Langkau ke kandungan utama

Awek Awek Sekarang Ni Tak Reti Masak!

Hai...

Ini semalam punya cerita...
Cerita ketika kita hamba tengah memasak di bazar ramadhan...
Al-Maklum la kan... Hamba kan masak guna jari telunjuk je...
Sila la kagum yea... HinsHinsHins...

Awek Cun: Kak... Nak sayur tu... (sambil tunjuk sayur manis masak lemak)

Penjual: Yang ni? Nak berapa?

Awek Cun: Bagi 3,4 ringgit...

Penjual: Ok...

Awek Cun: Bagi lebih sikit keledek tu ye...

Ha??? Keledek? Hamba pun toleh ke muka awek cun tu...
Owh... Sekali lagi dia ulangi mintak keledek lebih...

Owh... Lantas hamba toleh ke muka penjual...
Tak ada respon... Mungkin menghormati pelanggan...

Lepas awek cun berlalu dengan sayur manis masak lemak keledek tu...
Hamba bertanya ke penjual...

TK: Sejak bila ada resepi baru ni? 

Penjual: Ntah la... Aku pun tak tau la... Harap muka je cun... Labu dengan Keledek pun tak reti beza...

NotaKarut: Tu belum tanya mana satu jintan manis mana satu jintan putih tu... Silap silap mintak halia dapat lengkuas! Sila jangan malukan diri anda wahai wanita... Jangan nampak ketara sangat yang anda tak reti masak...

Ulasan

Unknown berkata…
mn lg cun neelofa dgn awek tuh??
NasQ berkata…
@Titisan Hujan jangan la nak bandingkan dengan kekasih hati aku tuh!
syiela berkata…
muahahaha.. ko jgn la buat andaian camtu.. akak pun tak mengenal benda alah semua ni.Selalunya en.hb yg bagitau.tapi masak pandai.tau benda alah apa nak pakai.cuma bila time masak... bang mana satu bunga cengkih ye kekekeke
NasQ berkata…
@syiela Aganya kalau aku mitak bezakan cengkih dan bunga lawang... tau beza tak ek?
Murni Jamirun berkata…
sbb tu ayh sy suh blaja masak,, kalo x,,buek malu org kampong ajo.. silap2 kene reject ngan mak mertuo.. ahhhaaa.. :D
Zyra Roxx berkata…
titew pandai masak tawwwww *gedik :p
Eda Latiff berkata…
huhu...tak baik tuduh budak tu camtu..duk asrama kut dulu tu yg tak pernah masak tu..*bersangka baik*
bunga_rose berkata…
woi woiiii... lepas aku dah kawin baru pandai masak, ada masalah ke klu tak tau masak??? garang niii .. garang... ko takut tak???

haahahahaah...
HAdira Kifly berkata…
at least Dira kenal lah rempah-rempah ratus tu.. tak ada lah fail bile di suruh memasak.. hik hik hik
szumika sakni berkata…
dia lupa kot hehehe..tp xsuma xreti msk...sy pndai hehe
NasQ berkata…
@sesiputsesedut ha... baguih la kok cam tu... ayah tu peringat jo tu...
NasQ berkata…
@Zyra Roxx ye ke? cam tu sila bezakan antara bunga lawang dan jintan manis...
NasQ berkata…
@Eda Latiff eh... cam terasa je tu... hukhukhuk...
Unknown berkata…
labu ngan keledek..beza tu..hehe
NasQ berkata…
@bunga_rose takat ko tu, aku tutup mata je jentik ko tu...
NasQ berkata…
@HAdira Kifly ye ke pandai ni? apa beza rempah kari dan rempah kurmak?
NasQ berkata…
@♥♥szumika sakni♥♥ puji diri sendiri nampak...
NasQ berkata…
@nizatus syahida hohoho... ha! tau xpe... mungkin puasa kot... dah tak kenal...
Unknown berkata…
haha.. jgn kta gitu..
ad pompuan dia xknal tp tau kegunaan bnd tuh.. hehhee
Unknown berkata…
@Tukang Karut

rempah kari tu, kari la.. yg warna oren gelap tu.

rempah kurma yg warna ala-ala kuning putih (warna khaki) tu.. nak kata rasa die, kena makan baru boleh beza rasa die.. adooii..
khaifaiz berkata…
mcm kawan rapat plak si penjual tu yer...
shamyheart berkata…
hahaha.
Dia rabun kot
Unknown berkata…
hahaha, sy pun tak terrer masak2 ni.. tapi setakat nak makan sendiri, bolehla.. harap2 benda gini tak terjadi pada diri sendiri sudahh.. kalau taktau, tunjuk jela malas nak sebut nama.. hehehe

Catatan popular daripada blog ini

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin “Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Mä$äk £Ã¨mäñg $àmßil bdiri, Hèndäk

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buruk di goreng orang, Bau semerbak serata alam, Tutur kata ibarat parang, Tersilap kata menikam dalam. Belakang parang diasah jangan, Tajam depan tajam belakangnya, Kurang ajar apakah hukuman, Buku lima di pipi la jawabnya.

Pantun Malam Jumaat...

Ubi kayu sedap dibuat pengat Lagi sedap kalau dimasak siti Malam Jumaat datang semangat Almaklum banyak agenda sedang menanti Sedapnya pengat ubi teringat ingat Manakan terlawan si roti jala Ambillah berkat malam Jumaat Mengerat kasih mendapat pahala Di malam hari terasa hangat Memang enak minum air kelapa Malam ni malam Jumaat Tongkat ali jangan dilupa Dah perkena tongkat ali secawan Dicecah bersama kuih bahulu Hendak berblog,berbloglah kawan, Saya bermohon tidur dahulu. NotaKarut: Nak komen? Sila pantun jua... Hahahahahaha... Sekadar gurauan di malam Jumaat... Tak ada apa agenda pun malam ni kecuali nak buat solat hajat dan zikir lebih sikit...