Langkau ke kandungan utama

SURAT SAKIT HATI...

KEPADA PENGHUNI RUMAH
NO. 38, JALAN TAMAN MELATI 2,
TAMAN MELATI, SETAPAK,
53100 KUALA LUMPUR.

KEPADA PENGHUNI YANG BERDAFTAR DAN YANG TAK BERDAFTAR... SILA TUTUP LAMPU DAN KIPAS JIKA ANDA INGIN KELUAR RUMAH DAN SILA TUTUP TV JIKA ANDA RASA ANDA HENDAK TIDUR, KERANA BIL ELEKTRIK HANYA AKAN DIBAYAR OLEH ORANG-ORANG YANG BERDAFTAR SAHAJA. ORANG-ORANG YANG TAK BERDAFTAR, SILALAH PANDAI-PANDAIKAN DIRI DAN MERAJIN-RAJINKAN DIRI UNTUK MENGELUARKAN SEDIKIT WANG UNTUK SAMA-SAMA MEMBAYAR BIL ELEKTRIK, KERANA KALIAN JUGA TURUT SAMA MENGGUNA DAN MEMBAZIRKAN PENGGUNAAN ELEKTRIK!!!

KEPADA PENGHUNI YANG DIHORMATI SEKALIAN, SESUNGGUHNYA RUMAH KITA MEMANG TAK ADA PERATURAN, TAPI RUMAH KITA TERLETAK DALAM NEGERI DAN NEGARA YANG MEMPUNYAI UNDANG-UNDANG. JADI, PERATURAN-PERATURAN TERSEBUT SAH DIGUNAPAKAI.

AKU PEDULI APA KALAU PENGHUNI SEKALIAN NAK PERGI KEMANA PUN, NAK MASUK KELAB KE... NAK TEGUK AIR KENCING SETAN KER... NAK BALIK WAKTU SUBUH KER KEMUDIAN TIDUR SAMPAI TERJALAK WAKTU ASAR...TAPI AKU TAK SUKA KALAU PENGHUNI-PENGHUNI SEKALIAN MEMBAWA PULANG BETINA!!! PERATURAN TETAP PERATURAN...

TOLONG HORMATI PENGHUNI YANG BERDAFTAR INI WAHAI PENGHUNI-PENGHUNI SEKALIAN...

SEKIAN,

YANG SAKIT HATI, PENGHUNI BERDAFTAR...
.............................

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin “Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Mä$äk £Ã¨mäñg $àmßil bdiri, Hèndäk

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buruk di goreng orang, Bau semerbak serata alam, Tutur kata ibarat parang, Tersilap kata menikam dalam. Belakang parang diasah jangan, Tajam depan tajam belakangnya, Kurang ajar apakah hukuman, Buku lima di pipi la jawabnya.

Pantun Malam Jumaat...

Ubi kayu sedap dibuat pengat Lagi sedap kalau dimasak siti Malam Jumaat datang semangat Almaklum banyak agenda sedang menanti Sedapnya pengat ubi teringat ingat Manakan terlawan si roti jala Ambillah berkat malam Jumaat Mengerat kasih mendapat pahala Di malam hari terasa hangat Memang enak minum air kelapa Malam ni malam Jumaat Tongkat ali jangan dilupa Dah perkena tongkat ali secawan Dicecah bersama kuih bahulu Hendak berblog,berbloglah kawan, Saya bermohon tidur dahulu. NotaKarut: Nak komen? Sila pantun jua... Hahahahahaha... Sekadar gurauan di malam Jumaat... Tak ada apa agenda pun malam ni kecuali nak buat solat hajat dan zikir lebih sikit...