Langkau ke kandungan utama

.............................................

tak nampak tak bermaksud buta
tak dengar tak bermakna pekak
tak tahu tak bermaksud bodoh

sembunyi dalam terang
hilang terang mana nak sembunyi lagi
dalam terang ada juga yang sembunyi

terang dalam gelap
gelap tak semesti hitam
dalam hitam tak nampak terangnya

terang gelap hitam sembunyi
sampai bila harus begini
yang terang lagi bersuluh
yang gelap terus dihitamkan
yang patut gelap disuluh
yang patut hitam disembunyi

sejarah mengajar kita
menjadi lebih dewasa
kadang-kadang kita diajar sejarah
tak pernahkah terfikir nak bina sejarah
biar kita yang mengajar sejarah
esok belum jadi sejarah
tapi kita boleh ajar esok supaya menjadi sejarah

ada masanya, kita suka begini
ada masanya, kita suka begitu
ada masanya, kita tidak suka begitu begini
ada masanya, kita yang tak disuka

mana cahaya nak ku suluh yang gelap
biar menjadi terang
biar hitam menjadi terang
adakah aku punya ruang
adakah aku punya waktu
adakah aku punya peluang
nak menjernih yang gelap
agar yang terang tak menjadi gelap

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin “Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Mä$äk £Ã¨mäñg $àmßil bdiri, Hèndäk

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buruk di goreng orang, Bau semerbak serata alam, Tutur kata ibarat parang, Tersilap kata menikam dalam. Belakang parang diasah jangan, Tajam depan tajam belakangnya, Kurang ajar apakah hukuman, Buku lima di pipi la jawabnya.

Pantun Malam Jumaat...

Ubi kayu sedap dibuat pengat Lagi sedap kalau dimasak siti Malam Jumaat datang semangat Almaklum banyak agenda sedang menanti Sedapnya pengat ubi teringat ingat Manakan terlawan si roti jala Ambillah berkat malam Jumaat Mengerat kasih mendapat pahala Di malam hari terasa hangat Memang enak minum air kelapa Malam ni malam Jumaat Tongkat ali jangan dilupa Dah perkena tongkat ali secawan Dicecah bersama kuih bahulu Hendak berblog,berbloglah kawan, Saya bermohon tidur dahulu. NotaKarut: Nak komen? Sila pantun jua... Hahahahahaha... Sekadar gurauan di malam Jumaat... Tak ada apa agenda pun malam ni kecuali nak buat solat hajat dan zikir lebih sikit...