Beli rumah baru? Perkara apa yang pertama di fikirkan? Ubahsuai dapur??? Yup... Dapur, ruangan rumah yang menjadi nadi ibarat jantung kepada sesebuah rumah... Namun, kos yang besar untuk mengubahsuai dapur menjadi ruangan impian sering menjadi halangan sekaligus membantutkan hasrat. Di sini aku coretkan beberapa perkara yang aku buat dalam usaha mendapatkan kontraktor dengan harga yang aku mampu dengan material yang berkualiti. 1. BERKUNJUNG KE TAPAK EKSPO Rajin rajinkan diri mengunjungi ekspo berkaitan hiasan dalaman. Di sini aku mendapat banyak idea, ilmu dan peluang untuk memiliki set rekaan kabinet pada harga yang istimewa. Biasanya syarikat yang terlibat didalam ekspo akan memberi tawaran yg menarik. Tapi awas, jangan percaya bulat bulat, buat sedikit kajian tentang material yang digunakan. 2. BUAT PENAWARAN Pernah dengar 'free quoatation'? Jangan segan jangan malu untuk emel kan 'need statement' anda kepada kontraktor. Kontraktor akan membalas emel