2010/09/29

Halam???

Yang duk kecoh sangat pasal duit haram ni pasai pa???
Dah tau haram, pulang jea balik...

Yang Federal Gomen nak nyibuk tu buat apa...

Sedar ke tak sedar... Pendapatan negara DISIMPAN dalam satu kantung yang dipanggil Akaun Wang Amanah Disatukan... SEMUA hasil negara disimpan dalam akaun tu.... Cukai, Cukai Petroleum...bla...bla...bla... Hatta TERMASUK la dari hasil judi...

Jangan cakap duit gaji pekerja awam sahaja... Tapi SEMUA rakyat Malaysia akan merasa sikit dari hasil judi ini... Secara langsung atau tak langsung... Pusing-pusing duit tu akan pergi jugak ke semua RAKYAT Malaysia...

Tak percaya???
Duit tuk biaya pendidikan tu datang dari siapa??? Tentulah Federal Gomen...
Duit tuk biaya kesihatan tu turun dari mana??? Confirm Federal Gomen...
Subsidi gula... Beras... Petrol??? Siapa yang bagi??? Jawab la sendiri...
Kalau nak gali lagi... Sampai lusa pun takkan habis...

kalau ikut matematiknya halal + haram = halam.

Dah tau haram... Pulang balik...
Tak tau haram... Diam-diam jea...
Tak reti haram... Duk ngutuk orang jea... Dia saja yang betul...

Bukan nak sebelah mana-mana... Dua-dua pun sama...
Bak kata orang tua, mengata dulang paku serpih, mengata orang, dia yang lebih.

Huh!!! Xboleh harap!!!

Kereta cantik berkilat, cun melecun, besar, cc power, casis cantik, leather seat, lampu led...




Tapi...




Sayang sungguh kalau......................................



Drivernya tak reti guna signal!!!

Hampeh!!!


Wei... Signal tu bukan perhiasana kereta la!!! Bukan perhiasan semata-mata la mangkuk...

2010/09/28

merapu...merepek....kerepek...tempeyek...

Ada orang punya perangai, dia saja yang betul, orang lain semua salah, semua tak betul, semua rasuah, semua tak baik... Dia saja yang betul... Dia saja yang maksum.. Dia saja yang tak pernah buat salah...

Ada orang punya perangai juga, semua dia punya, harta kau dia punya, harta dia, dia yang punya... Dah pinjam, saja buat-buat lupa... Konon-konon harta tu dia yang punya...

Ada orang punya perangai pelik, mengaku dia hebat, lagak macam menteri, semua dia boleh buat, semua ditanggung beres, padahal, lembu punya susu, sapi dapat nama...

Ada orang suka banyak kerja... Ada orang suka kurang kerja... Ada orang tak nak kerja.. Ada orang dah ada kerja tapi macam tak kerja... Ada orang tak ada kerja pergi cari kerja...

Susah-susah tak banyak kerja lagi bagus dari susah-susah banyak kerja...

Susah-susah fikir nak nak merapu... Merepek...
Lagi bagus makan kerepek, makan tempeyek... Perut penuh, hati senang, mata berat, otak lembab... Berat pun naik... Lemak tepu pun mai balik dah... arrggggggggghhhhhhhh!!!!

2010/09/24

Sindrom hari Jumaat...

Hari Jumaat...
Penghulu segala hari...
Hari dengan penuh kerahmatan...

Tapi kenapa bila tiba hari Jumaat, automatic perasaan malas ni macam dipam-pam lak hingga mencapai tahap kegebuan melampau...

Tapi kenapa nak salahkan hari Jumaat???
Sebab esok hari sabtukah???

2010/09/23

zzzzzzzzzzzzzzzzzz...

Baru balik jamuan raya kementerian...

Bila perut dah penuh, mata pun jadi berat, pergerakan jadi sangat lambat, otak jadi beku...

Akhirnya.......







zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.............................

2010/09/22

Tangan Gatal...


Masih mencuba... Masih belajar... Menggunakan camera baru... Konon nak jadi professional...
Pegang camera pun menggigil... Cam ne nak nak ambik gambar yang cantik...

Orang nak pakai DSLR, awak pun nak pakai... Tapi tak reti guna...
Ni la buah tangan pertama... Selepas menuntut dan bertapa di Gua Niah...

Kenapa la kau terlepas...

Elok jea kau ni terkurung...
Sebulan kau terkurung... Abis 7kg lemak-lemak jahat ni hilang...
Ringan sikit rasa ni....

Sejak kau terlepas ni, kau mengamuk betul ek... Balas dendam betul...

Pantang diperlawa... Habis semua kau sapu...

Hai la nafsu...

Kan elok kau terkurung...

Ni rasa nak membaham jea ni...

Lagi-lagi ada kuih raya depan mata...

2010/09/20

7 sebab kenapa raya tahun ni kurang meriah...

1. 4.04am 28 Ramadan bersamaan 8 September... Kepulangan ke rahmahtullah Allahyarham Raslim Bin Mahmud aka Atok... permulaan yang sedih di hari mantai... Kebiasaannya di hari mantai ni, di kampung-kampung di Negeri Sembilan akan meriah dengan persiapan hari raya, dengan jualan daging lembu, kerbaunya... Tapi aku... Bergegas ke Hospital Kuala Pilah selepas menerima panggilan daripada Hospital yang menyatakan atok dah nazak... Jam 3pagi, disaat orang lain sedang enak dibuai mimpi... Bayangkan di jalan kampung, cik Persona aku tu dikerah di paksa 140-160km/j... 20 Min dah sampai hospital, kebiasaannya 45min perjalanan...

...........................................................................................................................................

Tak mampu nak menulis panjang......
Semuanya selamat diselesaikan jam 12.00tengahari...

2. Pertama kali raya tanpa lemang, dodol, rendang, ketupat dan sebagainya... Sebab... Masing-masing tak mampu nak buat...

3. Kenduri tahlil arwah mengantikan acara takbir yang kebiasaannya dibuat di rumah aku... Menunya... Nasi ayam... Kenapa nasi ayam??? Sebab itu jea yang ada...

4. Kebiasaannya hari raya, semua cerita yang best-best sahaja... paling-paling bengong pun cerita pasal kerja... Tapi sekarang bercerita mengenai aset Arwah, duit Arwah, harta Arwah... Benci bertul nak dengar... Tanah kubur pun masih merah lagi...

5. Dari malam raya ke 4 hingga malam raya ke 8, aku bertungkus lumus menyedia dan menyiapkan laporan kewangan badan khairat kematian... nak serah jawatan kat penghulu kampung... Arwah sebagai bendahari memang beri amanah kat aku sejak 2003 untuk jadi akuantan tak bertauliah... Kepala masuk air... Berpusing-pusing, Berpinar-pinar, sebab tak tahu mana datangnya duit... Arwah tak sempat buat resit rasmi...

6. 5 Syawal, 13 September, Kepulangan ke rahmahtullah Allahyarham Ghani Bin Suleh aka Moyang aku...

7. Masa lawat arwah moyang, Cik Persona aku tu lelah mengalami kemelecetan di bahagian bawah, sebab ada batu sebesar 2kali ganda bola termasuk bawah kereta semasa nak buat u turn... macammana termasuk tu aku pun kurang pasti... Yang heran masa mengundur tu tak ada apa-apa pun... tapi masa nak ke depan tu la kemelecetan tu berlaku... Terpaksa menggunakan jack tuk keluarkan batu tu...

Pendek kata, raya tahun ni kurang dan tak terasa sangat kerayaannya la...........................................................................................................

Belum sampai lagi mood...

13 hari bercuti... Bercuti.... Dan bercuti...
Membuat lemak-lemak kemalasan berganda-ganda...

Mana nak cari mood kerja ni sedangakan mood bercuti masih terlekat lagi...

2010/09/06

Apa kata kalau raya tahun ni seseorang telah tiada???

Apa perasaan bila sambut hari raya tanpa seseorang???
Rasa macam kurang jea... Macam tak lengkap...
Lagi-lagi kalau orang tu ketua keluarga...

Tak pernah lagi aku rasa beraya tanpa keluarga yang tak lengkap...
Tak dapat aku bayangkan beraya tanpa dia...





Harap-harap atuk cepat sembuh...
Dah 10hari dah dalam hospital Kuala Pilah...
Dan malam tadi mak telefon bagi tahu atuk dah 50-50...

terkelu... terkedu...

Hari ni serba tak kena... Serba tak menjadi...



............................ Tak terkata...

2010/09/03

skema jawapan raya

Raya tahun lepas, banyak soalan cepukcemas daripada mak-mak sedara, nenek sedara dan yang yang berkaitan mahupun yang tak berkaitan, yang kebanyakan soalan, aku hanya mampu menjawab dengan senyuman...

Penat dan letih nak menjawab...

Raya tahun ni, aku dah siapkan awal-awal skema jawapan... Itu pun kalau ada yang berani nak nyibuk tanya lagi tahun ni....

Soalan standard 1.: Bila kau nak kawen Ngah???
Jawapan- Mak Lang tolong sponsor ckit la... Tak cukup bajet lagi la...

Soalan standard 2.: Kau dah ada makwe belum Ngah???
Jawapan- Mak Teh tolong la kenen-kenenkan ngan anak dara yang cun melecun ala-ala artis...

Soalan standard 3.: Bila kau nak ganti kuda buruk kau tu... Dah berkarat den tengok dah???
Jawapan- Mak Long tak nampak ker kereta persona yang cun melecun kat luar tu???

Soalan Standard 4.: Kereta Persona jea??? Tak glomournye... Apasal kau tak beli kereta import cam Vios ke?
Jawapan -meh duit sekepok... kereta sport pun den boleh boli...

Tu soalan yang biasa raya tahun lepas... Tak tau lak soalan cepukcemas raya tahun ni...
Menjawab dengan senyuman dan mengutuk dalam hati tu biasa... Andai kata kalau tak dapat nak menjawab soalan cepuk cemas....