Hujung minggu lepas aku xde ape2 program, so saje la merayap-rayap
dekat jusco wangsamaju. Duduk rumah pun bukan benda nak buat pun..
Merayap punya merayap, ternampak dan terberkenan la satu belt (sale
70%), memang kebetulan pulat belt aku memang dah jahanam..
Tapi, masa nak
bayar dekat kaunter ade la sekor minah (malay) ni que depan aku...
Huh!!!! Seksi gila
beb!!!
Baju dah la boleh
nampak seberang laut, bra plak boleh nampak kegebuan buah %*@#, meleleh air
liur sat tengok... Mamat-mamat cashier tu pun x melepas peluang menilik dari
dalam sampai ke luar...
Yang xsyoknya,
dalam beberapa minit kemudian datang pulak laki dia, siap dukung baby... Laki
dia aku tengok rilek jea bila bini dia kene tenung dek lelaki yang terseksa...
Termasuk la aku sekali... Macam xkesah jea...
Yang aku nak
mengomel ni, pasal ape la bengong sangat laki dia bagi bini dia pakai macam
ni...
Kalau nak pakai
seksi sangat pun, pakai jea la kat rumah, tunjuk kat laki, yang duk tunjuk kat
luar buat apa!!! Buat orang-orang yang belum berkahwin macam aku ni terseksa
jea...
Silap2, kat rumah
si isteri ni pakai kain batik ngan tshirt jea... Lepas tu bedak sejuk bertembek
kat muka...
Laki dia ni pun
bengong gak kot, xtau ke, aurat isteri tu pun dia yang kene bertanggungjawab,
xpasal2 jea dapat dosa free...
Aku bukan la nak
komen dosa pahala, sebab kubur memang la asing2...
Sekarang ni orang
melayu yang seksi2 macam ni dah xheran dah...
Kalau pergi ke
time square, klcc, berlambak jea remaja belasan tahun yang pakai seksi tahap
mautnya...yang nampak celah punggung... Baju yang nampak seberang... Seluar
yang ketat sampai nampak alur punggung... Yang nak tersembul buah %*@# pun
ade.. Baju ketat xpayah cerita la...dah biasa sangat... Sekarang dah trend lak
paki mini skirt... Berlambak2 kat sungai wang, bukit bintang....
Jadi, aku pun
xheran la kalau kes kene rogol, sumbang mahram, seks luar nikah, pembuangan
bayi, anak luar nikah (bla...bla...bla...) Stasistiknya tinggi...
Tolong la wahai
kaum wanita, bukanya aku xsuka kalau korang seksi2 ni...
Jauh dilubuk hati
ni, memang suka pun... Dah memang fitrah lelaki begitu..
Tapi jangan la
buat aku ni terseksa...
Terseksa dekat dunia pun aku xtahan...
Ni kan pulak seksa dekat akhirat...
10 Seksaan Wanita Diperlihatkan Semasa Iraq Mikraj Rasululullah
SEPULUH jenis seksaan yang menimpa wanita yang diperlihatkan kepada Nabi Muhammad SAW ketika melalui peristiwa Israk dan Mikraj, membuatkan Rasulullah menangis setiap kali mengenangkannya.Dalam perjalanan itu, antaranya Baginda diperlihatkan
(1) perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain.
Seksaan lain yang diperlihatkan Baginda ialah (2) perempuan yang digantung dengan lidahnya dan (3) tangannya dikeluarkan daripada punggung dan (4) minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan kata-katanya.Baginda juga melihat bagaimana (5) perempuan digantung buah dadanya dari arah punggung dan air pokok zakum dituang ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa keizinan suaminya. Ada pula (6) perempuan diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun dan dibelit beberapa ular dan kala jengking . Mereka adalah perempuan yang boleh solat dan berpuasa tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak berwuduk dan tidak mahu mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dulu dan tidak mandi iaitu tidak bersuci selepas habis haid dan nifas. Selain itu, Baginda melihat (7) perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri manakala di bawahnya ada api yang menyala . Mereka adalah perempuan yang berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan aib orang lain.Baginda juga melihat (8) perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka. Mereka adalah perempuan yang suka memasyhurkan diri sendiri supaya orang melihat akan perhiasannya.Seksaan lain yang dilihat Baginda ialah (9) perempuan yang kepalanya seperti kepala BABI dan badannya pula seperti keldai . Mereka adalah perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.Ada pula perempuan yang Baginda nampak yang (10) rupanya berbentuk anjing dan beberapa ekor ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya. Mereka adalah perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain. Wallahu'alam....
Ulasan