Langkau ke kandungan utama

Bangau ke Langau?

Oh Bangau oh Bangau
Kenapa engkau kurus
Macam mana aku tak kurus
Ikan tidak timbul

Oh ikan oh ikan
Kenapa engkau tidak timbul
Macam mana aku nak timbul
Rumput panjang sangat
Rumput panjang sangat

Oh rumput oh rumput
Kenapa panjang sangat
Macam mana aku tak panjang
Kerbau tak makan aku
Kerbau tak makan aku

Oh kerbau oh kerbau
Kenapa engkau tak makan rumput
Macam mana aku nak makan
Perut aku sakit
Perut aku sakit

Ok perut oh perut
Kenapa engkau sakit
Macam mana aku tak sakit
Makan nasi mentah
Makan nasi mentah

Oh nasi oh nasi
Kenapa engkau mentah
Macam mana aku tak mentah
Kayu api basah
Kayu api basah

Ok kayu oh kayu
Kenapa engkau basah
Macam mana aku tak basah
Hujan timpa aku
Hujan timpa aku

Hujan oh hujan
Kenapa engkau timpa kayu
Macam mana aku tak timpa kayu
Katak panggil aku
Katak panggil aku

Katak oh katak
Kenapa engkau panggil hujan
Macam mana aku tak panggil
Ular nak makan aku
Ular nak makan aku

Ular oh ular
Kenapa engkau kau nak makan katak
Macam mana aku tak makan katak
Memang makanan aku
Memang makanan aku

Itu lagu bangau oh bangau versi kanak kanak...
Saling tuding menuding salah ke arah orang lain...
Tanpa menyemak dan mengetahui salah sendiri...

Tengok berita tadi rasa macam nak tergelak jea...
Masih segar dengan tragedi tanah runtuh yang menimpa Rumah anak anak yatim Al Taqwa, Hulu Langat...

Sekarang ni masing2 sibuk nak cari kambing hitam nak salahkan siapa...
PBT kata bukan dia yang salah...
Lagi pun rumah itu telah dibina lebih 10tahun dahulu...
Sebelum adanya garis panduan pembangunan di tanah tinggi...
Habis tu siapa yang pantau pembangunan di daerah? Apakah???

Menteri KKR pulak cakap kenapa pihak berkenan tak minta pandangan JKR jika dah terlihat tanda tanda keruntuhan berlaku... Itu menteri yang cakap... Mungkin dia lupa... Had bidang kuasa kementerian dia yang TAK TERMASUK tanah persendirian... Bezanya kalau runtuh dikawasan golongan elit... Masih terbayang pembaikan yang telah dilakukan di Bukit Antarabangsa... Banyaknya pembaikan yang tak diperlukan...

Menteri Wanita dan dot dot dot (aku lupa la nama kementerian ni pasal panjang sangat) mencari salah orang pulak... Dia kata rumah anak yatim yang dibina tidak didaftarkan dengan jabatan kebajikan masyarakat... Eh? Pelik la... Orang yang membantu anak2 yatim selama ni tak dibantu oleh KERAjaan... Habis tu selama ini, siapa yang dibantu oleh KERAjaan ni? Mungkin program diamond kot... Tapi kalau tak daftar pun, salah mereka ke? Siapa yang patut buat kerja tu?

Pakar Universiti pulak cuba nak berlagak pandai...
Belum apa apa dah keluarkan kenyataan...
Tak tengok lagi laporan forensic lagi... Srata tanah pun tak tahu... Jenis tanah yang disebut pun sampai hari ni, aku pun tak pernah dengar... hahaha... Lawak betul...
Salahkan hujan... Salahkan hujan lebat yang turun tak henti2...
Salahkan tanah... Salahkan tanah yang tak berapa stabil...
Padahal pakar (kononnya pakar) tu pun tahu hukum alam...
"Once you disturb it, it become worse, later or soon..."

Semua nak jadi hero...
Nak cari salah siapa...
Tunding sana tunding sini...

Patutnya masing fikir...
Kenapa masalah ni masih berlaku...
Walaupun dah ada pelan garis panduan pembangunan tanah tinggi...
Kenapa masih ada lagi kejadian tanah runtuh...
Kenapa masih lagi ada aktiviti penarahan bukit...
Kenapa masih lagi ada aktiviti menebang pokok (hutan) di lereng bukit...
Kenapa masih lagi ada yang sanggup menyabung nyawa membina bangunan di lereng bukit...

NotaKarut: Tengah fikir apa nak jadi esok... Kecoh!

NotaKarut2: tanda2 risiko tanah runtuh di sini...

Ulasan

dill berkata…
berhenti salahkan orang lain. elok bermusyawarah bagaimana nak perbaikkan keadaan.

anak yatim. perlu dibela.

semoga Allah membantu mereka.

dill.
Mr iz berkata…
ye betul juga kata cik dill dan tukang karut... kalau nak membantu biarlah ikhlas... janganlah nak berkira... semua kalau dah terlalu pandai..hmmmm.... macam kata tukang karut la dgn lagu bangau oh bangau... tak paham lah dia orang ni... bantu lah dgn kudrat.. tenaga... apa yang mampu ke ..setakat nak sumbang suara baik tak payah... ni panas juga ni... sabarrr....
Intan7 berkata…
part sharizat tu mmg lwk.. org duk sibuk psl tnh runtuh, dia pulak duk sibuk psl x dftr.. pape pon, semoga kjadian nie dijadikan iktibar olh org ramai..
Unknown berkata…
.......Dia kata rumah anak yatim yang dibina tidak didaftarkan dengan jabatan kebajikan masyarakat... Eh?


yg tu plg xley blah...
merenung diri seketika...sedih =(
-- berkata…
senario biasa selepas trajedi..

semua nak elak diri..dalam masa sama semua nak jadi hero..
Unknown berkata…
sebab tak terjadi kat diri dia tu yg larikan diri semua. dalam berita senang je cakap derma beribu2 tapi betul ke duit tu salurkan ke pihak yg berkenaan. uii..macam2 sggh.pe ak jadila
Prince Halilintar berkata…
ambillah pengajaran diatas tragedi yg berlaku..mgkin itu petunjuk Allah kepada manusia zaman skrg..semoga mangsa yg terkorban ditempatkan dlm golongan yg beriman..aminn
bunga_rose berkata…
jenuh wohhh klu dah runtuh ni... unit ai jadik mangsa... dgn ai2 tentiba akan sebok lebih dari biasa..

huh.. sebbaik dah tak kena amik minit cam runtuhan kat kg pasir n wangsa maju.. eh, wangsamaju aku dah lepas tangan dah huhuuh
husnalalink berkata…
itu la manusia kan..sentiasa tunding menunding jari ke arah yang lain xtau satu ditunding, 3 jari menunding balik..
zati embong berkata…
itu dia,engr yg ke hulu ke hilir 1 malaysia tgk slope failure dah bersuara.
NasQ berkata…
Dill: jom sesama kita bela anak yatim itu... jangan segan2 derma yea...
NasQ berkata…
Mr Iz: Yang banyak cakap tu bukan bangau tapi langau!
NasQ berkata…
Intan: aku dengar berita tu sambil guling2... apa punya turrrr pun aku tak reti la ngah minah tu...
NasQ berkata…
TitisanHujan: ni la masalahnya bila asyik sibuk cari salah orang... diri sendiri macma badut tak nampak dah...
NasQ berkata…
Fida pun nak jadi hero jugak ke? sila jawab tepon tu dan bagi tau tak ada orang lagi nak pergi ke site... hoho...
NasQ berkata…
SunaHusna: tak perlu nak pertikai pasal derma tu... tu hal masing2...
NasQ berkata…
PuteraHalilinar: amin.....
NasQ berkata…
Bunga: bukan ko je yang sibuk... ni tak larat nak pergi dah ni... ada yang pakai cangkul jea pun nak panik...
NasQ berkata…
Lalink: sangat betul tu... mungkin terlupa jari yang 3 tu... atau pun memang dia kudung tak ingat salah sendiri...
NasQ berkata…
Jat: tu baru sikit jea tu... aku pernah tengok yang lagi besar pun ada... yang tak bestnya... walaupun kecik tapi melibatkan nyawa yang banyak...
KUREKURE COMEL berkata…
ayooo..ammmmaaa.....haishhh..sengal je time tgk berita td....sabau ye...



msg2 nak lps diri...begitulah lumrah manusia....kalau ngaku salah tu bknnya manusia....tu ________.....
hihihi....
NasQ berkata…
Mina: hoho.. masih terasa kesengalannya...

Catatan popular daripada blog ini

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin “Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Mä$äk £Ã¨mäñg $àmßil bdiri, Hèndäk

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buruk di goreng orang, Bau semerbak serata alam, Tutur kata ibarat parang, Tersilap kata menikam dalam. Belakang parang diasah jangan, Tajam depan tajam belakangnya, Kurang ajar apakah hukuman, Buku lima di pipi la jawabnya.

Pantun Malam Jumaat...

Ubi kayu sedap dibuat pengat Lagi sedap kalau dimasak siti Malam Jumaat datang semangat Almaklum banyak agenda sedang menanti Sedapnya pengat ubi teringat ingat Manakan terlawan si roti jala Ambillah berkat malam Jumaat Mengerat kasih mendapat pahala Di malam hari terasa hangat Memang enak minum air kelapa Malam ni malam Jumaat Tongkat ali jangan dilupa Dah perkena tongkat ali secawan Dicecah bersama kuih bahulu Hendak berblog,berbloglah kawan, Saya bermohon tidur dahulu. NotaKarut: Nak komen? Sila pantun jua... Hahahahahaha... Sekadar gurauan di malam Jumaat... Tak ada apa agenda pun malam ni kecuali nak buat solat hajat dan zikir lebih sikit...