100+ Koleksi Pantun Kurang Ajar & Sindiran Pedas (Edisi Sentap 2026)
Dalam dunia media sosial hari ini, pantun kurang ajar atau lebih dikenali sebagai pantun sentap menjadi cara unik untuk meluahkan perasaan. Sama ada untuk menyindir kawan yang 'lupa diri' atau membalas kata-kata musuh, penggunaan pantun melayu yang berbisa tetap mempunyai seninya yang tersendiri.
Koleksi di bawah dihimpunkan khas untuk anda yang mencari idea kapsyen TikTok, status WhatsApp, atau sekadar hiburan santai. Ingat, pantun ini hanyalah sekadar gurauan kasar dan tidak bermaksud untuk menghina sesiapa secara melampau.
Koleksi Pantun Kurang Ajar Klasik
Pantun-pantun di bawah merupakan koleksi asal yang popular sejak 2014, membuktikan bahawa seni sindiran ini tidak ditelan zaman.
Jalan jalan naik basikal,
Naik basikal di waktu malam,
Ada otak ada akal,
Jangan disimpan menjadi pekasam.
Pekasam buruk di goreng orang,
Bau semerbak serata alam,
Tutur kata ibarat parang,
Tersilap kata menikam dalam.
Belakang parang diasah jangan,
Tajam depan tajam belakangnya,
Kurang ajar apakah hukuman,
Buku lima di pipi la jawabnya.
1. Pantun Sindiran Buat Kawan Lupa Diri
Sesuai untuk kawan yang datang bila susah, hilang bila senang.
Pergi ke hutan mencari rotan,
Rotan ditarik terkena duri;
Waktu susah panggil lah teman,
Dah kaya sikit sombongnya diri.
2. Pantun Sentap Berbisa (Deep)
Sentap sampai ke tulang hitam untuk yang suka jaga tepi kain orang!
Kain buruk di tepi tangga,
Hendak dibuang rasa sayang;
Mulut orang tak boleh dijaga,
Asyik menyalak hal orang mamang.
Kenapa Pantun "Sentap" Makin Trending di 2026?
Mengikut trend carian terkini, pengguna internet lebih gemar mencari kandungan yang relatable (dekat dengan hati). Pantun kurang ajar atau sindiran ini bukan sahaja menghiburkan, malah ia berfungsi sebagai:
- Medium Ekspresi: Meluahkan rasa tidak puas hati secara kreatif melalui rima yang kemas.
- Kandungan Viral: Pantun pendek sangat mudah dikongsi di platform seperti TikTok, Instagram Reels, dan X (Twitter).
- Seni Sindiran: Mengembalikan nostalgia sastera melayu dalam bentuk yang lebih moden dan 'berani' mengikut peredaran zaman.
.png)
Ulasan
boleh diajar lagi nie.
Tinggi lagi gunung tahan,
Kalau baik jadikan pengajaran,
Kalau buruk sila abaikan.
Kajang hamba mengkuang layu,
Kalau la boleh lagi diajar si musibat,
Tak la hamba naik hantu.
Gelabah la sekian rakyat jelata
Kalau la ikut amarahku
Bersungguh sungguh bagai di kata
Hujung bulan baru bayar
Kalau dah kena buku lima
Kepala pening mata berpinar...
Apatah lagi melayan si dungu
Pantun ini bukan nak mengajar
Sekadar melepas amarah yang terbuku
Yang kurus makan hati
Kalau dah kena tentu lebam
Baru ingat sampai ke mati
caye lah!!!
Dialih pula ditepi kereta,
Wanita sekarang amat memilih,
memilih pula lelaki berharta
Depan sekolah dilarang berjaja,
Memang tiada pantun lain kah,
Asik pantun yang sama ja
Tak ada ke tu
SEKOLAH DAH NAK BUKAK!!!!!!!!
Selamat mengajar cikgu
Buah nanas ,
Sudahlah buduh ,
Bikin panas .
Badan Basah Payung Tak Dibawa;
Anugerahkan Diriku Sahabat Setia,
Terukir Namanya Di Dalam Jiwa.
SHADOW IS BAYANG
SEBELUM KAU MATI
BETTER KAU SEMBAHYANG