Langkau ke kandungan utama

Social Network...

Assalamualaikum...
Hai... Entry sebelum ni menang tak ada ruangan komen... Hoho...
Saja... Hanya menyatakan kerinduan kepada seseorang...

Dulu... 10-15tahun dulu... Orang sibuk sibuk nak berbiodata...
Sibuk nak buat jugak! Lepas 10 tahun... Tak jumpa pun buku tu...
Tak relevan pun menatang bendaalah info dalam tuh!

Lepas tu... 5-10 tahun dulu... Orang sibuk nak ber"friendster"... Aku pun menyibukkan diri mem"friendster"kan diri... Tapi haram! Setahun sekali baru tengok... Orang add kawan, aku pun add kawan... Ntah melaun mana ntah, main tibai jea...asalkan orang... Motifnya? Nak berlagak menunjuk betapa ramainya senarai kawan kita... Akhirnya... Sekarang aku dah lupa pun ID dan passwordnya! Hampeh...

Lepas tu muncul pulak facebook... Erm... Hampeh jugak... Aku pun tak tau menatang apa gunanya... Orang ada... Aku pun nak ada jugak! Motif ada? Pasal semua orang lain ada... Termasuk BigBoss... Aku bukak facebook semata mata nak ternak ikan jea... Hampeh dan buang masa betul... Hahaha... Nak kepohchi pasal status putus cinta, pi jalan sana, pi makan sini... Tak ada maknanya la aku nak buat gitu...

Lepas tu... Twitter... ermmm... Yang ni lagi hampeh... Langsung aku tak reti pakai!

Orang beli Henpon canggih... Aku pun nak beli jugak... Nak android... Aku pun nak jugak... dah ada android 2.2froyo(HTC Desire HD)... Keluar pulak adroid 2.3gingerbread(HTC Sensation)... Mengelupur berbuih buih nak beli jugak! Padahal... Guna untuk sms dan call je... Itu pun jarang sekali... Facebook yang ada dalam henpon canggih... Dipandang sepi... Dah tu? Apa gunanya? Ntah...Ada la sesekali mengupdate blog melalui henpon... Itu pun tak berapa feel pasal susah nak taip panjang panjang dan leceh nak touchscreen...

NotaKarut: Peredaran zaman teknologi cepat sangat berlalu sehinggakan aku tak sempat nak mengejarnya menunjukkan aku semakin tua! Motif entry? Wuaaa... Macam best pulak HTC Sensation!!! Tapi untuk apa? Sekadar sms dan call je pun!! Pujuk hati untuk melupakannya...

Ulasan

zati embong berkata…
belilah..buat hantaran.kagum mak!

haha
NasQ berkata…
@zati embong tengok la nanti cam ne... hoho... geram pulak aku tengok...
Noor Fatin berkata…
buku biodata saya simpan lagi. ekekke..

hp sy pn murah je. xde mms ke apa ke, ckupla utk sms dan kol je.. hee
NasQ berkata…
@NOOR FATIN itu la.. rasa2nya nak pakai henpon biasa je ni... ikut ikutan jea ni...
Chuu Muqhlis berkata…
teknologi mmg pantas., pecut lari laju2 pon x sempat nk kejar adess
Ze_Mhis berkata…
yuuu huuuu.. selamat hari raye bos!!!!

lama tak lepak sini. di manakah kebiruan mu wahai TK? dah kunen pulak dahhh...

aku nak ipad2 bang.. tapi, tapi, tapi... buat main angry bird je pun. maka, tak jadik beli.

nak tunggu free punya lah! hahahaa

bang, beli je la. kalo rase berbaloi. kalu x, x yah beli.
biela bell berkata…
aku tak pandai guna twitter~~
NasQ berkata…
@Chuu Muqhlis jangan tersungkur dah la...
NasQ berkata…
@Piah Becok ntah... tengok la dulu... mungki buat hantaran kot...
NasQ berkata…
@Bellhoho... kita sespesis rumanya... hoho... buta twitter...
Unknown berkata…
twitter ak da ke laut hahahaha..
fb je y ak aktf sikit...
NasQ berkata…
@sleeping_maniac90 aku ke laut paling dalam di mindanau...
budakijaupendek berkata…
bab handphone mahal takde jadahnya sy nk beli.
org ganas tak boleh pkai hp smart2 dan canggih ni. haha
bab fb berguna la jugak.
time kt obersea, contact kwan2 guna fb jerr...haha
Unknown berkata…
friendster wujud lg ke?? haha
Daddylicious berkata…
aik...lapang betul blog ni..apa ke hal...hehe
-- berkata…
entry before ni ko rindu aku kan? baik ngaku..kalo tak ..aku malu ngaku2 ko rindu aku..wagagagagak!

pstttt..saya sudah angkat aifonfo ... lalallalala...
abghani berkata…
aku tk suka teknologi..menyusahkan
Intan7 berkata…
nak fon baru!!!
tp xde duit..T_T
dill berkata…
tk, hadiahkan kat i je. ahaks

dill.
Unknown berkata…
tu semua tak penting.. yg penting kite jd insan yg berguna.. :)
Unknown berkata…
dunia je sume tu TK
xpayah2
Lea Isnawi berkata…
org ade, kita pun nak jugak
tu yg susah tu
memang takkan stop

Catatan popular daripada blog ini

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin “Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Mä$äk £Ã¨mäñg $àmßil bdiri, Hèndäk

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buruk di goreng orang, Bau semerbak serata alam, Tutur kata ibarat parang, Tersilap kata menikam dalam. Belakang parang diasah jangan, Tajam depan tajam belakangnya, Kurang ajar apakah hukuman, Buku lima di pipi la jawabnya.

Pantun Malam Jumaat...

Ubi kayu sedap dibuat pengat Lagi sedap kalau dimasak siti Malam Jumaat datang semangat Almaklum banyak agenda sedang menanti Sedapnya pengat ubi teringat ingat Manakan terlawan si roti jala Ambillah berkat malam Jumaat Mengerat kasih mendapat pahala Di malam hari terasa hangat Memang enak minum air kelapa Malam ni malam Jumaat Tongkat ali jangan dilupa Dah perkena tongkat ali secawan Dicecah bersama kuih bahulu Hendak berblog,berbloglah kawan, Saya bermohon tidur dahulu. NotaKarut: Nak komen? Sila pantun jua... Hahahahahaha... Sekadar gurauan di malam Jumaat... Tak ada apa agenda pun malam ni kecuali nak buat solat hajat dan zikir lebih sikit...