi untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya... Mohon maaf andai ada perkataan yang menyinggung perasaan... 2. Peringatan untuk diri sendiri... Raya memang raya... Tapi jangan dilupakan puasa sunat 6 hari... Tambah 6 hari je lagi... Sebulan ramadhan + 6 hari syawal bersamaan setahun berpuasa... Ko mampu ke jemah nak puasa setahun? Nak puasa setahun ke nak puasa 6 hari syawal? Pandang air tebu berpuluh peluh tun iman dah tak kuat... Ada hati nak puasa setahun... 3. Lepas raya ni, semua rasa dah kembali ke normal... Seluar yang longgar dah ketat balik... Baju yang longgar dah fit ngam ngam... berat pun tambah ' sikit' je dari sebelum puasa... haiiihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.... 4. Mari menghitung hari... Hari ni baru 14/7/2016... Jauh lagi perjalanan... 25/7/2016... Haiiiihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh NotaKarut:Masa ni la serdak serbuk kuih raya nampak sedap!!!!

Pantun Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri...

Pantun Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri... Takbir dialun selepas senja, Tanda tiba hari nan bahagia, Tangan dihulur maaf dipinta, Terjalin kukuh ikatan mesra. Andai kata pada pelita, Gelap gelita di malam hari, Andai ada terlanjut kata, Maaf dipinta setulus hati, Selamat hari raya aidilfitri,