Langkau ke kandungan utama

Catatan

Diet Yang Bagus...

Bangun pagi, makan... sambung tidur semula... pukul 10 pagi, makan lagi... lepas tu sambung golek2 atas katil lagi... pukul 12, lunch time, golek2 lagi depan tv... pukul 2.30 late lunch time, masih lagi tergolek depan tv.... pukul 4, tea time, masih lagi bergolek ngadap tv... pukul 6, dinner time, perut dah buncit, mata pun dah berat, melayan mata sebentar... pukul 10 malam... perutku berlubang lagi... kelaparannnnnnnn.... wuaaaa... hujan yang berpanjangan hari ni, membuatkan aku mengalami proses berhibernasi dengan cemerlang gemilang dan terbilang... berjaya mengalahkan beruang kutub... tahniah untuk diri sendiri.... tahniah... (hujan tak salah dalam hal ni, tapi sengaja dikambinghitamkan untuk mengcover diri sendiri...) p/s: tidak digalakkan mengikut aturan diet yang sihat seperti di atas...

Hujan Yang Tak Berhenti Buat Perut Ku Berlubang...

Lebuhraya KL - Simpang Ampat - Tampin - Gemencheh - Kampung Halaman... Permandangan sepanjang perjalanan hari ni depenuhi dengan HUJAN... dan sampai sekarang, masih lagi hujan... sekejab lebat sekejab gerimis, tapi tanda-tanda hujan akan teduh, tak nampak pun... Hujan2 ni membuatkan perut aku berlubang... baru jea 1/2 jam tadi lunch, tapi sekarang dah lapar balik... mana ntah perginya makanan tadi... hilang... yang tinggal, hanya lapar... notakaki: aku sedang menimati jualan murah, ambil 2, free 7... Tak faham? Tak pe... 2hari annual leave, dapat 9 hati cuti panjang... apa nak buat cuti panjang ni yea?

Entry Edisi Penghargaan...

Selamat Pagi... 1st time intro aku bergitu formal... Salam Sejahtera, Salam Satu Malaysia... Korang perasan atau tak, setiap blog yang korang "blog berjalan" (BW), korang cuba perhatikan dekat bahagian sisi blog yang korang terjah tu... pasti akan terdapat senarai blog2 yang tersenarai... Dan aku sangat pasti, senarai blog yang ada tu dah sedia popular dan femes amous... Kenapalah kita nak mempopularkan blog yang dah sedia popular ni kan... lebih baik kalau kita promo kawan2 kita, yang setia membaca kita, yang setia datang bertandang di blog kita, tak kira la apa pun yang kita tuliskan... sama ada mereka komen atau tak, yang penting mereka datang dan membaca dengan setia... Aku sangat menghargai mereka2 ini... memang ada sahaja jejak kaki mereka ini dalam blog aku ni... dan sesiapa yang tersenarai di bawah ini, aku ucapkan berbanyak-banyak terima kasih... kata orang Jerman, "danken schon" ... Bagi yang tak tersenarai,