Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Soalan Karut

Mutiara Kata Jumaat

...

Kata Kata Jumaat. Islam itu mudah, melaksanakan yang diperintah ALLAH dan meninggalkan laranganNYA... Cukup mudah kan?... Kebanyakkan perkara yang menyusahkan dalam ISLAM adalah ciptaan manusia...  Setuju? Kalau setuju, nanti aku belanja makan dorayaki... NotaKarut: Mati itu pasti... Cedukkan dari khutbah Jumaat...

Hotel Berhantu...

Cerita pasal hotel berhantu ni, rasanya dah merata satu malaysia ni aku jelajah dah... Bukannya aku nak cakap besar... Selalunya bukan hantu betul yang aku jumpa... Selalunya yang terjumpa hantu berbetis bunting padi... Kadang kadang ada jugak yang terjumpa yang bulu hidung bak jerami padi! Cerita seram dalam entry sebelum ini di sini dan sini hanyalah rekaan dan imaginasi aku sahaja... Ilham ketika dalam kebosanan dalam perjalanan yang jauh... Dah... Cukup...  Jangan nak mencuih mulut sampai nak sama dengan muncung itik nak ngata cakap belakang... Jurutera memang mempunyai imaginasi yang tinggi... Tak percaya tanya la Puan Jat . .. Contohnya orang biasa melihat sebantang pen adalah sebantang pen! Tapi dengan menggunakan imaginasi, jurutera memandang sebatang pen boleh dijadi rekabentuk untuk menjadi sesuatu yang menarik contohnya bangunan! Paling tidak pun, dengan melihat liuk lentuk badan gadis yang ditiup angin, sang jurutera boleh menghurai leng

Selamat Pagi.

Hai... Selamat pagi malaysia... Guten morgen... Lama dah tak berbahasa German ni... Wie geht es Ihnen?  Errr... Tetiba rasa ada "connection lost" ddalam otak pulak... Dah la... Itu je... Tschüss! Bis später!  NotaKarut: Hari ni nak pi rantau panjang lak... Nak ukur panjang manakah rantau panjang tu! Ada pesanan dari si suri, nak tudung bawal katanya... Ehem... Tudung bawal tak reti la ambo nak belikan... Kalau ikan bawal masak kicap tau la ambo nak masakkan...

Orang Kelantan Pelik...

Hai... Lambai lambai... Kabare? wes mangan? Report hari ni berjalan dari gua musang ke kuala menangis (cry=krai=menangis) ke jeli ke pasir mas dan akhirnya ke kota bahru... Ada yang nak bertanya tu...  "tukang karut tak penat ke?" Aku tau walaupun korang belum komen pun lagi...  Al-maklumlah kan, aku ni ada sedikit darah TokMoh...  Pakar dalam bidang ramal meramal... Haipppp! Jangan nak mintak nombor ekor lak... HARAM ok... Haram kalau tak kena, kalau kena halam(halal+haram=halam)... Ok... Cukup ajaran sesat hari ni... Jawapannya, kerja kena la ikhlas demi Allah... kalau ikhlas, jauh ceruk mana pun tak terasa penatnya... Ok... Aku tau ini jawapan standard! Tak payah nak hurai mengurai lagi dah... Rasa macam nak terjun mandi sungai je ni... Tadi kan aku kan... kan... Kan... kena ngorat oooo... dengan budak tengah tunggu spm... Cun dan manis ooooo... Dekat petronas RnR Jeli... Haippp! Diam diam! Potong lidah nanti! NotaKarut: Lama dah tak makan

Selepas Mimpi...

Selepas mimpi yang menyeramkan  di waktu senja itu... Sang jurutera termanggu lama di birai katil... Berkira kira mahu memulangkan, membuang atau pun membawanya pulang batu itu... Dalam keadaan mamai... Sang jurutera membuang batu tersebut dari tingkap hotel... Sayup matanya memandang batu tersebut jatuh betul betul di sebelah kenderaan pejabatnya... "Ah... Kalau dah batu tu batu la jugak..." "Tak kan la ada kaki pulak nak ikut aku balik!" Bisik hatinya meredakan perasaan risau... Selepas itu sang jurutera pun masuk bersiram kerana ada Jurutera Jajahan mahu berjumpanya... "Eh! Ada balik batu ni!" Jeritnya apabila terpandang batu yang dicampaknya ke bawah tadi betul betul di sebelah camera D90 kesayangannya... "Bukan aku dah buang kau ke tadi?"  Kebingungan...

Pulangkan...

Sesampai sahaja di tapak kejadian tanah runtuh di Jalan Simpang Pulai - Gua Musang... Sang jurutera tercegat memerhatikan keadaan sekeliling... Mengamati mukabentuk bumi yang bercerun... Menggunakan kepakarannya menganalisa tahap kecerunan bukit tersebut dengan mata kasar... 60 Degree congaknya... Curam pada hematnya untuk dibina jalan disebelahnya... Lantas matanya melilau mencari arah larian air permukaan... Membawanya ke satu arah aliran anak sungai... Anak sungai yang airnya jernih sehingga menampakkan anak ikan berenang kegirangan... Tertancap anak matanya ke arah seketul batu bulat... Membongkok dan mengambilnya... Puas dibeleknya... "Aneh batu ni... Bulatnya seperti ada mesin pemotong yang begitu halus membentuknya..." Berdetik hatinya... Disimpannya di dalam poket seluarnya sehingga menampakkan bonjolan di seluarnya... Usai kerjanya, sang jurutera pun "check in" di Fully Inn Gua Musang... Oleh kerana terasa badannya

Sarcastic!

Sayang Isteri Tinggal Tinggalkan...

4 hari.. Outstation... Ke Kelantan... Ada kerja... Banyak kerja... Sayang Isteri Tinggal Tinggalkan... Tapi kalau selalu sangat ditinggalkan guano? Planner untuk bulan 3 dah penuh... Minggu ni pi kelantan... Minggu depan pi Sarawak & Sabah... Lepas tu pi Terengganu lak ... Apa? Negeri lain tak pi ke?? Pi gak... Tapi aku balik hari je... Hoho... Dekat sangat nak bermalam pun... Kalau masa bujang dulu lain cerita la... NotaKarut: Aku pernah pi kota bahru balik hari pe... pepagi naik belon, petang pun naik belon... Motif entry tak ada? 

Kecemasan!

Agak agak kalau tertelan biji asam jawa, apa yang akan jadi ek... Biji asam jawa tu tak boleh mengurai kan? Asid perut besar pun rasanya tak menyerap zat biji tu... Agaknya biji asam jawa tu menjadi benih dan boleh tumbuh pokok asam jawa ke tak ek? Guano kalau benih tu bercambah? Mesti aku jadi tukang karut kurang asam! Ataupun, boleh ke biji asam jawa tu keluar esok bersama hasil pembuangan pagi pagi esok? Kalau tersumbat guano? Mau merah padam muka kot nak meneran... Aduyai... Sedap sangat makan tadi sampai tak sedar tertelan biji asam jawa.... NotaKarut: susah hati... Published with Blogger-droid v2.0.4

Bila Tukang Karut Malas Menulis...

Seksinya NeeLofa...

Tengah menonton Filem Azura bersama sama si suri... Tak ada tengok dekat wayang nya... Download jea... Hohohoho... Dasar taik hidung masin punya laki! Kenapa aku baru perasan keseksian dan keayuan neelofa ek? Owh... Mungkin sebab Lisa Surihani dah kahwin kot... Adei... Kena sengatan berbisa si suri dah! NotaKarut: Bosan!

Tajuk Hari Ni Berkenaan Tajuk...

Hai... Hari ini seperti mahu menulis sesuatu yang serius... Betul... Ini serius... Ada haiwan dalam bahaya... Apa yang penting? Kerjasama... Tengok... Serius sampai berdarah hidung melalui punggung kan... Hinsss hinss hinssssss... Tajuk adalah sesuatu yang sangat penting dalam penulisan blog... Diibaratkan seperti "muka manis" atau daya penarik... "Hari Ni Saya Terjumpa Lisa Surihani"... Macam tak berapa best sangat je kan... Macam biasa biasa je... Apa kata kalau tukar sikit tajuk tu... "Hari ni Lisa Surihani Terjumpa Saya Berbogel"... Ha... Kan dah panas tu... Confirm ada SEO datang mencurah curah seperti mencurahnya coklat ke ladang gandum! NotaKarut: Selalu tertipu dengan tajuk entry dalam blog lain... Ingatkan ceritanya best, tapi hampeh... Balik balik cerita dia dengan pakwe dia je... Macam la dia je yang ada pakwe... Eh... Aku pun tak ada pakwe la!

Panas... Hot oooo....

NotaKarut: dipaksa si suri... Katanya boleh pecah lemak... Lepas ni boleh la jadi duta produk lak... Published with Blogger-droid v2.0.4

Persoalan Tak Terjawab...

Hai...  Lambai lambai tangan sambil usap usap perut yang menegang... Menegang dek kerana kesedapan ikan bakar sekincan... Amik sekor sotong yang besar, ikan cencaru besar, ikan pari tang isi... Semuanya pun bakar... Baru RM50.45... Puas hati gila la... Nak gambar? Tak ada? Malas nak amik... Nanti kang ada yang terliur... Masa makan tadi, si suri ada tanya satu soalan... Soalan yang membuatkan aku bisa mengaru dari hujung kepala, hingga ke hujung kepala lutut... Nasib baik tempat umum nak garu "kepala lain"... "Kenapa abang suka makan ek?" Aduyai... Sampai la ni, tak ada jawapan... NotaKarut: Nak tidur telentang rasa tak kena, nak ngiring takut termuntah ikan bakar... Abis tu cam ne? Rasa rasa macam nak tidur berdiri la... Hohohoho...

Muka Ada Senyum...

Salam... Hai... Kabare? Aku baru perasan tahun ni merupakan tahun lompat... Haipppp! Nak ngata aku tak up to date la tuh! Huh!!! Maknanya? Tak ada maknanya... Cuma aku terfikir, macam mana agaknya yea kalau orang yang lahir pada 29 Februari? Mesti sedih dan gembira... Sedih kerana sambut ulangtahun kelahiran setiap empat tahun sekali... Gembira kerana masih muda! Ye la... Kalau dia lahir tahun 1984, maknanya umur dia baru 7tahun! Itu baru intro tu... Dah mengarut panjang dah! Hins hinssss hinsss bangga!... Confirm... Confirm dah... Dah 4 minggu dah.... Hoho... Hasil bercucuk tanam dah berbenih... Faham? Tak faham? Humppppp... Korang budak budak lagi, mana nak faham pasal hal hal orang tua ni... Apa? Faham? Nampak sangat korang yang belum berkahwin tu gelojoh! NotaKarut: Kemaruk nak makan tempe goreng la... Khir Toyo kata, kulit dia tegang dan licin pasal selalu makan tempe... Aku nak makan gak la... Nak tegangkan kulit dekat perut biar

Adegan Terlarang...

Isnin yang blues...  Otak agak beku pagi pagi ni... Tajuk dipetik dalam akhbar harian metro... Tajuk sangat mengghairahkan dan menaikkan nafsu pembaca tajuk untuk membeli akhbar harian metro... Teka Teki : Apa benda, kalau satu garisan muka masam, dua garisan muka ada senyum? NotaKarut: Tak ada idea, tapi nak update gak!

Sanggam...

Hai... Salam Hari sabtu... Apa plan hari ni? Tak ada? Erm... Ce bukak tv 3... Jom sesama layan cerita klasik... Sanggam... Sekian... Entry tak ada idea... NotaKarut: Semalam gaji... Hari ni tengok CiImBiClikcs... Nampak 4 angka... Senyum... Hitung hitung, bayar hutang segala bagai... Tetiba muka jadi masam! Tengok baki tinggal 3 angka! Aduyai... Bulan 3 ni la semua nak mati... Roadtax kuda mati awal bulan... Roadtax kereta mati akhir bulan... Memnag terbaik la... Ni rasa macam nak pi mengadu dekat ANGAH ni...

Petua menghilangkan Sakit Kepala...

Hai... Pepagi Jumaat ni terasa macam nak bagi peTUA lak... Ilmu turun temurun yang diturunkan dari nenek moyang... Kalau tak nenek moyang aku, mesti nenek moyang korang... Dan semestinya bukan nenek kebayan la... Nenek kebayan jahat... Dia curik banyak penyapu dekat rumah orang! Apa ni? Mana hala tuju entry ni? Petuanya... 1. Paling senang... Yang sakitnya kepala. Jadi nak memudahkan kerja, kita buang punca kesakitan itu... Kita buang kepala tu... Aku berani jamin makan sate 50 cucuk yang dibelanja oleh jiran cina di sebelah rumah yang mempunyai seekor anjing yang kecil tapi bersuara nyaring yang selalu memekak di waktu malam sehingga kadang kadang aku rasa aku nak bagi racun je dekat anjing tu!... Sakit kepala ni akan hilang serta merta... Percaya la... Mujarab oooo.... NotaKarut: Kepala sakit... Aduyai...

Perangai Buruk...

Hai... Salam malam Jumaat... Demmmm! Otak jem lak... Sekian intro entry ni... 1. Tarik selimut sampai berselubung... Lepas tu kentut kuat kuat... Tarik nafas dalam dalam... Tahan... Ambil feel... Lepas tu naik syeikhhh bau kentut sendiri... Heaven dan ohsem gila la... 2. Melombong... Korek sampai bahagian paling dalam hidung... Satu kepuasan bila dapat hasil bijih timah sebesar kacang hijau! Lepas tu gentel gentel sampai lumat dan bertukar warna kehitaman... Perghh... Memang satu kepuasan bila dah puas mengentel, jentik jauh jauh guna hujung jari... Elehhhh... Nak kutuk aku la tuh! Macam la tak pernah buat! Konon Suci sangat la tuh! NotaKarut: yeahhhh! Esok Jumaat! Published with Blogger-droid v2.0.4

Mulut Busuk...

Andai kata... Kamu terjumpa seorang yang bermulut busuk... Sedang berbicara dengan kamu... Tapi kamu tak mampu menahan hidung kamu daripada membaui bau bauan "harum" itu... Apa reaksi kamu? NotaKarut: Heaven... Update entry dalam mesyuarat...