Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2011

Apa Yang Dicari Tu?

Nasriq JKR menjawab pantun di blog Tukang Karut di alamat mnasriq.blogspot.com yang kadang kadang ada bercerita pasal gadis sabah yang cun melecun yang body mantop sehingga perut merembeskan asid. Kalau perut dah merembeskan asid, nak menyesal tiada gunanya... Malahan tanah tepu jua tidak akan meninggalkan apa apa kesan... Ayat tukang karut bisa membuatkan aku rasa nak tukar kerja... NotaKarut: Siapa pulak la cari aku di alam maya ni... Terperasan popular la pulok dah ni... Tapi kan... Apa la pelik sangat keyword yang dicari tu... Tau la dalam blog ni hanya berisikan karutan sehidung hidung jea...

Haha... Naik lagi... Naik la...

Hahaha... Jom gelak sama sama beramai ramai... Naik... Semua nak naik... Naik la... Aku tak hairan sikit pun... KERAjaan umumkan menaikkan atau dalam bahasa halusnya penyelarasan harga tarf elektrik... Apa la sangat kalau naik 2.23 sen tu kan... Sikit jea... Bukannya boleh nak beli McD pun kan... Kalau betul la kenaikan itu untuk menampung kos operasi yang betul2 naik... Aku pun tak kesah sangat... Lantak la kan... Itu hak KERAjaan... Lagipun kan KERAjaan menanggung subsidi yang banyak... Tapi yang tak menariknya... masa rugi jea umum... Masa rugi jea nak rakyat tanggung... Rugi jea rakyat tanggung... Masa untung billion2 tak nak umum pulak kan... Masa untung billion2 tak nak pulak turunkan harga kan... Masa untung billion tak nak kongsi pulak kan... Kenyang sendiri jea... Nak suruh rakyat berjimat cermat... Hahaha... gelak besar berguling guling tergolek tertungging aku... Tang mana nak berjimat cermat? Habaq mai dekat aku... Tang mana? NotaKarut: Kalau nak berjimat... Jimat dekat pro

Ini Ingatan Untuk Diri Sendiri...

Amaran oleh KERAjaan Uganda... Maksud tersirat entry ini adalah untuk si tukang tulis yakni si tukang karut bukannya tukang urut mahupun tukang cucu hatta jauh sekali tukang rumah... Semalam... Dah pun berlalu... Apa yang dah pun kau capai... Adakah bertambah harta kau... Adakah bertambahnya ilmu di dada kau... Adakah bertambahnya amalan kau... Atau adakah kau makin menimbun menambah dosa... Atau adakah kau makin tersesat jauh mendekati dosa... Atau... Atau... Atau semuanya sekali... Hari ini... Bertambah lagi angka itu... Angka yang meningkat naik yang bermakna makin singkat masa kau... Masa yang makin lama makin kesempitan... Masa yang telah kau sia siakan... Adakah sempat kau???????? Notakarut: Baca tanpa menilai...Sesuatu untuk diri sendiri... Apalah ada pada angka jika angka itu tak menunjukkan keperibadian yang sepatut dan sekehendaknya...

Off Day...

Dah separuh tahun dah... Cuti aku langsung tak terusik lagi... Dulu dah masa cuti raya cina dah amik dah dua hari... Tapi kena tarik balik pasal dapat arahan kerahan tenaga berkhidmat untuk negara... Hari ni... Aku nak cuti... Niat pertama... Sebab nak pergi kenduri dekat kampung... Petang ni sepupu aku kahwin... Muda lagi tau... Bergetah lagi... Baru 18 tahun dah kahwin dah... Abang sepupu dia yang tua ni pun tak kahwin lagi... Niat kedua... Alasan jea niat pertama tu... Nak larikan diri sebenarnya... Penat la... Semua urgent... Semua cemas... Semua panik... Semua pun nak cepat... Dapat memo menteri la... Dapat memo KSN la... semua la... Berlambak2 surat dan laporan atas meja tak terusik lagi... Semua aku serahkan pada budak praktikal untuk buat... hahaha... patut tak? Babai... NotaKarut: ada sesiapa nak ikut lari?

Sok Sek Sok Sek...

Pakar Universiti A: pong pang pong pang... cerun... hujan... runtuh... pong pang pong pang... Pakar Universiti B: Bla... Bla... Blah la lu... High goundwater... Bla... Bla... Bong... Runtuh dummm!!!... Bla... Bla... Professional Engineer: Sok sek... Sok sek... Soil Structure... No piling... Sok sek... Sok sek... Geotechnical Engineer: Hum... Ham... Hum... Ham... Buat tanpa input geology... Hum... Ham... Ham... NGO Alam Sekitar: Pot... Pet... Pot... Pet... Buat bangunan tanpa penilaian alam sekitar... Pot... Pet... Menteri Banyak Bunyi: Kui... Kuh... Krogh... Tak daftar... Tak selamat... Kroghhhh... Kui... Kui... Menteri Sikit Bunyi: Shyyhhh... Shyhhhh... Pokok condong... Pangggil JKR... Panggil PBT... Syhhh... Syhhh... Semua banyak bunyi... Cakap pong pang pong pang berdegar degar... Kalau korang berani sangat... Kalau korang tu betul betul pandai cakap... Cuba la cakap dekat tuan tanah macam engineer cabuk yang perasan kacak bergaya ni cakap... Engineer Cabuk Cawangan Kejuruter

Sengal Sengal Senget...

Tanya banyak pun kena marah... Tanya sikit pun kena marah... Tak tanya pun kena marah... Cakap banyak kena marah... Cakap cikit pun kena marah... Tak cakap pun kena marah... NotaKarut: Otak tak berapa nak centre selepas ditipu aduan aduan palsu... Bukit dikatakan busut... NotaKarut 2: Memang panas masa darah manis ni kan... Asyik kena marah jea... Faham ke? Mesti tak faham ni...

Glemer...

Disatu petang yang dingin... Ada wartawan sedang mencari pakar untuk memberikan penerangan mengenai hal hal isu semasa... Bernasib baik... Tak perlu dia mencari jauh... Tuah datang bergolek... Ada jugak Tuah yang datang berjalan... Dia terjumpa seorang perempuan yang gayanya macam seorang pakar sedang tercongok congok melihat keadaan cerun sambil tangannya ralit mencatit sesuatu... Elegan... Seksi bergaya dengan tas tangan yang besar... Penemuramah: Apa khabar puan... Pakar: Yea... surat khabar tak beli lagi... Owhhh... Mungkin dah petang ni puan... tu yang tak keluar lagi surat khabar... Sebelum saya pun melalut ke laut... Boleh saya tanya puan mengenai isu isu semasa yang tengah hangat dan hangit sekarang ni? Yea... Saya bagi 3 soalan jea... Apa pandangan puan mengenai tragedi tanah runtuh yang menimpa rumah anak yatim di hulu langat Pandangan saya kabur jea... Mungkin sebab saya lupa nak pakai spek... Next question please? Adakah hujan penyebab kejadian ini?

Mulakan Hari Ini Dengan...

Selamat Pagi... Mulakan hari ini dengan senyuman... Senyum semua... Senyum la... Senyum la!!! Degil ni... Nak kena campak ke laut dalam ke? Biar jerung2 datang memamah daging yang ada... Ni nak marah ni... Tak mengikut arahan... Suruh senyum pun susah... Sampai gigil2 bibir suruh senyum... (eh... Tu aku la... kena marah dengan cik tunang pasal suruh berlatih senyum...) Senyum lebaq lebaq sampai koyak bibir lebaq macam Ning Baizura... "Keasyikan layananmu Menggambarkan kemesraan Diantara sejuta kenangan... " Eh... Ternyanyi pulak... jangan hujan lebat sudah la... Kang banyak lagi pulak yang runtuh kang... NotaKarut: Ada urusan negara yang perlu diselasaikan... Urusan rakyat jelata yang kepanikan...

Tak... Tak... Bukan Macam tu...

Tak faham tak bermakna tak tahu... Tak tahu tak semestinya tak pandai... Tak pandai tak semestinya tak bodoh... Tak bodoh tak semestinya tak faham... Faham ke? Ntah... Macam faham... Tapi rasa rasa macam tak faham... Atau buat buat faham? Atau buat buat faham yang sebenarnya tak faham tapi buat buat faham? adei... tak faham... aku pun terkeliru sekejab... NotaKarut: Tak perlu menilai jika terbaca entry di blog orang yang mempunyai banyak maksud tersirat... Yang tersurat pun belum tentu lagi faham...

Hot Hot Chicken Shit...

Panas... Panas... Panas... Apa yang panas? Ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengahari... Eh? Ah... Lantak la walaupun macam tak kena jea... Telefon pejabat hari ni tak henti2 berbunyi... Masing masing cuak... Tak percaya... Tanya Fida dan Bunga ... Diorang dah jadi operator sepenuh masa buat seharian di pejabat... Menjawab segala permasalahan rakyat jelata... Tak perlu la kalau telefon tu nak meletakkan emosi kehadapan daripada akal... Tak perlu marah marah... Mungkin rakyat jelata ada yang tak faham... Tak siapa pun suruh beli dan buat rumah di lereng bukit... Tak siapa pun paksa anda untuk melihat pemandangan indah dari bukit... Tak siapa pun... Anda beli dengan rela hati... Anda buat rumah dengan rela hati... Susah berurusan dengan orang yang terlebih pandai ni... Lagi lagi jika orang itu kononnya professional... Lagi lagi jika orang itu kononnya kaya... Lagi lagi jika orang itu kononnya ada kabel besar punya! Lagi lagi jika orang itu kononnya ada setakuk atas d

Bangau ke Langau?

Oh Bangau oh Bangau Kenapa engkau kurus Macam mana aku tak kurus Ikan tidak timbul Oh ikan oh ikan Kenapa engkau tidak timbul Macam mana aku nak timbul Rumput panjang sangat Rumput panjang sangat Oh rumput oh rumput Kenapa panjang sangat Macam mana aku tak panjang Kerbau tak makan aku Kerbau tak makan aku Oh kerbau oh kerbau Kenapa engkau tak makan rumput Macam mana aku nak makan Perut aku sakit Perut aku sakit Ok perut oh perut Kenapa engkau sakit Macam mana aku tak sakit Makan nasi mentah Makan nasi mentah Oh nasi oh nasi Kenapa engkau mentah Macam mana aku tak mentah Kayu api basah Kayu api basah Ok kayu oh kayu Kenapa engkau basah Macam mana aku tak basah Hujan timpa aku Hujan timpa aku Hujan oh hujan Kenapa engkau timpa kayu Macam mana aku tak timpa kayu Katak panggil aku Katak panggil aku Katak oh katak Kenapa engkau panggil hujan Macam mana aku tak panggil Ular nak makan aku Ular nak makan aku Ular oh ular Kenapa engkau kau nak makan katak Macam mana aku tak makan katak Memang m

Tanah Runtuh di Hulu Langat...

Tanah runtuh di rumah anak yatim Batu 14, Hulu Langat berlaku jam 2.30 petang tadi... Setakat ini, 1 orang disahkan maut. 24 orang tertimbus. (20 orang anak yatim, 4 penjaga) Update: masih lagi menunggu arahan untuk bertindak. Update 2: masih lagi menunggu arahan... Satu unit dah ke sana untuk membantu khidmat nasihat pakar... Unit aku ni berkaitan dengan jalan, so macam tak ada kena mengena sangat kalau berkaitan tanah runtuh di kawasan perumahan... tapi masih lagi dalam standbymode... takut2 dipanggil. 10 orang dah disahkan meninggal dunia, 6 orang masih terperangkap lagi...

Khas Untuk Seseorang... V2...

“Zum Geburstag viel Glueck..., zum Geburstag viel Glueck..., zum Geburstag liebe "Story Of Me" (21May) & "FidaGhazi" (23May) . .., zum Geburstag viel Glueck!...” Notakarut: Happy Birthday... Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran... Selamat menjadi orang tua... Adei... Maknanya dah tak lama dah aku pun nak jadi orang tua dah... Semoga mereka murah rezeki dan dilimpahi kebahagian seumur hidup...

Tersadai... Update...

Salam petang Jumaat... Selamat bercuti bagi yang tak berkerja esok... Yang berkerja esok, jangan nak malas malas... Khidmat anda sangat diperlukan negara... Sekian pesanan khidmat nasihat dari radio buruk... 4.00 pm... Masih lagi di KKIA... Tersadai di sini disebabkan oleh system down (technical error: jawapan standard jika berlaku kelewatan penerbangan) di KKIA... Sepatutnya aku naik belon jam 5.30pm... Tapi gatal mengada ngada nak balik cepat... Macam la ada bini di rumah tu! Ingat nak tukar belon pukul 3.30 pm... Itu yang semangat nak pergi KKIA cepat... Pukul 1.00pm dah sampai dah... Tapi tak dapat pasal dah penuh... Sekarang ni, belon yang patutnya berlepas pukul 5.30pm dibatalkan dan ditukarkan kepada pukul 7.00pm... Maknanya? Tak ada maknanya... Tersadai la aku di sini lagi buat 3 jam lagi... Adei... Bosannya! NotaKarut: Bos... dimanakah kamu... aku kebosanan di sini... Update 9.00pm: Lepas jea aku habis menaip entry di atas, tetiba je nama aku dipanggil... nama penuh... jenuh o

Khas Untuk Seseorang...

Jangan berenang dalam perigi Jangan dibuang air di baldi Jangan dikenang yang sudah pergi Jangan dirindu orang tak sudi Jangan duduk di tepi jalan Jangan duduk di atas batang Jangan dirindu kepada bulan Jangan ditanya ke mana bintang Jangan ditanam padi di seberang Jangan menghuma di puncak bukit Jangan tak kenang budinya orang Jangan dilupa walau sedikit Jangan dilupa kasih sayang ibu beri Jangan jadi Tenggang tak mengenang budi Jangan tangisi malang nasib sendiri Jangan dikesal semua yang terjadi Jangan di daki Gunung Tahan Jangan pergi tanpa teman Jangan lupa kasihnya tuhan Jangan bersedih menerima ujian Jangan risau matahari meninggi Jangan dicari ke mana bayang Jangan ditanya ke mana ku pergi Jangan dicari bila ku menghilang Jangan jadi rindu bayangan Jangan rasa selalu dipendam Jangan dibiar marah berpanjangan Jangan disuburkan benci dan dendam Jangan tiang tidak berpalang Jangan dibiar lantai berjungkitan Jangan tuan curiga dan walang Jangan cemburu dicambah keterlaluan Jangan a

Penting... Sangat penting...

Pagi tadi punya cerita... Masa dalam Putra LRT ke KL Sentral... Ada sorang mamat ntah dari mana ntah... Gayanya macam orang luar... Mungkin Germany... Tak pun Paskistany... Ntah la... Lupa pulak nak tanya... "This traein to Daetu Qeraemat..." Tak ada siapa nak layan pun... Aku pulok buat tak faham... Lepas tu dia pandang aku... Minta ehsan la tu... "This traein to Daetu Qeraemat..." Ah... Sudah... Tetiba lidah jadi kelu... Tengok atas ada peta jalan ketapi ni... Baru sampai di Jelatek... Boleh la nak kelentong mamat ni... Tetiba pulok ada suara itik yang terkeluar... "Ontah! Mano den tau... Den pun baru sampai ni ha... Mano den ghoti simpang siur KL ni..." Eh... Ah... Lantak la... Mulut ni lagi laju dari otak pulok... Tampar sikit mulut ni... Dush... Dush... "Next stop is Dato' Keramat station..." "Sorry la... Gua lahir kek Monceh... Tak ghoti nak berbahaso ni..." NotaKarut: Apa yang penting di sini... English itu penting... Penting

Penyakit Lama...

Dia mai dah... Mai masa masa yang kritikal... Bila dia mai, mula la terasa berat... Penyakit yang semua orang ada... Penyakit yang tak ada ubat yang berkesan sampai la sekarang... Penyakit yang kadang kadang sembuh kadang kadang berparut bernanah kembali... M.A.L.A.S... Kena naik belon pukul 1 ptg... Maknanya kena ada di KLIA sebelum pukul 12... Maknanya kena ada di KL Sentral pukul 11 lebih... Maknanya kena gerak dari rumah pukul 10 lebih... Maknanya??? Tak ada maknanya... Sekarang dah pukul 8.30am... Maknanya apa... Maknanya aku tengah malas... Malas apa... Hoho... Tengah malas nak kemas barang... Adei... Kenapa la doraemon tak datang membantu di masa masa genting macam ni... NotaKarut: dah dah... Aku nak kemas barang... Kang kena tinggal belon pulok... Outstation dari rabu sampai khamis... Pergi mana? ermmm... macam biasa...Lobster di sana memanggil manggil kehadiran aku... Di mana? tak kan tak tau lagi? haih.... malas nak nak cerita...mintak maaf kepada jat dan husna... pasal tak p

Ini Serius...

Assalamualaikum... Selamat pagi... Guten morgen... Oit!!! Kepada yang belum bangun lagi tu... Mentang2 la hari ni hari cuti... Amboi... Syok ek... Berlingkor berkelubung membuat ayaq liuq basi keras melekit jea... Bangun bangun oi bangun la... Matahari dah tinggi menegak atas kepala dah oi!... Orang tua cakap kalau tidur masa matahari naik... Rezeki susah nak datang... Ok... Tu je nak bebel hari ni... cemburu dengan orang yang boleh tidur sampai ke tengahari... Ada sorang member aku dulu tu, dia boleh tidur dari malam sampai la ke senja semula... ada la dalam 16-17 jam... Oit! Kami rakan serumah dah siap siap nak bacakan yassin dah dekat member tu... Dah siap bersila keliling member tu dah... Nasib dia terbangun sewaktu baru memulakan bacaan... Lepas tu member tu buat muka blur dan tersedar... "Siapa mati ni oi!!!" Aku kalau bangun lambat, siap la... Akan pening sampai ke petang la gamaknya.... NotaKarut: serius ke ni? ada orang kata kalau serius sangat dalam hidup pun tak be

Kena Katoq!!!

Selamat hari Isnin... Selamat Hari Guru kepada semua masih menjadi guru mahupun yang telah pencen menjadi guru... Selamat pagi semua... Mari kita mulakan pagi ni dengan senyuman... Senyuman yang seindah suria... Yang membawa cahaya... Kalau kita senyum, semua orang terjangkit... Senyum... Tak perlu kata apa apa... Senyum... Peace ... Perbualan antara mak dan anak yang kerjanya mengarut jea... "Ngah, tadi ekau tengok pelamin, ekau nak tema warna apo?" "Ontah la... Hijau pokek kot... Lopeh tu, ado sikit hitam, biru... Ado kuning sikit... Merah banyak..." "Keletuq! Apo ekau ingat ni tema Satu Malaysia ko" "Adei... kena dah... benjol kepalo den..." "Ngah, ekau nak kerusi yang tinggi cam dalam tivi tu ko... Lawa lak mak nengok kan..." "Eh... kerusi tinggi? Tak ado la mak... Den nengok tadi ado kerusi plastik je... Murah sikit... Lopeh tu boleh la balut kerusi tu nagn kain batik... Nanti jadi......." "Keletuq!" "Adei.

Masalah Problem...

Sesorang yang masih berjaya dalam hidup pernah berpesan... Berpesan yang masalah di dunia ni adalah yang remeh temeh... Jangan di fikirkan sangat masalah tu... Nikmatilah hidup... Maksudnya menikmati masalah tu dan selesaikan... Kalau tak boleh hari ni, esok boleh... tak pun lusa... Lagi satu jangan lari dari masalah... Lagipun bukan kita jea ada masalah... Ada mata pandang Ada telinga dengar Ada mulut diam Ada tangan garu Ada kaki goyang Ada otak pandai Ada akal pakai Ada bijak gadai Ada mata pejam Ada mulut kunyah Yang remeh dan yang temeh Berlegar di sekelilingmu Yang remeh dan yang temeh Berlegar di sekelilingmu Buatlah..(buatlah..) Buatlah tak tahu Buatlah..(buatlah..) Buatlah tak tahu Rela jadi tunggul Rela jadi patung Tunggu dilelong Suruh angguk-angguk Suruh geleng-geleng Oh puji lah aku Ampu lah aku Senang hidupmu Ada tangan tadah Ada maruah campak Yang remeh dan yang temeh Berlegar di sekelilingmu Yang remeh dan yang temeh Berlegar di sekelilingmu Biarkan..(biarkan..) Biarkan

Pusing... Putar... Putar...

Dah kena dah... Apa masalah pun tak tau la... Nampak macam dah ok sikit... Dua kali pandang, kenapa jadi macam ni... Dah berterabur telingkup la pulok... En Blogspot, boleh tak tolong menjawab persoalan ni... Korang punya blog macam mana? NotaKarut: Antara hijau muda dan putih, putih dan hitam, ataupun merah putih... mana lagi menyerlah?

Bulan... Fitrah... Pening...

Bila aku mula bosan... Jari jari pun mulalah licah menari nari di atas papan kekunci... Menaip bait bait kata mengarut... Kemudian baca sendiri... Apa yang nak mengarut ni... Nanti muka Surie cepat tua pulak pasal selalu berkerut membaca entry yang mengarut... Aku tak nak jadi penyebab proses ketuaannya menjadi terlalu cepat... Ah... Padam jea la... Sebenarnyakan... Penyebab kebosanan aku ni berpunca daripada proses bulan mengambang... Ce tengok dekat luar nun... Walaupun malam ni, bulan tak nak keluar pasal hujan petang tadi... Tapi bulan tetap jugak mengambang... Haihhhh la bulan... Asal bulan mengambang jea mula la moody tu datang... Cakap sikit pun kena marah... Cakap banyak pun kena bambu... Langsung tak cakap pun salah... Nak buat lagumano... Dah fitrahnya gitu... Sabar jea la... Dulu... Aku dah tulis dah pasal ni . .. Memang sangat sukar diramal... NotaKarut: Hoho... Engineer... Dalam hati ada taman... Tapi taman tu jarang bersiram... Tu yang banyak ayat bunga bunga dah layu di

Kuat...

Good morning... Selamat pagi... Guten morgen... Mulakan hari ini dengan mengucapkan syukur kepada Yang Maha Esa kerana masih lagi bernafas di bumi yang makin sakit ini... Kita... Sebagai orang Malaysia sepatutnya berbangga kerana perut kita ni kuat... Kuat sangat... Sampai semua benda pun kita nak makan... Ada yang jenis perut stokin... Boleh makan... lepas 20minit tu makan lagi... lepas tu makan lagi lagi dan lagi... Kuat... kenapa perut kita kuat? Mana tak kuatnya kalau belimbing BESI pun kita telan selamber badak jea... Cucur BADAK pun kita pandang sebelah mata... sekali ngap jea dah habis dah... Pisang EMAS enak sekali dimakan sesuai untuk perlawasan... Tengok... Emas pun kita kunyah maca tu jea... Kuat tak kuat la kita ni... Apa lagi makanan yang melambangkan kekuatan kita? Ikan PARANG ... Parang yang tajam tu pun kita makan apatah lagi jambu BATU ... Apa la sangat batu tu, kalau buah KERAS yang keras tu pun kita buat gulai... pucuk PAKU yang biasa orang orang buat pasak dekat

Melancong...

Salam Satu Malaysia... Salam Satu Mesir... Salam bersalam salaman di hari hari hari raya... Jerebu melanda Ibu Kota Darul Jem... Membuatkan tekak yang gatal seminggu ni, bertambah gatal... Kalau gatal nak kahwin tak apa la jugak... Boleh lagi dilayan... Ni rasa gatal yang rasa nak garu guna garpu jea... Membikin mood pergi melancong... Mungkin ke Bali agaknya... Mood nak makan melancong... Mood nak buat kerja melancong... Mood nak buat karangan pun melancong jugak... Bila tekak meragam... Perut pun mula meragam... Kembung tak tentu pasal... Bila perut rasa tak sedap... Mula tercari2 ubat mengubati sang perut... Ni... Pasal terpengaruh dengan iklan TV la ni... Macam betul jea.. Dah cuba 3 hari... maknanya dah 3 botol... Nak tengok betul ke tak cabaran 14 hari jea ni... Kalau tak betul, aku nak saman Nestle... tak banyak la... Paling2 koman pun... Nak saman dalam 7billon ke... NotaKarut: Kenapa bila makan ubat batuk je mesti mengantuk! Bila makan ubat batuk jea mula la naik syeikh... Bil

Pengumuman!!!

Halloooo... Kabare? Wes mangan? Hoho... kena belajar cakap jawa pulok lepas ni... Yea la... Dah bakal pak mertua pekat sangat loghatnya... Sebutir haram pun aku tak faham... Hanya boleh menjawab " yea ke", "Owh", atau pun sekadar mengangguk tunduk merenung menembusi lantai... Hoho... Puan Fida... Sila Tunjuk ajar ku... Sudilah kiranya menjadi mentor kedua ku... Dulu... Masa belajar dekat UiTM ambil bahasa ke3, bahasa German... ingatkan dapat la awek german... Padahal... Dapat gadis tempe gak... Ok... Terlebih mengarut sudah... Padahal nak tulis lain tadi... Tapi macam biasa la... Ada jugak terbabas cikit2 kan... Masa dalam bilik air tadi kan... Tetiba jea dapat ilham... Bukan masa tengah meneran tau...Hoho... Aku dah tau dah siapa yang aku nak bagi hadiah contest ntahapaapantah tu... Agak2 korang la kan... Siapa ek? Dah... tak payah nak teka teka... Aku suruh undi tak ada siapa nak undi pun... Aku pilih jeng jeng jeng... Jat dengan SunaHusna... So... Tak reti2 lagi

Bila Orang Mula Meragui...

Lumrah kejadian manusia... Manusia yang dikurniakan pelbagai sifat unik yang membezakan dengan ciptaan lain Yang Maha Esa... Sifat yang kadang kala ada baiknya... Atau pun sifat yang baik tapi disalahguna ke arah yang salah... Jat... Jat telah meragui status aku... Hahaha... Bukan nak sorok la jat... Dulu dah buat dah entry ni pasal status ni, Jat... Mungkin Jat yang banyak makan semut kot ni??? Atau pun masa ni aku masih duduk dalam gua lagi kot... Hoho... " Status tentang dirinya selalu membuat jat tertanya-tanya. Masih singlekah? Sudah bertunangkah? Atau sudah menjadi laki orang? " Statusnya... Dah menjadi tunangan orang... Langsungnya dalam perancangan akhir bulan 11 tahun ni... Ok... Puas hati??? Lagi satu... Aku pelik sangat bila orang tanya Tukang Karut tu lelaki ke perempuan... Dah terang lagi kan bersuluh... Kacak bergaya gagah perkasa terserlah kejantanannya... Tengok perut pun dah tau dah... Tak perlu meraguinya... Ni... Gambar ni... Dekat FB pun aku tak letak ni

Di Mana Kan Ku Cari Ganti...

Tiap insan hai tidaklah kekal Tentu kembali dimana berasal Janganlah sedih hai janganlah pilu Serahkan pada Allah yang satu Dunia ibaratnya roda Naik turun tiada hentinya Sama juga hidupnya manusia Ada yang riang Dan ada yang duka Ooo tak guna menangis memilu Makin sedih menambah derita Lupakanlah semua yang lalu Tidakkan mungkin Kembali semula Apakan daya Masa tak akan kembali Hancur musnahlah semuanya Di mana kan ku cari ganti Serupa dengan mu Tak sanggup ku berpisah Dan perhati patah, hidup gelisah Alangkah pedih rasa hati Selama kau pergi Tinggalkan sendirian Tiada berteman dalam kesepian Dunia terang menjadi gelita Cahaya indah tiada bergema Keluhan hatiku membawa derita Kini kau jua tak kunjung jelma Engkau laksana bulan Tinggi di atas kayangan Hatiku dah kau tawan Hidupku tak keruan Assalamualaikum... Hari ini... 08.05.2011... Mak, Ibu, Mama, Mummy, Ma etc yang seangkatan dengannya... Selamat hari ibu... Aku tak nak menulis panjang hari ni... Sebab ramai blogger yang dah buat pa

Secara Rasminya....

Assalamualaikum semua... Diharap semua masih lagi dalam keadaan yang waras dan sihat sejahtera serta dilindungi dari sebarang kejahatan dan kesulitan... Wuaaa... Pertama kali tu aku mulakan karangan dengan pendahuluan yang sangat sopan dan tak mengarut sangat... Lepas ni kena la sembelih kambing tanda kesyukuran... Secara rasminya... Tepat Jam 00.00 08.05.2011... Aku menutup contest yang ntahapaapantah itu... Sebagai penghargaan bagi mereka mereka yang kreatif membuat karangan yang.... hummmm... aku pun pening jugak bila baca..., di sini akan aku letakkan pautan mereka yang sanggup berhempas pulas berfikir membuat karangan kreatif... Aku nak minta tolong ni... Itu pun kalau ada yang sudi nak tolong la... Aku nak mintak tolong korang terjah mereka mereka ini semuanya... Dan aku mintak tolong sangat2... Tolong aku baca dan rasa apa yang mereka2 ni tulis... Adakah apa yang mereka2 ni menulis sama macam padangan korang mengenai blog tukang karut yang sentiasa mengarut ni... Kalau setuju d

Mission...

Lokasi: Bowling, Endah Parade... Jam 2 petang ni... Ada perlawanan bowling antara unit... (perlawanan ke ~ mungkin istilah yang tak berapa nak sesuai....) Rasa rasa boleh menang ke? Sebelum kalah... Aku nak sediakan beberapa alasan kalau andai kata unit aku kalah petang kang... Alasan yang paling utama... Badan rasa tak sedap sekarang... Tekak berlendir terasa seperti berpasir... Hidung berair tersumbat... Tangan rasa kebas2 darah tersumbat seperti sesemut telah memenuhi liang2 salur darah... Alasan yang tak berapa nak utama... Tapi kira logik untuk digunakan... Bola bowling (in house bowl) dah habis... Terpaksa gunakan kelapa untuk membuat balingan... Atau pun... pihak unit lain membuat onar memakai bomoh mengaburi mata aku sehingga aku tak nampak pin pin di lorong aku... terbaling pulok lorong orang lain... Alasan lain... ermmmm... Memang saja nak kalah pasal nak bagi depa2 menang... NotaKarut: hohoho... belum turun gelangang lagi dah sediakan alasan nak kalah... macam tau tau nak ka

Malam Jumaat...

Hai... Salam malam Jumaat ... Apa yang ada di malam Jumaat? Ce teka ce teka... Hoho... Hantu langsuir yang mengilai ngilai menemani di sebelah takala sedang nyenyak tidur? Eh... Bukan yang tu... Bukan bukan... Tang ni aku tak berapa nak faham sangat... Awat? Kolot sangat ke hantu tu nak keluar masa malam Jumaat jea... Malam malam lain hantu tak boleh nak keluar ke? Malam Jumaat... Hoho... Kalau orang tengah dan sedang berkahwin... Malam Jumaat ni malam bunuh syaitan katanya... Betul ke tak... Aku pun idok lhor ketahuan... Awat? Buat Malam Selasa tak best ke? Ok... Tu je sebelum aku mengarut lebih panjang... Aku kan... Yang sebenarnya kan... Baru jea sampai rumah yang macam hotel di KL ni... Walaupun tak ada orang nak tanya... Tapi aku nak bagitau jugak... Kenapa aku nak bagitau??? Kalau aku dah balik... Maknanya aku dah tak ada dekat Borneo dah... Kalau ada... Itu mungkin orang belaan aku tengah makan seafood... Maknanya la kan... Tak ada maknanya... Muhahaha

Mai La Ilham...

Ilham... Oh... Ilham! Mana la kau dah pergi ni... Penat doh cari kau... Orang kata kau ni kaki mengarut... Yang atas tak sama dengan yang bawah... Yang bawah tak bermaksud yang di dalam... Yang pasti luaran tak sama dengan dalaman... Itu pasti... Orang kata kau ni banyak kata kata... Kata kata yang sekali baca orang tak kan faham... Dua kali baca tak jugak faham... Nampak sangat banyak tersembunyi dari terserlah... Nampak sangat kau selama ni suka syok sendiri jea... Eh... Tengok! Aku nak tulis lain sebenarnya... Hoho... Termengarut sudah... Tadi kan... Aku kan... Pergi kan... Makan seafood... ooowhhhh... Lobster bersar2 lengan... Yummyyyy... zrupppp... Tapi aku tak boleh nak tunjuk gambar kat sini... Pasal dah kena ban dah... nanti kena marah lagi oooo.... Lepas tu kan... lepas tu kannnnnn... Lepas tu three!!! Muhahahaha... Adei... Asid amino dah meresap masuk dalam badan ni membuatkan ketepuan asid karbohidrat yang tinggi daam darah yang menyebabkan aku tak boleh berfikir sangat atau

Ilham Dalam Mimpi V2...

Selamat pagi semua... Good morning... Guten morgen... Mulakan pagi ni dengan muka yang penuh senyuman... Mulakan pagi ni dengan penuh semangat... Kita perlu sebarkan semangat dan senyuman kita tu, biar semua orang dapat merasinya dan sama2 tersenyum dan bersemangat... Ok... Cukup setakat itu kuliah motivasi... Pagi2 lagi dah dapat sms bos... Dia kata dia tak masuk pejabat pasal nak terus ke KLIA... Dia tak tau... Aku dari minggu lepas lagi memang dah malas nak masuk pejabat... Muahahaha... 3-5May... Off Duty @ Outstation ... Berjalan lagi aku... Merantau ke bumi Borneo lagi... Kali ni merentasi 2 Negeri dan 1 Negara... Yea... Bila dah berjalan... Kena la buat contest yang tak macam contest kan... Sokmo buat contest tak rasmi... Selepas penat berfikir dalam tidur... Maknanya ni ilham dalam mimpi la jugak ni kan... Tapi kali ni senang jea... Sambil makan kacang putih jea pun boleh buat kali ni... Hoho... Tolong lengkapkan frasa kat bawah ni secukup rasa dengan kreatif tanpa ada unsur pem

Akal Kreatif...

M akan... Bila terlebih makan... confirm badan jadi berat... Bila badan jadi berat mula la A kal menjadi lesu... Bila akal menjadi lesu... Mula la pemikiran pun menjadi L emau... Yea... Itu yang aku tengah rasa sekarang... Mungkin kesan kena kacau hari tu... Sampai demam demam... Siapa kata aku berani? hoho... takut jugak tau... Tapi ok gak la tak pengsan... A lasan... Yea... aku sedang mencipta alasan... S ebab apa... Sebab aku tengah tak ada idea... Idea nak mengarut... Atau dalam bahasa mudahnya aku tengah dilanda sindrom MALAS! Nota karut: Esok aku nak naik belon lagi... Ke Miri... Lepas tu ke Limbang- Brunei..... Dan macam biasa akan ke Kota Kinabalu... Makan seafood yang yum yum yummmyyy... Tengah berfikir... Berfikir nak buat contest... Tapi tak tahu mana nak mula... Ada idea???