Langkau ke kandungan utama

Catatan

Panas... Hot oooo....

NotaKarut: dipaksa si suri... Katanya boleh pecah lemak... Lepas ni boleh la jadi duta produk lak... Published with Blogger-droid v2.0.4

Persoalan Tak Terjawab...

Hai...  Lambai lambai tangan sambil usap usap perut yang menegang... Menegang dek kerana kesedapan ikan bakar sekincan... Amik sekor sotong yang besar, ikan cencaru besar, ikan pari tang isi... Semuanya pun bakar... Baru RM50.45... Puas hati gila la... Nak gambar? Tak ada? Malas nak amik... Nanti kang ada yang terliur... Masa makan tadi, si suri ada tanya satu soalan... Soalan yang membuatkan aku bisa mengaru dari hujung kepala, hingga ke hujung kepala lutut... Nasib baik tempat umum nak garu "kepala lain"... "Kenapa abang suka makan ek?" Aduyai... Sampai la ni, tak ada jawapan... NotaKarut: Nak tidur telentang rasa tak kena, nak ngiring takut termuntah ikan bakar... Abis tu cam ne? Rasa rasa macam nak tidur berdiri la... Hohohoho...

Muka Ada Senyum...

Salam... Hai... Kabare? Aku baru perasan tahun ni merupakan tahun lompat... Haipppp! Nak ngata aku tak up to date la tuh! Huh!!! Maknanya? Tak ada maknanya... Cuma aku terfikir, macam mana agaknya yea kalau orang yang lahir pada 29 Februari? Mesti sedih dan gembira... Sedih kerana sambut ulangtahun kelahiran setiap empat tahun sekali... Gembira kerana masih muda! Ye la... Kalau dia lahir tahun 1984, maknanya umur dia baru 7tahun! Itu baru intro tu... Dah mengarut panjang dah! Hins hinssss hinsss bangga!... Confirm... Confirm dah... Dah 4 minggu dah.... Hoho... Hasil bercucuk tanam dah berbenih... Faham? Tak faham? Humppppp... Korang budak budak lagi, mana nak faham pasal hal hal orang tua ni... Apa? Faham? Nampak sangat korang yang belum berkahwin tu gelojoh! NotaKarut: Kemaruk nak makan tempe goreng la... Khir Toyo kata, kulit dia tegang dan licin pasal selalu makan tempe... Aku nak makan gak la... Nak tegangkan kulit dekat perut biar

Adegan Terlarang...

Isnin yang blues...  Otak agak beku pagi pagi ni... Tajuk dipetik dalam akhbar harian metro... Tajuk sangat mengghairahkan dan menaikkan nafsu pembaca tajuk untuk membeli akhbar harian metro... Teka Teki : Apa benda, kalau satu garisan muka masam, dua garisan muka ada senyum? NotaKarut: Tak ada idea, tapi nak update gak!

Sanggam...

Hai... Salam Hari sabtu... Apa plan hari ni? Tak ada? Erm... Ce bukak tv 3... Jom sesama layan cerita klasik... Sanggam... Sekian... Entry tak ada idea... NotaKarut: Semalam gaji... Hari ni tengok CiImBiClikcs... Nampak 4 angka... Senyum... Hitung hitung, bayar hutang segala bagai... Tetiba muka jadi masam! Tengok baki tinggal 3 angka! Aduyai... Bulan 3 ni la semua nak mati... Roadtax kuda mati awal bulan... Roadtax kereta mati akhir bulan... Memnag terbaik la... Ni rasa macam nak pi mengadu dekat ANGAH ni...

Petua menghilangkan Sakit Kepala...

Hai... Pepagi Jumaat ni terasa macam nak bagi peTUA lak... Ilmu turun temurun yang diturunkan dari nenek moyang... Kalau tak nenek moyang aku, mesti nenek moyang korang... Dan semestinya bukan nenek kebayan la... Nenek kebayan jahat... Dia curik banyak penyapu dekat rumah orang! Apa ni? Mana hala tuju entry ni? Petuanya... 1. Paling senang... Yang sakitnya kepala. Jadi nak memudahkan kerja, kita buang punca kesakitan itu... Kita buang kepala tu... Aku berani jamin makan sate 50 cucuk yang dibelanja oleh jiran cina di sebelah rumah yang mempunyai seekor anjing yang kecil tapi bersuara nyaring yang selalu memekak di waktu malam sehingga kadang kadang aku rasa aku nak bagi racun je dekat anjing tu!... Sakit kepala ni akan hilang serta merta... Percaya la... Mujarab oooo.... NotaKarut: Kepala sakit... Aduyai...

Perangai Buruk...

Hai... Salam malam Jumaat... Demmmm! Otak jem lak... Sekian intro entry ni... 1. Tarik selimut sampai berselubung... Lepas tu kentut kuat kuat... Tarik nafas dalam dalam... Tahan... Ambil feel... Lepas tu naik syeikhhh bau kentut sendiri... Heaven dan ohsem gila la... 2. Melombong... Korek sampai bahagian paling dalam hidung... Satu kepuasan bila dapat hasil bijih timah sebesar kacang hijau! Lepas tu gentel gentel sampai lumat dan bertukar warna kehitaman... Perghh... Memang satu kepuasan bila dah puas mengentel, jentik jauh jauh guna hujung jari... Elehhhh... Nak kutuk aku la tuh! Macam la tak pernah buat! Konon Suci sangat la tuh! NotaKarut: yeahhhh! Esok Jumaat! Published with Blogger-droid v2.0.4