Di dalam kota dalam sebuah Negeri Atas Angin. Semua penduduknya celik mata kecuali 4 orang pemuda buta.
Seorang RajaKakiKapur dengan pengikutnya melewati dekat kota itu. Al-kisahnya, RajaKakiKapur membawa bala tentara dan seekor gajah perkasa, yang dipergunakannya untuk berperang dan menimbulkan ketaksuban rakyat jelata.
Penduduk penduduk kota itu ingin sekali melihat gajah tersebut, namum begitu RajaKakiKapur hanya memperkenankan 4 orang pemuda buta untuk melihat gajah tersebut. Arakian, mereka itupun berlari-lari bagaikan badut-badut tolol berusaha mendekati gajah tersebut. Kerana sama sekali tidak mengetahui bentuk dan wujud gajah, mereka pun meraba-raba sepuasnya, mencuba membayangkan gajah dengan menyentuh bahagian bahagian tubuhnya. Masing-masing berfikir telah mengetahui sesuatu, sebab telah menyentuh bahagian tubuh tertentu.
Ketika mereka kembali, berkerumunlah sekian rakyat jelata yang celik mata mengelilingi mereka. Rakyat jelata itu keliru mencari tahu tentang kebenara