Langkau ke kandungan utama

Oh!!! Baru Perasan...

Malam tadi, secara tak sengaja, aku duduk dengan tertib, mengadap Cik Merah Laptop kesayangan aku ni, mengetuk-ngetuk apa yang ada kat situ...

Hasilnya... Sungguh aku tak sangka...
Baru aku Perasan...

Rupanya aku dah terlebih belanja bulan ni...
Kira punya kira... Campur punya campur... Tolak punya tolak...
Lebih 10k gak aku belanja bulan ni...
Giler ar... Patut makin kurus poket aku ni...
Yang terkorek... Terpaksa dikorek...
Yang disorok dah pun terdedah...
Yang dah ditanam pun kena gali jugak...

Bermula kisah dengan kisah Cik Siti Nor Persona aku tu, 5.7K aku berhabis untuk dia saja...
Dah ada kereta, kena la balik kampung, tak kan nak balik tangan kosong jea kan... 5rat melayang jugak 2 kali balik kampung ni...
Balik jea dari kampung... Ada pulak cerita yang kureng menarik... Aku tengok meter air rumah dah tak ada... Si laknat tu tak pernah bayar bil air rupa-rupanya... Melayang lagi 338...

Lepas si laknat tu keluar dari rumah... Rumah aku macam dewan orang ramai jadinya... lapang selapangnya... Boleh main kejar-kejar dekat ruang tamu tu...

So... Dengan bangganya aku pun membeli la apa-apa yang patut... 1.75k gak habis...

Dan nak dijadikan cerita... Cik Siti Persona aku tu menangis2 minta diservis dan ditinted kan.. Tak tahan panas katanya... Terpaksalah aku mengalah dengar esak tangis dia tu... Dengan tangan aku menggigil, 860 pun telah bertukar tangan...

Kira punya kira semalam, baru aku perasan, rupanya, gaji aku bulan ni dah abis sebelum 15hb Mei lagi... Maknanya 2.7k aku abis... Tak tahu la ke mana arahnya kertas yang terpampang gambar Agung tu melayang...
Kira punya kira... Oh!!! 11k aku abis dah rupanya...

Oh!!!!!!!!!! Banyak nya...
Banyak dah yang ditanam terpaksa dikorek rupanya...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin “Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Mä$äk £Ã¨mäñg $àmßil bdiri, Hèndäk

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buruk di goreng orang, Bau semerbak serata alam, Tutur kata ibarat parang, Tersilap kata menikam dalam. Belakang parang diasah jangan, Tajam depan tajam belakangnya, Kurang ajar apakah hukuman, Buku lima di pipi la jawabnya.

Pantun Malam Jumaat...

Ubi kayu sedap dibuat pengat Lagi sedap kalau dimasak siti Malam Jumaat datang semangat Almaklum banyak agenda sedang menanti Sedapnya pengat ubi teringat ingat Manakan terlawan si roti jala Ambillah berkat malam Jumaat Mengerat kasih mendapat pahala Di malam hari terasa hangat Memang enak minum air kelapa Malam ni malam Jumaat Tongkat ali jangan dilupa Dah perkena tongkat ali secawan Dicecah bersama kuih bahulu Hendak berblog,berbloglah kawan, Saya bermohon tidur dahulu. NotaKarut: Nak komen? Sila pantun jua... Hahahahahaha... Sekadar gurauan di malam Jumaat... Tak ada apa agenda pun malam ni kecuali nak buat solat hajat dan zikir lebih sikit...