Langkau ke kandungan utama

Catatan

Sia Sia...

Hai... Amacam di hari raya kedua? Ada yang dah mabuk kuih raya ke? Hohoho... Sebulan berusaha... Menahan diri lapar dan dahaga... Dan hasilnya... 6kg lemak lemak degil dapat dinyahbasmikan... Tapi usaha sebulan terasa tak berbaloi baloi... Ngeri tengok timbang tadi... Sikit lagi nak atasi berat sebulan berpuasa... Sia sia!!! Terasa seperti mahu berlari dalam keadaan berbogel berteriak menjerit jerit kerasukan sambil mahu tarik tarik rambut je rasanya! Serba salah dibuatnya... Tak dijamah makan kang, dikatanya tuan rumah kita tak beradab... Dah dipelawa tapi tak makan!!! Sombong... Kalau tak berjalan beraya mengunjungi sanak saudara dan sahabat handai, lagi la dikatakan sombong! Katak bawah tempurung la, kedekut la itu la ini la... Aduyai... Dah tu? Takkan nak tengok je makan depan mata? Nak nak lagi kalau makanan tu sedap sedap yang memang menjadi pujaan hatiku sejak azali lagi... Siapa boleh tahan beb... Itu yang rasa makin sendat jea... Dah tak boleh masuk pun di tolak

Selamat Hari Raya...

Mudik sungai di pagi hari, Menebar jala menangkap ikan, Tukang Karut menyusun sepuluh jari, Terpincang kata harap maafkan… Salam AidilFitri... Di hari hari baik... hari kemenangan.. hari raya ini... Aku, a.k.a Tukang Karut @ Nasriq @ cabiman @ Acip @ eyrique, dengan rendah diri, menyusun sepuluh jari tangan dan sepuluh jari kaki, memohon maaf sekiranya terdapat mana mana isi entry entry aku atau komen komen aku di blog anda yang mengguris, menyentuh hati dan menyinggung perasaan sehingga terpalit rasa menyampah dan memualkan... Sekian... Tulus Ikhlas... SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...

Lemang Dah Siap..

Hai... Assalamualaikum... Tak jawab dosa... hoho... InsyaAllah, esok kita akan beraya... Cuma tunggu pengumuman pengesahan dari Atok Kita, penyimpan mohor besar raja raja jea... Apa yang dah di masak di kampung korang??? Aku tengah kepenatan ni... Dipanggang api dari pagi hingga ke petang... Dari masak lemang, hinggalah merebus ketupat... Suma siap... Hoho... Bukan sedikit ooo... Tak caya? Ermmm Korang ni... Tengok gambar jea la berapa banyaknya aku lemang aku bakar hari ni... Mak dan Mak Achik sedang memasaukkan beras pulut ke dalam buluh... Sambil diperhatikan supervisor a.k.a Uwan aku... Hoho... Tengok dan fokus pada pipi diorang tu... Hoho... Sudah terang lagikan bersuluh, gen pipi cabi tu aku dapat dari siapa... Hoho... Panjang tak deretan lemang ni? Ini baru 1batch yang dimasak... Ada 3 kali sebenarnya... Jumlahnya? Tak banyak la... Ada la dalam 500 lebih batang lemang... Hoho... Eh... Bukan aku nak melantak sorang sorang jea... Memang tiap tiap tahun aku buat lemang dan

Skema Jawapan Soalan Cepuk Cemas Raya...

Assalamualaikum... Hallooo... Hai... Aku tau kebanyakkan dari kita dah pun berada di kampung halaman masing masing... ( ini bagi perantau yang mencari sesuap rezeki di kota kota metropolitan...) Sama ada sedang bersenang lenang bergoyang kaki kerana semua mengharapkan mak yang tolong buatkan atau bersama sama bergotong royong bersama sama menyediakan persiapan hari raya... Bak kata ayah aku, semuanya tak cukup selagi belum tok imam mengalunkan takbir memuji muji kebesaran Ilahi... Dah lepas solat sunat AidilFitri tu, semua yang tak cukup tadi automatik menjadi cukup dan kadang kadang menjadi terlebih hingga pembaziran berlaku! Adakah anda seorang yang berumur 20tahun ke atas dan setiap kali beraya, atau sanak saudara berkunjung menziarahi, antara soalan soalan cepukcemas yang biasa didengar seperti "kerja di mana sekarang" atau "bila lagi nak raya berdua"... Atau adakah anda seorang yang telah berkahwin dan kerap juga ditanya soalan soalan cepuk cemas... Ber

Menu Wajib Di Pagi Raya...

Hai... Ada di mana sekarang? Di Ibukota yang mengosong... Atau berada di atas jalan yang menyesakkan? Atau lebih tepat di pangkuan ibubapa (itu pun kalau korang tak malu la... Dah besar panjang bergetah pun nak memangku dekat mak ayah gak... huhu) Taadi mak tanya nak masak apa raya ni... Huhuhu... Kalau ikut selera aku memang terbaik la... Selera cerewet! PERMINTAAN pertama... Gulai ayam kampung campur maman... terbaik la... Makanan tradisi orang Moncheh... Orang N9 lain tak reti makan dan masak maman ni... Kalau orang pantai timur, maman dibuat jeruk... tak lupa jua, rendang pelanduk... huhu... tengok la kalau ada rezeki orang menembak dapat la makan... PERMINTAAN kedua... Lemang... Dodol... Tapai... (ini aku buat sendiri semua ni...) ketupat ori... mak aku tolong anyamkan... Kalau aku anyam, confirm raya tahun depan pun tak dapat maka pasal sokmo teranyam terikat tangan sendiri... PERMINTAAN ketiga... Wajik sirat... Hohoho... Tapi tak sempat buat kot pasal leceh nak buat... B

Ramadhan Terakhir...

Salam... Hai semua... Lagi 3 hari lagi kita untuk beramal di bulan penuh keberkatan ini... Jika diberi umur yang panjang... Mungkin kita akan bertemu dengan hari kemenangan... Atau lebih tepat lagi, hari pembebasan hantu syaitan iblis yang menghasut manusia selama ini ke jalan kesesatan... Hari ini... Hari terakhir berbuka seorang diri... Atau lebih tepat, hari terakhir berbuka sebagai bujang terang tang tang tang... InsyaAllah... Masuk tahun ke 3 berbuka seorang diri... Di umah sewa yang penghuninya buat hal masing masing... Akan aku simpan kenangan ni... NotaKarut: Jom kemas baju... Esok sebelum subuh... Eh... Sesudah subuh nak gerak balik kampung owho balik kampung, hati girang...

Penat!

Aduyai... Pejabat dah kosong bak dilanda garuda! Bosan! Mana semuanya menghilang??? Penat la... Kenapa? Tengok sini la. .. NotaKarut: Ada yang dah balik kampung ke?