Tiap insan hai tidaklah kekal
Tentu kembali dimana berasal
Janganlah sedih hai janganlah pilu
Serahkan pada Allah yang satu
Dunia ibaratnya roda
Naik turun tiada hentinya
Sama juga hidupnya manusia
Ada yang riang
Dan ada yang duka
Ooo tak guna menangis memilu
Makin sedih menambah derita
Lupakanlah semua yang lalu
Tidakkan mungkin
Kembali semula
Apakan daya
Masa tak akan kembali
Hancur musnahlah semuanya
Di mana kan ku cari ganti
Serupa dengan mu
Tak sanggup ku berpisah
Dan perhati patah, hidup gelisah
Alangkah pedih rasa hati
Selama kau pergi
Tinggalkan sendirian
Tiada berteman dalam kesepian
Dunia terang menjadi gelita
Cahaya indah tiada bergema
Keluhan hatiku membawa derita
Kini kau jua tak kunjung jelma
Engkau laksana bulan
Tinggi di atas kayangan
Hatiku dah kau tawan
Hidupku tak keruan
Tentu kembali dimana berasal
Janganlah sedih hai janganlah pilu
Serahkan pada Allah yang satu
Dunia ibaratnya roda
Naik turun tiada hentinya
Sama juga hidupnya manusia
Ada yang riang
Dan ada yang duka
Ooo tak guna menangis memilu
Makin sedih menambah derita
Lupakanlah semua yang lalu
Tidakkan mungkin
Kembali semula
Apakan daya
Masa tak akan kembali
Hancur musnahlah semuanya
Di mana kan ku cari ganti
Serupa dengan mu
Tak sanggup ku berpisah
Dan perhati patah, hidup gelisah
Alangkah pedih rasa hati
Selama kau pergi
Tinggalkan sendirian
Tiada berteman dalam kesepian
Dunia terang menjadi gelita
Cahaya indah tiada bergema
Keluhan hatiku membawa derita
Kini kau jua tak kunjung jelma
Engkau laksana bulan
Tinggi di atas kayangan
Hatiku dah kau tawan
Hidupku tak keruan
Assalamualaikum...
Hari ini... 08.05.2011... Mak, Ibu, Mama, Mummy, Ma etc yang seangkatan dengannya... Selamat hari ibu...
Aku tak nak menulis panjang hari ni...
Sebab ramai blogger yang dah buat pasal entry mengenai hari ibu...
Siapa sini yang merantau jauh dari keluarga? Sila angkat tangan tinggi...
Tapi siapa yang ada bulu ketiak yang panjang tu, sila rendahkan lengan tu sikit yea...
Adakah anda bujang? Dan mempunyai teman istimewa...
Jika yea... Angkat tangan sekali lagi...
Dalam sehari... Berapa kali korang yang angkat tangan tinggi2 tadi menelefon orang yang teristimewa tadi dalam sehari?
Tak pe... Biar aku tolong jawabkan... Dalam sehari sekurang kurangnya seploh minit... Kan kan kan...
Dalam sehari juga, berapa kali korang telefon bertanya khabar orang tua yang berada di kampung???
Apa!!! Tak ada... Seminggu sekali??? Sebulan sekali??????
hoho... Tak apa...
Hak masing2...
Adakah korang ni perokok yang tegar?
Dalam sehari korang sanggup bakar duit sekurang kurangnya 2 kotak sehari rokok Dunhill yang bersamaan 20hinggit sehari...
Sila angkat tangan tinggi2 lagi...
Betul kan... Kiranya korang sanggup bakar duit 600 hinggit sebulan... kan kan kan...
Dalam sebulan... Berapa banyak yang korang titipkan buat orang perbelanjaan orang tua di kampung?
Tak apa... Yang ni pun aku jawabkan... Seratus jea kan...
Nampak tak bezanya... Korang sanggup bagi makan Jin peliharaan daripada kirim duit dekat orang tua kan...
Ala... tak banyak beza pun seratus ngan namratus tu tak jauh beza pun kan...
Lagipun... Orang tua bukannya reti nak pakai duit banyak2 kan kan kan...
Kita tak rasa kehilangan bila ada depan mata...
Kita tak rasa kehilangan bila ada...
Kita tak kesunyian bila kita tahu dia ada...
Bila dah tak ada... baru la kita rasa kehilangan...
tapi masa tu dah pun terlambat...
yang dah mati... tetap akan mati...
Entry ni bukan nak ngata sesiapa... Cuma peringatan untuk diri sendiri sahaja...
Maafkan aku jika terasa...
NotaKarut: Sekian... kegembiraan dan keredhaan ibu adalah asas kebahagiaan hidup... tak gitu mina...
Ulasan
#tiada teman istimewa.
#jarang telefon. sms ada. (mak tak suke cakap tpon sangat. hehe.)
#rokok? no no no
#blanje mak makan. angkut 1 famili terus :)
'kita tak tahu sedalam mana kasihnya kita pada mereka sehingga kita kehilanga mereka'
p/s: rajinkan dill jawab semua soalan kamu. haha!
lumrah manusia mnghargai pada yang sudah tiada....
hehehe...
gurau je....betullah redha ibu yg pnting...takde redha ibu, buat apa duduk kat bumi ALLAH ni...
~ single [mak pesan jgn b'cinta selagi xde degree :)]
~ 2 - 3 times call..
~ Tak pe, insyaAllah after study i will .. :)
~ inilah hikmah dia when merantau .. baru kita mengerti untuk menghargai ..
Thanks :) do visit my blog pulak yee ..
http://e-datsyati.blogspot.com
selamat ....mengimbau..mengenang..menilai....menghargai... sayangilah ibu.... selamat juga pada ibu ibu sedunia...
;D
wuaaa... semua kuota ayahanda telah penuh...
~ walaupun xcall mak sy, sy selalu doakan kesejahteraan dia..baca yassin untuk dia setiap kali jumaat..
lagisatu mak sy xleh bercakap sbb lepas kene strok..
terima kasih kerna berkongsi rasa
Singgah Dari :I Think OF