Langkau ke kandungan utama

Siapa Yang Paling Kuat Mengarut...

Hai... Hai... Hai... Lambaian tukang karut...walaupun korang tak nampak, aku nak lambai gak... biar la bangla mesin rumput tu nak tersengih sorang sorang pun...

2011... Akan berakhir dalam beberapa jam je lagi...
Tapi itu bukan isi entry ini...
Entry ini ditulis sebagai penghargaan kepada mereka mereka yang turut sama sama memeriahkan lagi dunia blog ini... Terutama mereka mereka yang meng"happyning" jahanam bahasa melayu dan english aku!!! sama sama mengarut dalam blog tukang karut ni...

Tinggi tingi buah bidara,
Tinggi lagi sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Umbut rumbia enak dimakan
Dibawa orang dari Bagan
Kedatangan tuan dialu alukan
Silalah datang lagi jangan la segan

Bubur durian berbau kari,
Kari cendawan batang keladi;
Girang rasa tidak terperi,
Bertemu tuan yang baik budi.

Cari cari daun selasih
Tumbuh merimbun di hujung laman
Budi tuan junjungan kasih
Menjadi kenangan sepanjang zaman

Ha... Tak kan nak baca je kot?
Takkan tak nak jawab pantun ni kot? Hoho... Sila la.. Sila la jawab jangan la segan...

10 orang yang kuat mengarut di dalam blog tukang karut ni... Kalau nak tau, ce tengok kat sebelah kanan blog ni... kan ada tersenarai kat situ siapa yang kuat dan siapa yang tak berapa nak kaut...

Dalam aturan terbalik... Yakni bermula yang kurang mengarut ke orang yang paling kuat mengarut... Hohoho... Walaupun nama anda tidak tersenarai dalam list ini, jangan risau, ini bukanlah bermakna anda tak kuat mengarut, mungkin anda baru sahaja terjebak dalam blog ini... Anda juga akan dihargai dalam entry seterusnya...

Aimi Adilah... Budak budak lagi ni... Dah... Jangan nak berangan nak ngorat... Dah ada yang berpunya dah... Sekarang ni tengah sibuk berdating dengan kesayangannya... hoho...

Lea Isnawa a.k.a. Norlia Ghani... Owh... Budak ni kejab betul... Kejab tak berapa nak betul... Dalam entry blog dia sopan je... Tapi bila dia datang blog mengarut ni, dia pun kadang kadang terjebak dengan kekarutan jugak... Haippp!!! Jangan nak macam macam dengan dia ni... Dia ni nak jadi pegawai bomba tau... Forensic... Ala ala CSI gitu...

Satu satunya jantan perkasa yang TERmasuk dalam list orang kuat mengarut... Khaifaiz... Haippp! Jangan nak jeling jeling... Dah ada yang punya... Dah tunang pun... Bro... Jangan tunggu lama lama bro... Nanti barang berkarat susah lak nak asah balik...

Cik Sal Ijou... Seorang yang sangat sayang dengan katak kodok! Ntah apa yang disukakan sangat dengan katak pun tak tau la... Eiii... Geli geleman aku... Seorang blogger yang gigih gak... Hoho... Aku dah pernah jumpa dengan dia oooo... Orangnya cantik... Pandai... Berbudi bahasa... Mulutnya tak reti diam... Dan yang paling penting dia solo molo lagi wei.... Ha... Yang jantan jantan single lagi tu, tak reti2 nak terjah ke? ngorat ke apa ke... Cikgu ni...  Mesti masyuk gaji sebab dah gaji baru tahun depan...

CT Aja... Seorang pustakwan... Haip!!! Jangan pandang rendah ek... Dia bukan sembarangan orang... Seorang Perantau Yang Jauh Di Ibu Kota, Jauh Dari Family Tercinta Yang Berada di KELANTAN, telah merangkul DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM, yang seterusnya melompat ke IJAZAH PENGURUSAN MAKLUMAT & PERPUSTAKAAN di mana sekarang bekerja sebagai PUSTAKAWAN yang anti pada buku, maka sekarang sedang mencari keseronokan dalam BERBLOGGING...

Firdani... Cikgu tadika... Entry pun sopan sopan je... Aku lak yang segan kalau masuk blog dia ni... Nak komen pun kena sopan sopan je... Takut ooo... Mana tau kena rotan lak kan...

MamaEma... Banyak bercerita tentang diri sendiri dan keluarga... Anak dah dua... Tak nak tambah lagi ke? Ke ada petua nak perturunkan kepada pengantin baru suam suam kuku ni nak dapat anak ke?


CTK... Budak yang kuat makan! Mungkin ada orang belaan agaknya... Mungkin aku pun nyaris nyaris dikalahkan beliau! Huh!!! Tercabar aku... Sekarang dah jarang update, sebab tengah sibuk nak exam... Hoho... Viel Gluck la ye... Dah sem akhir dah, lepas ni boleh la cari sorang calon lepas tu kahwin terus, habis cerita...

Ila Honey Bunny... Haiya... Ini budak ha... Manyak cantek oooo... Tapi ha... Lu olang ha, jangan kasi itu mimpi la mau ngorat... Dia punya itu pakwe ha... Manyak caring maling sama dia oooo... Ini budak ha... Sangat rajin BW oooo...  Dalam itu blog pun ha... Sangat sopan... Tapi bila mai blog gua ha... Haiya... Manyak brutal jugak ini minah oooo...

Cik Dill!!! Orang yang paling kuat mengarut... Hoho... Cik Dill... Jangan marah ha... Nanti itu orlando lari pasal tengok muka manyak masam ma.... Ehem... Bila nak tunang ni? Tak kan senyap je kot... En. Orlando, kesian dengan cikgu ni... Jangan tunggu lama lama, nanti lama lama diambil orang!

Walaupun beliau tak tersenarai dalam senarai yang kuat mengarut, tapi aku tau, dia selalu datang dan memberi komen... Mungkin sejak akhir akhir ini, beliau sangat sibuk... Ada yang nak exam... Ada yang nak kahwin...

Zati Embong... Hohoho... Jat... Seorang rakan skandal dalam blog... Hoho... Haipppp! Jangan nak buat muka... Dah nak kahwin dah pun pertengah bulan January ni... Orangnya manis... Hai sayang... Hohohoho...


Plankton... Bakal doktor yang tengah belajar di Mesir... Cantik dan manis orang nya... Jarang mengomen... Tapi aku tau dia hari hari bukak blog aku ni... Tengah sibuk dengan praktikal dan exam... Buat elok elok ek... 

NotaKarut: Nama anda tak ada? Tak pe... Tunggu!!!!!!!!!!

Ulasan

Asrul "iLham" Sany berkata…
semua aweks ek dlm senarai ko? terbaek
lieynanilaz berkata…
memang terbaiklah...:)
LadyBird berkata…
salam akhir tahun :)
Tanpa Nama berkata…
cik dill org plg kuat mngarut ? haha
zati embong berkata…
hahaha,xpe,jat tahu tk da heboh dlm 1 dunia belog ni jat skandal belog tk!hahaha.
budakijaupendek berkata…
hehe
awek je ek ?
jntan takdo ? haha
Rain berkata…
cewek kat atas semua dah berpunya. gua single beb.

sila sila
ILA HonEyBuNNy berkata…
wakkakakak...

aku jadi mengarut ini dalam blog sebab ko suka mengaroot ma...mau hotak aku pun sewel jugak..heheh

camat tahun baru weh...

moga cepat2 jadi bapak taun depan..ehehhe
~Sal Ismail~ berkata…
Aku sayang sama katak 'kero keroppi' je la weh..pandai2 je ko eh..kang aku sumpah jadik katak kodok menangis x berlagu si suri ko~ hoho..

gigih x gigih sekali seminggu je hapdet~ =p

aduh, terbang melayang x jejak bumi aku kene puji mcm ni..ni yg sayang TK sesangat ni..kekee..~

org talkative mmg x reti nak diam.haha!~
~Sal Ismail~ berkata…
TK, ILA HonEyBuNNy rupanya junior sama course ngn aku kat uia..baru2 ni baru dpt tau..hehe~
Unknown berkata…
hahahaha
elok la ad geng yang kuat ngarut cm ko... mwahahaha..
hepy new year bro..
si robot comel berkata…
semua gelfreng eh,haha.hamboi
Cik tikah berkata…
kena usaha lagi untuk mngrut kat sini. hahaa
dill berkata…
hahahahahahah!!!!!

sekali nama aku naik! nape kene letak name die skali. potong line je. haha!

anyway, thanks :)

selamat tahun baru, sayang :)

dill.
ORLANDO AHMAD berkata…
nama gua kena petik lagi
Ct Aja berkata…
hahahha tak sangka tersenarai, lorr ingatkan blogger paling sopan hahahhahaah, ops prsan lak...hahahaa
Tanpa Nama berkata…
Nama kte takde! Grrrrrr.

Hahaha, tak ksah pon sbb mmg jarang dtg sini pon kan -.-
blog-tips-kurus berkata…
bini kamu tak cemburukah???
norh berkata…
Selamat Tahun Baru TK
ciK LyndaWawa berkata…
wah..nama saya takde? wek..

selamat tahun baru..
Daddylicious berkata…
org pompuan mmg rajin mengarut...hahaha!
Muttallif berkata…
Yo!

Selamat Tahun Baru dan Selamat Murah Rezeki KO!

wei! Bagus tu ada penghargaan untuk para-para blogger lain. hehehe...

Walupun aku jarang Online tapi aku tetap baca karutan mengarut entahapeapentah ko tu...kih kih kih...

kadang-kadang ada jugak yang meransang minda dan jiwa! huhu

see ya pal
Juliet_iRa~" berkata…
hee...mmg smua kaki mngarut ;p

sm la dgn y tukang karut tu..kuikuikui

happy new year to TK n wife..:)
model baju korea berkata…
salam kenal,,sukses yahh dengan postingan nya selamat tahun baru 2012
iem berkata…
mana blog untitled..
huuuu sedeynya
sob~~sob
Chuu Muqhlis berkata…
smoga lebih mngarut untuk tahun baru ni wakaka
zati embong berkata…
tk!cpat la tkar chatbox 2.hihi
emarieys berkata…
aik..tersenarai juga mak budak punya blog ini..toche...toche...

tapi bila tgk semuanya perempuan yer...

terror gak orang perempuan ni mengarut...
Unknown berkata…
IP seriyus kot...bwahaha
khaifaiz berkata…
aku pun tersenarai kt sini... thanks TK
Unknown berkata…
IP seriyus kot..xpernh mngrut..ha3
Arisu Bang berkata…
Bila org mula mengarut... Plg best sbb gelak smpai sakit perut... :))

Catatan popular daripada blog ini

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin “Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Mä$äk £Ã¨mäñg $àmßil bdiri, Hèndäk

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buruk di goreng orang, Bau semerbak serata alam, Tutur kata ibarat parang, Tersilap kata menikam dalam. Belakang parang diasah jangan, Tajam depan tajam belakangnya, Kurang ajar apakah hukuman, Buku lima di pipi la jawabnya.

Pantun Malam Jumaat...

Ubi kayu sedap dibuat pengat Lagi sedap kalau dimasak siti Malam Jumaat datang semangat Almaklum banyak agenda sedang menanti Sedapnya pengat ubi teringat ingat Manakan terlawan si roti jala Ambillah berkat malam Jumaat Mengerat kasih mendapat pahala Di malam hari terasa hangat Memang enak minum air kelapa Malam ni malam Jumaat Tongkat ali jangan dilupa Dah perkena tongkat ali secawan Dicecah bersama kuih bahulu Hendak berblog,berbloglah kawan, Saya bermohon tidur dahulu. NotaKarut: Nak komen? Sila pantun jua... Hahahahahaha... Sekadar gurauan di malam Jumaat... Tak ada apa agenda pun malam ni kecuali nak buat solat hajat dan zikir lebih sikit...