Langkau ke kandungan utama

Catatan

RESEPI AIR JANDA PULANG RESEPI NOGORI SEMBILAN

Amaran: Jangan beritahu isteri anda nama Air ini jika hendak selamat dunia dan akhirat.  RESEPI AIR JANDA PULANG RESEPI NOGORI SEMBILAN - Gula enau seketul (kalau boleh dapatkan original dari Negeri Sembilan ) - Daun pandan 3  helai - Air kelapa muda dan isi sebiji - Buah beluluk/buah nau - Ais kiub Cara-caranya Masak seketul gula enau dengan sedikit air dan daun pandan untuk menaikkan bau air gula. Kalau nak tambah manis lagi boleh letak gula pasir tapi sekiranya sayang kaki boleh la elakkan. Masukkan ais kiub ke dalam jug air Tuang air gula tadi secukup rasa pokok dek kau la.. Masukkan buah keluluk/nau & isi kelapa muda Masukkan air kelapa muda perlahan2.. Kacau perlahan-lahan supaya sebati, dan jangan kau kacau janda pulak, confirm hidup kau tak tenang nanti. Tuang dalam gelas Ingat! Jangan beritahu isteri anda nama air ini... Sakit pinggang kau kena smackdown, acik tak tau.

Semua Orang Pening SOP

Dahulu dimulai dengan satu angka sehari Semua Orang Pening Kemudiannnya perlahan lahan naik ke dua angka sehari Bertambah Semua Orang Pening Ahhhh... seterusnya naik tiga angka sehari pula Semua Orang Pening semakin ketat Apabila Semua Orang Pening Angkanya mulai turun perlahan-lahan Sehinggalah pernah berjaya bebas. Namun, bukan Semua Orang Pening suka pening Orang Pening memang selalu buat Semua Orang Pening Mula2 satu ribu. Lama sikit biasa dah. Naik pula lima ribu. Lama sikit biasa dah. Naik pula sebelas ribu. Lama sikit biasa dah. Sekarang bila sampai tujuh belas ribu. Biasa la tu. Orang kata... Alah bisa, tegal biasa. Semua Orang Pening. Sakit tumit kaki memang tidak selesa. Apatah lagi hendak berjalan.

Sakit Mata dan Sakit Hati Melihat Telatah Ahli Politik Malaysia

 Kerana rakyat, kata mereka. Tapi aku sebagai rakyat yang mewakili siapa-siapa mengetahui ianya bukan kerana rakyat sebenarnya. Jika ianya benar dan ikhlas kerana rakyat, pemikiran ahli-ahli polittik tidak sebegini rupanya. Berebut kuasa, bermuka-muka, mengeluarkan kenyataan yang boleh dikategorikan memperbodohkan rakyat, mendahulukan kepentingan sendiri melebihi keperluan rakyat dan banyak lagi yang menyakitkan mata dan menyakitkan hati melihat telatah dan kelaku ahli-ahli politik di Malaysia ini. Sakit Pinggang ada ubatnya, Sakit kaki boleh diubatkan. Tapi sakit hati meluat ni, ubatnya adalah tunggu sahaja Pilihan Raya Umum kelak, akan aku luahkan segalanya di atas kertas undi untuk menolak monyet-monyet POLITAIK ini.

Lemang, resepi dan cara membuatnya dari mula hingga siap

Lemang adalah makan tradisi yang perlu ada setiap kali orang melayu menyambut perayaan. Namun, proses untuk membuatnya yang leceh dan renyeh, kebanyakan orang lebih rela mengeluarkan duit membelinya sahaja. Dibimbangi sekiranya budaya membeli ni berterusan, maka lambat laun akan hilanglah kemahiran membuat lemang ini dan tidak diwarisi generasi berikutnya. Bahan-bahan untuk membuat lemang tidak banyak sebenarnya dan mudah untuk dicari. Bahan asasnya adalah beras pulut, santan dan garam. Bagi menghasilkan rasa lemak pada lemang, santan yang digunakan mestilah yang berkualiti daripada kelapa tua tidak dicampur dengan banyak air.  Perkara yang membingungkan kebanyakkan orang yang hendak membuat lemang adalah NISBAH campuran lemang itu sendiri. Resepi orang lama adalah kiraan nisbah berat ''gantang'' dan biji kelapa. Tetapi dengan arus pemodenan kini, nisbah kiraan ini agak membingungkan. Pada asasnya nisbah untuk membuat lemang adalah 1 gantang beras pulut memerlukan santa...

Ucapan Selamat Menyambut Ramadhan 2021

Ayam hutan ditangkap lari Nak dipanah takut mati Hajatnya besar kata dicari Disusun indah agar dimengerti Cantiknya batik si ular sawa Membelit badan membawa padah Bersihkan hati sucikan jiwa Biar tenang nak beribadah Buluh ditebang dijadikan galah Jangan pula diambil serumpun Jika ada Ku tersilap dan salah Ku mohon belas harap diampun Ikan di sungai hendak dituba Habis mati timbul semua Ramadhan kutunggu akhirnya tiba Selamat berpuasa kepada semua Nota:  Sekiranya anda mengalami sakit pinggang disebabkan slip disk , Evercare Physiotherapy adalah tempat terbaik untuk mendapatkan rawatan.

Cerita Lawak Hari ini...

"Yang ni bini Arwah Ramli, Kan?" "Ya. Encik ni siapa?" "Panggil Aku Abang Lan. Kawan Arwah dulu. Sama-sama kerja bawak lori.." "Ooo..Arwah ada hutang apa-apa ke?" "Saya nak cakap pun segan. Tapi bila ingat balik cakap Arwah, saya gagahkan diri datang ke sini" "Apa yang Arwah cakap?" "Arwah ada pesan...Kalau dia tak ada, dia minta saya yang jaga Mona dan anak-anak dia.. Kawan saya ni, Abang Din, pun ada kat situ. Dia boleh jadi saksi."  "Err..ya ke. Tak sangka pulak dia pesan macam tu." "Mungkin Arwah dah dapat rasa perkara macam ni nak jadi. Sebab tu dia pesan macam tu.." "Kalau itu yang keluar dari mulut Arwah, saya tak ada halangan apa-apa.." "Jadi Mona setuju nak jadi isteri kedua saya?" "Eh, saya bukan Mona. Saya ni Shima.." "Hah! Mona tu siapa?" "Mona tu beruk peliharaan Arwah laki saya!"....... terikat kat pokok kelapa sana tu, dgn anak anakn...

Resepi Donut Gebu - Belajar Semasa PKP

Banyak yang aku belajar semasa kita semua terkurung dalam tempoh PKP 2020. Antaranya donut. Nampak mudah resepinya, tapi jika tak kena cara donut tidak akan menjadi, keras dan tak sedap. Selepas beberapa kali mencuba, aku rasa teknik dan resepi ini yang terbaik dan confirm akan menjadi. DONUT GEBU TANPA ULI Bahan asas donut: 1 paket yis kering 2 sudu susu pekat 1 cawan air suam ( air jangan terlalu panas @ sejuk, nanti yis akan mati atau tak diaktifkan ) 1 sudu gula - campur air suam, susu dan gula sehingga larut. Kemudian masukkan yis dan biarkan selama 10 minit. Yis akan mula mengembang sekiranya yis hidup. Dalam tempoh menunggu yis diaktifkan, kita sediakan bahan-bahan kering. 4 cawan tepung gandum 2 sudu marjerin 1 sudu teh baking powder 1 sudu teh garam satukan semua bahan kering dalam bekas ramas-ramaskan semua bahan sehingga menjadi seperti serbuk roti. Yis yang telah aktif dimasuk dan boleh mula menguli perlahan doh. Biarkan doh selama 1/2 jam - 1 jam. Pastikan bekas ditutu...