Langkau ke kandungan utama

Panduan Puasa Ramadhan...

Puasa dalam bahasa Arab bermaksud meninggalkan. Manakala maksud di sisi ahli Feqah ialah meninggalkan diri melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa iaitu bemula daripada terbit fajar sehingga terbenamnya matahari dan disertai dengan niat...

Hukum Mngerjakan Puasa 
Hukumnya ialah Fardhu Ain dan kefardhuan ini ditetapkan oleh dengan al-Quran, al-Sunnah dan Ijmak Ulama:

“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.”
 (Surah al-Baqarah: 183)


Rukun Puasa

Rukun puasa ada tiga (3) iaitu:

1. Orang yang berpuasa

  • Seseorang yang berpuasa itu hendaklah seorang muslim, baligh, berakal, berkeupayaan dan bersih daripada haid dan nifas.
  • Tidak sah puasa orang yang kafir kerana puasa adalah ibadah dan orang kafir bukan ahli ibadah.Panduan Puasa Ramdhan12
  • Puasa tidak wajib ke atas kanak-kanak yang belum baligh tetapi hendaklah dididik dan dibiasakan semenjak kecil.
  • Orang yang tidak mampu untuk berpuasa di mana jika dia berpuasa boleh mengakibatkan mudharat seperti orang yang terlalu tua atau sakit yang tiada harapan untuk sembuh, maka tidak wajib berpuasa. Akan tetapi wajib diganti dengan secupak makanan bagi setiap sehari puasa yang ditinggalkan.
  • Bagi perempuan yang datang haid atau nifas maka tidak sah puasa mereka pada hari datangnya haid dan nifas. Sekiranya haid dan nifas datang pada siang hari, maka batallah puasanya pada hari itu. Sekiranya dia bersih daripada haid pada malam hari, wajib ke atasnya puasa keesokan harinya sekalipun belum sempat mandi wajib. Mereka hendaklah mengganti puasa tersebut mengikut bilangan hari-hari yang mereka tinggalkan selepas bulan Ramadhan.
  • Harus berbuka bagi orang yang bermusafir jauh sekiranya dia takut ditimpa mudarat. Sekiranya musafirnya tidak mendatangkan mudarat maka lebih afdhal dia berpuasa. Dia wajib menggantikan puasa yang ditinggalkan selepas bulan Ramadhan.
  • Harus berbuka bagi orang yang sakit, mengandung dan menyusukan anak sekiranya dia bimbang puasa boleh mendatangkan mudarat ke atas dirinya atau anaknya, dan dia wajib menggantikannya semula selepas bulan Ramadhan. Bagi sakit yang biasa maka tidak boleh meninggalkan puasa.



2. Niat

  • Puasa Ramadhan tidak sah tanpa niat.
  • Niat itu di dalam hati dan bukan dengan lisan di mana tidak disyaratkan ‘Talaffuz’ (menyebut niat dengan lisan).
  • Ketika berniat, wajib menentukan jenis puasa seperti Ramadhan bagi puasa bulan Ramadhan.
  • Bagi puasa-puasa yang wajib, niat disyaratkan hendaklah dibuat pada malam hari, iaitu selepas terbenam matahari hingga sebelum subuh. Pendapat yang sahih dalam mazhab Syafie ialah tidak sah niat yang serentak dengan ketibaan waktu fajar. Bagi puasa sunat pula, dibolehkan berniat pada siang hari selagi belum tergelincir matahari (masuk waktu Zuhur).
  • Niat hendaklah dilakukan pada setiap malam untuk setiap hari puasa yang dilakukan. Ini berdasarkan pendapat Imam Syafie, Abu Hanifah dan riwayat paling sahih dari Imam Ahmad. Mengikut pendapat Imam Malik dan riwayat dari Imam Ahmad pula, cukup sekali niat sahaja untuk satu bulan Ramadhan dan hendaklah niat itu dilakukan pada malam pertama Ramadhan.


3. Meninggalkan dari melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa iaitu:
(i) Memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja dan tidak ada beza sama ada yang boleh dimakan atau tidak, termasuk merokok.Panduan Puasa Ramdhan

  • ljmak ulama mengatakan terbatal puasa dengan makan dan minum.
  • Suntikan melalui kemaluan atau dubur adalah membatalkan puasa. Manakala suntikan melalui kulit pula ulama dalam Mazhab Syafie berselisih pendapat. Menurut pendapat Dr. Yusuf alQaradhawi, dia tidak membatalkan puasa.
  • Perkara-perkara yang tidak dapat dihindarkan seperti habuk jalan dan air liur adalah tidak membatalkan puasa. Puasa terbatal dengan menelan kahak yang keluar dari kepala atau dada dengan sengaja. 
  • Batal puasa dengan memasukkan jari atau sebagainya ke dalam dubur atau faraj.
  • Puasa adalah terbatat dengan memasukkan sesuatu ke dalam telinga dengan sengaja.
  • Kesemua perkara tadi jika dilakukan dengan tidak sengaja, tersilap atau terlupa maka dia tidak membatalkan puasa.

(ii) Muntah dengan sengaja (seperti kerana memasukkan jari ke dalam mulut) adalah membatalkan puasa dan wajib diganti. Bagi muntah yang tidak sengaja atau menjadi kebiasaannya muntah maka itu tidak membatalkan puasa.

(iii) Keluar darah haid dan Nifas walaupun di penghujung waktu puasa adalah dikira membatalkan puasa dan wajib diganti.

(iv) Keluar air mani dengan sengaja sama ada kerana bercumbuan atau memeluk isteri, atau dengan tangan maka ianya membatalkan puasa dan wajib diganti.

  • Sekiranya air mani itu keluar kerana mimpi atau berangan-angan maka tidaklah membatalkan puasa. 
  • Keluar air Mazi tidak membatalkan puasa.


(v) Jimak (bersetubuh):

  • Haram berjimak bagi orang yang berpuasa pada siang harinya dan ia membatalkan puasa tidak kira sama ada ia dilakukan di faraj atau dubur, keluar air mani ataupun tidak. Liwat yang dilakukan pada lelaki, kanak-kanak atau binatang juga adalah membatalkan puasa.
  • Suami dan isteri yang melakukan jimak maka wajib ke atas kedua-duanya mengqadha’kan semula puasa mereka yang terbatal.
  • Kaffarah (denda) hanya wajib ke atas lelaki (suami) dan tidak wajib ke atas perempuan.
  • Kadar Kaffarah ialah membebaskan seseorang hamba. Bagi yang tidak ada hamba maka hendaklah berpuasa selama dua bulan berturut-turut. Sekiranya tidak mampu, dikehendaki memberi makan enam puluh orang fakir miskin.
  • Sesiapa yang menjimak isteri sebanyak dua hari berpuasa atau lebih, maka kaffarahnya juga ialah dua kali kaffarah atau lebih.

(vi) Murtad: Ulama bersepakat bahawa sesiapa yang murtad maka batallah puasanya dan wajib qadha hari yang dia murtad, sekiranya dia kembali memeluk Islam.

(vii) Gila atau pengsan, sekiranya berlaku sepanjang hari dan dia tidak sedar walaupun satu saat maka batal puasanya.

(viii) Menukar niat: Sesiapa yang berniat buruk untuk berbuka puasa maka batal puasanya. Pendapat ini dipegang oleh Imam Syafie, Abu Thaur, Abu Hanifah dan pendapat yang paling jelas dalam Mazhab Hanbali.

Adab-adab dan Sunat Puasa

1 . Bersahur dan mengakhirkan sahur.
Bersahur merupakan amalan sunat berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Anas Radhiyallah Anhu, bahawa Nabi Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda:
“Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya sahur itu ada keberkatan”.
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sahur adalah berkat kerana ia membantu menguatkan orang yang berpuasa.Waktu bersahur ialah bermula pada pertengahan malam hingga terbit fajar namun disunatkan mengakhirkan waktu bersahur.

Diriwayatkan daripada Zaid bin Thabit bahawa beliau berkata:
“Kami telah bersahur bersama Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam, kemudian kami bangkit untuk solat (subuh), dan kadar antara azan (subuh) dan sahur ialah sekadar (bacaan) lima puluh ayat.
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim) 

2. Mempercepatkan berbuka puasa apabila terbenamnya matahari.
Sabda Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam:
“Kekallah umatku dengan kebaikan sebagaimana mereka mempercepatkan berbuka puasa”.
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

 Begitu juga disunatkan berbuka puasa dengan tamar. Sekiranya tiada tamar maka sunat dengan air. Sunat juga berdoa ketika berbuka.

3. Sunat beriktikaf sepanjang bulan Ramadhan khususnya pada sepuluh hari terakhir Ramadhan.

4. Tidak melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan kehendak dan tujuan puasa. Puasa bukanlah sekadar menahan diri daripada makan dan minum, tetapi juga menahan diri dari melakukan perkara perkara yang ditegah oleh Allah sama ada berupa iktikad, perbuatan atau pertuturan.

Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda
“Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan mengamalkannya maka Allah tidak berhajat pada apa yang dia tinggalkan daripada makanan dan minumannya.”
(Hadis riwayat al-Bukhari)

 Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam juga memerintahkan kepada orang yang berpuasa sekiranya berhadapan dengan celaan atau permusuhan maka hendaklah dia sabar dan berkata: ‘Aku berpuasa”.

5. Tadarus al-Quran.

Perkara yang Harus ketika Berpuasa

1 . Menjirus kepala.
Ini kerana terdapat hadis yang mengharuskan orang yang berpuasa berbuat demikian. Antaranya hadis yang diriwayatkan oleh Abu Bakar bin Abdul Rahman di mana sesetengah sahabat Nabi Shallallahu Alaihi Wasallam menceritakan kepadanya bahawa mereka berkata:

“Sesungguhnya aku telah melihat Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam menjirus air ke atas kepalanya dan baginda berpuasa, (demikian itu) kerana dahaga atau kerana kepanasan”.
(Hadis riwayat Ahmad, Malik dan Abu Daud)

2. Menitikkan sesuatu ke dalam mata sama ada rasanya boleh dirasai di halkum atau tidak.
Ini kerana mata bukanlah lubang rongga yang berhubung dengan halkum. Pendapat inilah yang dipegang di dalam Mazhab Syafie dan Ibli Munzir menghikayatkan pendapat yang sama dari Abu Hanifah, Atha’, Hassan, an-Nakhaie serta al-Auzai’e. Inilah juga pendapat Daud az-Zahiri.

3. Makan, minum dan berjimak di malam hari sehingga terbit fajar.
Harus juga kepada orang yang berpuasa mengakhirkan mandi junub sehingga selepas terbit fajar. Begitu juga kepada wanita yang datang haid dan nifah, adalah harus melewatkan mandi wajib sehingga selepas terbit fajar walaupun darahnya berhenti pada malam hari.

4. Merasai makanan tanpa menelannnya.
Ulama-ulama Mazhab Syafie berpendapat bahawa sekiranya seseorang berhajat untuk merasai makanan seperti untuk diberikan kepada anaknya yang kecil, maka harus dilakukan kerana dharuriah. Kata Imam Ahmad bin Hanbal: “Aku lebih suka jika dapat dihindari daripada merasai makanan, tetapi sekiranya dilakukan maka tidaklah mengapa”.

Perkara yang Makruh ketika Berpuasa

1 . Berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung ketika berwuduk secara berlebih-lebihan. 
Imam asy-Syafie dan sahabat-sahabat dalam Mazhad telah sepakat bahawa disunatkan kepada orang yang berpuasa berkumur-kumur dan membasuh hidung ketika beruduk tetapi makruh berlebih-lebihan. Pendapat yang paling sahih dalam Mazhad Syafie ialah sekiranya berlebih-lebihan ketika melakukannya hingga menyebabkan air masuk ke dalam rongga maka batal puasa berdasarkan hadis: Ertinya: “Apabila engkau membasuh hidung (ketika berwuduk) maka buatlah bersungguh-sungguh kecuali ketika engkau berpuasa”.

2. Menyambung puasa seperti tidak berbuka selama dua hari berturut-turut.
Hukumnya adalah makruh menurut Jumhur Ulama’. Manakala pendapat paling sahih dalam Mazhad Syafie pula ialah hukumnya haram.

3. Bagi suami isteri yang berada pada peringkat usia muda, adalah makruh mencium isteri kerana takuti akan merangsang naluri dan membawa kepada perkara yang membatalkan puasa.

4. Makruh bersiwak (berus gigi) selepas gelincir matahari menurut Iman asy-Syafie dan Ahmad.



Sumber: JAKIM... Sini




NotaKarut: Sekadar berkongsi... Al-maklum la... Jarang jarang buat... Takut lupa...

Ulasan

Tinta Lana berkata…
Salam.

Waa, walaupun amik dri sumber, slama kenal tk, inilah entry paling berinfo skali.

Bagus TK. Tak, ak tak perli..ak cuma cakap benda betul je. Wlaupn dari zaman sekolah, panduan ni dah slalu dihadapkan, tpi bila tnya on the spot, mmg ada yang terlupa punya.
Rina Rahamat berkata…
rajin dia tulis info :)..alhamdulillah semoga perkongsian ini membawa manfaat kpd org lain..
emarieys berkata…
puasa tak lama lagi...selamat menyambut bulan ramadhan
bunga_rose berkata…
wahhhhh tiba2 blog ko suci hari ni cabi hikhikhikhik..
Rain berkata…
ikut sis Lana: selamat menyambut Ramadhan, perasaan mesti lain dengan gelaran "ayah".

awesome. moga hensem sokmo deh!

Catatan popular daripada blog ini

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin “Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Mä$äk £èmäñg $àmßil bdiri, Hèndäk

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buruk di goreng orang, Bau semerbak serata alam, Tutur kata ibarat parang, Tersilap kata menikam dalam. Belakang parang diasah jangan, Tajam depan tajam belakangnya, Kurang ajar apakah hukuman, Buku lima di pipi la jawabnya.

Pantun Malam Jumaat...

Ubi kayu sedap dibuat pengat Lagi sedap kalau dimasak siti Malam Jumaat datang semangat Almaklum banyak agenda sedang menanti Sedapnya pengat ubi teringat ingat Manakan terlawan si roti jala Ambillah berkat malam Jumaat Mengerat kasih mendapat pahala Di malam hari terasa hangat Memang enak minum air kelapa Malam ni malam Jumaat Tongkat ali jangan dilupa Dah perkena tongkat ali secawan Dicecah bersama kuih bahulu Hendak berblog,berbloglah kawan, Saya bermohon tidur dahulu. NotaKarut: Nak komen? Sila pantun jua... Hahahahahaha... Sekadar gurauan di malam Jumaat... Tak ada apa agenda pun malam ni kecuali nak buat solat hajat dan zikir lebih sikit...