Langkau ke kandungan utama

Pisau Cukur

Dulu... Masa kecik kecik... Selalu tengok ayah bercukur...
Nampak bergaya... 
Selalu berangan dan mengambil pisau cukur ayah mencukur bulu bulu halus di dagu dan atas bibir...

Tapi itu dulu...

Sekarang ni dah naik menyampah pulak tengok pisau cukur...
Tapi... Kalau tak bercukur, ada pulak janggut sampai ke lantai lak kang...
Silap silap, bulu bulu di segi tiga emas boleh ditocangkan lak kang...
Ok... Jangan cuba nak bayangkan pulak ek...

Sama juga, dulu, masa kecik... Teringin sangat nak cepat besar...
Nak kerja... Nak pegang duit sendiri... Berkobar kobar semangat ni...

Sekarang ni... Erm... Kalau la masa boleh diundurkan...

Eh... Sekarang ni masih hidup lagi...
Masih ada nyawa lagi...
Masih bernafas lagi... Masih ada kesempatan lagi...

Kalau la dah tak bernafas nanti.. Dah dalam kubur...
Tinggal sorang diri... Gelap... Kiri tanah... Kanan tanah... Atas tanah... Bawah pun tanah...

Masa tu, menangis air mata darah pun tak guna... Meraung... Merayu... Nak mintak hidup balik... Nak beramal banyak banyak... Jangan mimpi la... Kena katoq lagi ada...

Sekarang ni... Erm... Masih ada kesempatan... Masa tak akan berundur...
Jangan tunggu lagi...

Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu layuan,
Tegur menegur dijadikan pasak,
Biar tak hanyut di tengah lautan...

Ulasan

Cik Nor berkata…
nice entry..:)
inche hlovate berkata…
betul tu..masa tu tak boleh nk diundurkan. sama2 la kita ingt mengingati
emarieys berkata…
bila dikenang balik...memang teringin nak putarkan masa...
Unknown berkata…
sama2 muhasabah diri :)
Fiza Aizzawa berkata…
bersyukur diberi kesempatan untuk bernafas.. masa mmg tak boleh diundur, tapi kita boleh lagi merancang untuk tidak menyesal di kemudian hari...
QasehnyaRania berkata…
menyesal kemudian x berguna..
peringatan bersama.
thanks tk..

tk, biaq betoi..awat jadi apa dgn blog saya tu?
tk sorng je komen cam ni.. riso dh ni?

Catatan popular daripada blog ini

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin “Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Mä$äk £Ã¨mäñg $àmßil bdiri, Hèndäk

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buruk di goreng orang, Bau semerbak serata alam, Tutur kata ibarat parang, Tersilap kata menikam dalam. Belakang parang diasah jangan, Tajam depan tajam belakangnya, Kurang ajar apakah hukuman, Buku lima di pipi la jawabnya.

Pantun Malam Jumaat...

Ubi kayu sedap dibuat pengat Lagi sedap kalau dimasak siti Malam Jumaat datang semangat Almaklum banyak agenda sedang menanti Sedapnya pengat ubi teringat ingat Manakan terlawan si roti jala Ambillah berkat malam Jumaat Mengerat kasih mendapat pahala Di malam hari terasa hangat Memang enak minum air kelapa Malam ni malam Jumaat Tongkat ali jangan dilupa Dah perkena tongkat ali secawan Dicecah bersama kuih bahulu Hendak berblog,berbloglah kawan, Saya bermohon tidur dahulu. NotaKarut: Nak komen? Sila pantun jua... Hahahahahaha... Sekadar gurauan di malam Jumaat... Tak ada apa agenda pun malam ni kecuali nak buat solat hajat dan zikir lebih sikit...