Langkau ke kandungan utama

Pantun Malam Jumaat...

Ubi kayu sedap dibuat pengat
Lagi sedap kalau dimasak siti
Malam Jumaat datang semangat
Almaklum banyak agenda sedang menanti

Sedapnya pengat ubi teringat ingat
Manakan terlawan si roti jala
Ambillah berkat malam Jumaat
Mengerat kasih mendapat pahala

Di malam hari terasa hangat
Memang enak minum air kelapa
Malam ni malam Jumaat
Tongkat ali jangan dilupa

Dah perkena tongkat ali secawan
Dicecah bersama kuih bahulu
Hendak berblog,berbloglah kawan,
Saya bermohon tidur dahulu.

NotaKarut: Nak komen? Sila pantun jua... Hahahahahaha...
Sekadar gurauan di malam Jumaat... Tak ada apa agenda pun malam ni kecuali nak buat solat hajat dan zikir lebih sikit...

Ulasan

Cik TeN10 berkata…
xmau pantun tp nk komen gak !! haha ;p

selamat malam >.<
Yutaka Mushimura berkata…
dua tiga kucin berlari,
mana nak sama si kucing bengali,
dua tiga boleh ku cari,
kalu berani pi la cari satu lagi,
buat flying kick di malam hari
agar yang berani terus bersembunyi

Bersembuyi kucin di dalam peti
peti di bawa naik perigi
jangan tuan mencari lagi
kelak tuan sendiri yang rugi

rugi - rugi menjual roti
roti dibeli dari benggali
asal jangan menyusah isteri
kasih si isteri tiadalah terperi

zaman ini susah nak berbini
berbini satu harga 10 lori
jangan dikata tidak berbaki
kocek sendiri asyik kais pagi

pagi - pagi gosok gigi
gosok gigi lepas makan roti benggali
ada kala nasihat kene beri
agar hidup kekal harmoni.

Semoga Tuan TK bangun pagi tak menyerang aku esok pagi...

:P
kueh bakar berkata…
malam jumaat datang kembali
teringat-ingat yang minggu lepas
sudah diteguk tongkat ali
moga-moga tidak lagi tertewas

untung betul orang terengganu
esok jumaat hari cuti
berkali-kali menghirup madu
esok siang boleh tidor mati

boleh begitu wahai sang suami
tapi solat jangan tak ingat
setelah sedap madu dinikmati
tetaplah wajib itu dua rakaat
kLiPKeRt@sPiNk berkata…
peehh!! gerun tgk 2 org kt atas ni berpantun!

x mampu nk pantun..tp tetap nk komen..hahaaa
Lea Isnawi berkata…
xgheti nak pantun2 ah

gud nite TK & wife
bunga_rose berkata…
asal malam jumaat je berpantun, asal pantun je malam jumaat.. saje je taooo..

errr, dasat ek pantun mr jepun & kueh bakar... takot nk bace haahha..
uncle gedek berkata…
Jumpa awek cun
ingin ku dakap
uncle tak pandai pantun
uncle pandai rap
Ct Aja berkata…
perghhhh.... siap berpantun lg..hihihi..alhamdulillah, bykkan ibadat, jd suami soleh ye...
emarieys berkata…
tak reti nak berpantun

tpbc komen2 yg lain biuat gelak hati jer..
Rina Rahamat berkata…
pandailah dia ni berpantun..


sy x reti nk jawab dlm pantun :)
blog-tips-kurus berkata…
asma ialah lelah,
Alhamdulillah...

*doakan saye juge yek! :-)
Unknown berkata…
laju je ye =P
Rain berkata…
assalamualaikum kum kum.....
ctk berkata…
ok...malam jumaat ye TK...banyakkan zikir ye :D
Tanpa Nama berkata…
tunggu apa lg
DeeDee berkata…
malam jumaat ada hantu
malam sabtu anak hantu
anak hantu pergi mrepit
lepastu mati lagi
DeeDee berkata…
malam jumaat ada hantu
malam sabtu anak hantu
anak hantu pergi mrepit
lepastu mati lagi
DeeDee berkata…
malam jumaat ada hantu
malam sabtu anak hantu
anak hantu pergi mrepit
lepastu mati lagi
CERITA LUCU berkata…
Malam juja :D
Tanpa Nama berkata…
Hari isnin hari selasa,
Hari rabu hari kamis,
Hari juma'at hari sabtu,
Hari minggu itu lah satu minggu,,, :-p

Wkwkwkwkwkw
NasQ berkata…
Malam ni malam jumaat oi... Asah Anu masing masing.. Jangan kecundang dahulu...
BUat apa malam jumaat aaaa?
EC berkata…
MALAM JUMAAT BANYAKKAN BACA QURANG BANG

Catatan popular daripada blog ini

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin “Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Mä$äk £Ã¨mäñg $àmßil bdiri, Hèndäk

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buruk di goreng orang, Bau semerbak serata alam, Tutur kata ibarat parang, Tersilap kata menikam dalam. Belakang parang diasah jangan, Tajam depan tajam belakangnya, Kurang ajar apakah hukuman, Buku lima di pipi la jawabnya.