Lawak Pak Pandir Bila Berpuasa.
Pak Pandir dan Tukang Karut bersama sama ke masjid menunaikan Solat Zuhur.
Kebetulan sebelum solat ada tazkirah...
Lantas mendegar tazkirahlah mereka berdua dengan kusyuknya...
Antara intipati isi tazkirah yang Pak pandir faham antaranya adalah membaca doa sebelum makan.
"Ya tuan-tuan sebelum makan hendaklah kita membaca doa dahulu, ini adalah kerana syaitan akan makan makanan kita dan membuatkan kita makan tak kenyang-kenyang." kata ustaz itu...
"Itu yang kadang kadang ada yang makan sampai tersandar dekat tiang seri rumah!" kata ustaz itu lagi...
"Bila makan bayak, mata pun kuyu, badan pun jadi berat... Malas nak ke masjid menunaikan Solat Sunat Tarawih" tambah ustaz itu...
Lalu pak pandir ni pun baliklah bersama bininya petang tue.
Selepas berbuka puasa malam tu... Sambil berehat menantikan azan Isyak...
Pak Pandir tiba-tiba bangun dan meluru ke tandas berkali-kali.
Tak cukup dengan tu, tidur malam tu pulak Pak Pandir nie asyik terkentut memanjang.
Mak Andih tak tahan, maka ditanya Pak Pandir...
"Awak makan apa sampai jadi camni?".
"Tadi aku makan julap tak baca doa, biar padan muka syaitan tu"...
"Berak-berak makan julap..."
"Suka sangat tumpang makanan orang yang tak baca doa!"
Ulasan
memang lawak
:)
tiada ulasan. (",)
jemput join
http://lobaksusue.blogspot.com/2013/07/qr-mini-giveaway-ketiga.html
haha
Alahai pak pandir.. dengan julap pun sekali dibawak bertarung dgn syaitan,hahaha.