Langkau ke kandungan utama

Catatan

Naik Belon...

3.30 pm. 24.12.2010 Naik belon ke Semenanjung... Akan sampai lagi di Sabah pada 6.1.2011... Kalau ada bini ni mau masam mencuka sebab selalu sangat outstation... Atau patut aku buka satu lagi cawangan??? Orang2 sini cantik2, kulit gebu2 bah....

Sedang Bereksperimen...

Sedang bereksperimen... Pembolehubah: 1. Follower ramai vs follower sedikit... 2. antara komen banyak vs komen sedikit... 3. antara bloglarian vs blog review... 4. antara rajin blogwalking vs malas blogwalking... 5. blogger lelaki vs blogger perempuan... 6. Blog jiwang vs blog kaki carut... 7. Blog info vs blog ngarut...

Mabuk...

Lantai dipijak tak terasa ratanya... Perut rasa seperti mahu meletup... Kepala rasa sangat berat... Badan sekejab panas sekejab sejuk... Dan belum lagi habis menaip... terkeluar segala isi perut......................................... Demam sudah....

Terlebih Sudah...

Tawau - Lahad Datu = 157km Lahad Datu - Tungku = 67km Lahad Datu - Sandakan = 175km Dek sebab terlebih rajin, kerja yang dianggarkan siap dalam masa 3 hari siap dalam masa 2 hari... Hari ni perjalanan balik ke Kota Kinabalu sejauh 335km... Dalam 6-7 jam masa perjalanan... That mean... ada waktu yang terluang... Mahu saja pergi usha2 pulau-pulau yang cantik di Sabah ini... Badan pun dah penat... Asyik kerja sahaja... Penat panjat turun bukit, lereng, cerun dan seangkatan dengannya... Itu pun ramai yang tak reti nak menghargai...

Baik Kepada Kita, Belum Tentu Baik Dimata Orang...

Manusia... Dah nama pun manusia... Kebanyakkan nafsu lebih banyak menguasai dari akal... Persepsi orang lain memang susah kita nak jangka... Tapi kalau duk fikir apa persepsi orang terhadap kita, sampai mati pun kita tak akan di pandang tinggi... Adakala kalau kita tak berapa nak setuju dengan pendapat orang lain... Macam-macam dalil kita keluarkan... Tapi kita kena ingat belum tentu orang lain juga bersetuju dengan kita... Ada ketika kita perasan kita ni bagus sangat... Kadang-kadang kita terlupa ada yang lagi bagus dari kita... Tapi kalau kita tak berfikir kita ni bagus, tentu moral kita jadi rendah... Nak campur masyarakat pun terasa diri terlalu kerdil... Ada garisan halus yang memisahkan... Sama ada kita terlebih ataupun terkurang, sama ada kita terlangkah atau terlajak atau terkebelakang... kita takkan tahu kalau kita tak menoleh ke belakang... Tapi kalau kita leka toleh ke belakang takut nanti kepala kita benjol terlanggar pintu kaca... Dalam kehidupan kita, adakala kita terpaks

Bukan Nak Sorok...

Sabtu, 18 Disember 2010. Majlis Perkahwinan Arfiza... Sahabat lama... Kawan sekolah... Kawan Seasrama tapi lain2 dorm dan blok (gile ar kalau satu dorm dan blok)... Kawan se UiTM... Dan kawan kepada bakal tunang aku(majlis 22.01.2011)... Kalau tak kawan dengan dia, mungkin aku tak kenal dengan bakal tunang... Sebelum ni ada orang kata aku nak sorok bakal tunang aku... Sekarang aku nak tunjuk dan tak mau sorok2 lagi dah... Cukup setakat itu, aku tak pandai nak cerita tentang hal2 begini...lagi2 di di alam maya ni... Perkenalkan Cik Hadis... Tahniah Arfiza (pensyarah di Unisel) dan Ahmad... Semoga bahagia dan berkekalan sampai ke akhir hayat dan dapat ramai anak...tettttttt... p/s: Sila abaikan pipi yang makin gebu tu...

Seafood Murah Dan Sedap Di Tawau.

Sabah... Syurga makanan laut yang murah lagi sedap... Kalau lagi lama aku outstation sini, mau sok2 kena gout...confirm la... Lagi2 dekat Tawau ni, harga dia lagi murah kalau nak dibandingkan dengan Kota Kinabalu... Walaupun kerap (outstation) datang sini, tapi tarikan untuk makan seafood tu tetap ada... Tak pernah luntur... Walaupun sebelum ni aku agak tak suka makan seafood sebab mungkin yang dekat semenanjung tu kurang fresh... dan ada bau yang kurang menyenangkan... (sangat cerewet) Siapa yang boleh tahan kalau tengok beb... meleleh air liur ni... Tengok la betapa besarnya kerang2 ni... Yummmyyyy.... Seafood Tawau Ikan Kerapu Tiga Rasa Ikan kerapu fresh... sedap hingga menjilat siku... manis jea... Ni sahaja gambar yang sempat diambil... yang lain tu dah selamat diselesaikan... Malam ni nak usha Pekan Lahad Datu pula... Nak terjah makanan yang best2... Mungkin seafood lagi... haiiiii... Gout la cam ni...