Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tak suka Bila... V2...

Tak adil la aku rasa kalau aku cerita sekadar aku tak ada mood sahaja tanpa cerita penyebab ketakadaan mood tu... Penyebabnya bukan lah serius sangat pun... Tak ada la sebesar masalah negara pun... Tak la seserius keadaan di Mesir, mahupun Libya... Hatta di negara atas angin pun!!! Tapi kena pandai, ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerakkan... tak pun menepuk air didulang, tak terpercik di muka sendiri... Eh... betul ke perumpaan yang aku gunakan ni?? Macam ada yang tak kena jea... Ah...lantak la... bukannya ada orang nak bagi markah pun.... Nak mintak pendapat geng2 karut sekalian... Yang bijak pandai... Nak mintak tolong berfikir cara2 alasan nak mengelak... Pendek cerita sebelum aku melalut ke laut tenggelam di lautan dalam... Pak sedaro den ni ha... Dio ni ado masalah sikit... Kato eh nak amik loan... Nak amik keto baru... Exora! Dio koba kek den, dia nak den ni ha jadi second grantor dio... den bukan apo... den ni tak cayo bonar kek dio ni... a

Tak Suka Bila...

Sangat tak suka bila... Bila tak suka aku buat cam ni... Aku tak suka bila aku tak ada mood... Bila aku tak ada mood aku akan mengarut lebih... Bila aku dah mengarut lebih, aku baca pun naik menyampah... Bila dah menyampah, aku terus delete semua... Aku tak suka bila aku tak ada mood... Bila aku tak ada mood, perut aku akan sentiasa berlubang... Bila perut aku dah berlubang, terpaksa la cari sesuatu untuk menampal kebocoran... Bila dah menampal, aku terus menyesal sebab terlebih tampal... Aku tak suka bila aku tak ada mood... Dan paling tak suka bila tak ada mood tu disebabkan orang lain... Terpaksa berfikir nak cara langkah nak mengelak... Supaya tak sakitkan hati sesiapa...

Hajat Di Hati...

Hajat di hati nak kempiskan perut... Hajat di hati jua nak trim pipi yang cabi ni... Dah berhajat kena la berusaha kan...kan...kan... Kan usaha itu tangga kejayaan... Malam tadi pasang niat... Niat di hati nak jogging keliling taman... Nak membakar lemak2 yang bergelimpangan... Tapi niat hanya tinggal niat... Katil lebih memerlukan aku ni... Penat la nak panjat tangga menuju kejayaan... Ada tak lif nak menuju kejayaan...