Langkau ke kandungan utama

Seloka Nak Raya...

Hujung hujung puasa,
Ramai yang jadi gila berjilid,
Walaupun banyak lagi masa,
Habis kosong surau dan masjid...

Tinggal la pak imam dan bilal serta dua tiga orang,
Dulu sesak sekarang lengang boleh dibilang,
Hati pak imam pun dah bengang,
Nasib baik aku Pak Imam, Kalau tak aku pun dah jalan...

Sogo KLCC dan juga lain lain shopping complex,
Ramainya orang macam semut dan pepijat,
Tak kesah kalau bergesel bontot,
Asal dapat apa yang dihajat...

Selagi belum dengar takbir raya,
Ada saja yang tak ada,
Mula la meroyan tak tentu hala,
Mengabiskan duit yang dok ada...

Orang jantan punya kepala
Tak kesah apa yang mendatang
Duk fikir bakar mercun bola
Nak jadi hero bergegar kampung

Orang perempuan lain pulak ceritanya,
Ada saja yang tak kena,
Kalau boleh baju raya nak sedondon,
Lagi bagus kalau langsir pun kena...

Hajat dihati nak sedondon,
Tak jumpa size dah diambil orang,
Meraung meroyan depan laki tersedu sedan,
Nasib baik tak kena pelempang...

Ulasan

bunga_rose berkata…
cakap kat suri, adijuma wat sale bawal Rm3 je selai, gi terjah, murah je jimat poket hang ahahh..
Tinta Lana berkata…
Salam..

langsir pun nak sedondon gak ke dgn baju raya,ekekeke. Teruk sgt penyakit sedondon kalau camtu.
Unknown berkata…
ahahhahahaha nie mmg seloka ke ataw ade mksd kau tersendiri :P

Catatan popular daripada blog ini

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin “Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Mä$äk £Ã¨mäñg $àmßil bdiri, Hèndäk

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buruk di goreng orang, Bau semerbak serata alam, Tutur kata ibarat parang, Tersilap kata menikam dalam. Belakang parang diasah jangan, Tajam depan tajam belakangnya, Kurang ajar apakah hukuman, Buku lima di pipi la jawabnya.

Pantun Malam Jumaat...

Ubi kayu sedap dibuat pengat Lagi sedap kalau dimasak siti Malam Jumaat datang semangat Almaklum banyak agenda sedang menanti Sedapnya pengat ubi teringat ingat Manakan terlawan si roti jala Ambillah berkat malam Jumaat Mengerat kasih mendapat pahala Di malam hari terasa hangat Memang enak minum air kelapa Malam ni malam Jumaat Tongkat ali jangan dilupa Dah perkena tongkat ali secawan Dicecah bersama kuih bahulu Hendak berblog,berbloglah kawan, Saya bermohon tidur dahulu. NotaKarut: Nak komen? Sila pantun jua... Hahahahahaha... Sekadar gurauan di malam Jumaat... Tak ada apa agenda pun malam ni kecuali nak buat solat hajat dan zikir lebih sikit...