Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Photography karut

Romantika...

Bersarapan romantika di villa. Yang disedia dan dihidang dalam villa... Terasa macam Raja (rajakapoor) lak rasanya. Segala benda dihidangkan... Bersarap putra putri Malaya... Erkkkkkkkk..... Sekali terkeluar pulak sendawa badak depan bini... Owh... Terasa sangat romantiknya! NotaKarut: hari ni tour ke Tanah Lot, Bali. Hoho... Published with Blogger-droid v1.7.4

Matang...

'Ibu... Maaf mengganggu ketenangan bu." "Ibu mau dagingnya separa mateng atau mateng?" Ha? Aku mengangga... Aku tengok bini aku lagi melopong... Ha? Apa? NotaKarut: sedang menunggu dihidangkan makan malam berlilin di tepi kolam renang privasi. Published with Blogger-droid v1.7.4

Fantasia Bulan Madu...

Demi cintaku pada mu Ke mana saja kan ku bawa Ku hujung dunia ke bintang Kejora Demi cintaku padamu Kukorbankan jiwa dan raga Biar pun harus ku telan Lautan bara Bulan madu di awan biru Tiada yang menggangu Bulan madu di atas pelangi Hanya kita berdua Mengecap nikmat cinta Yang putih tak terbendung Sesuci embun pagi Andai dipisah Laut dan pantai Musnahlah ilham Hilang pedoman Andai dipisah Cahaya dan bulan Gelap gulita Musnah asmara NotaKarut: Babaiiiiii KL... Welcome to Bali... Honeymoon!!!... (1-4Dec) Hohoho... Pak mertua aku kata, nanti dah sampai sana pi cari tempat yang banyak batu... Kat situ ada tempat orang omputih bertelanjang bulat... Hohoho... Kena bawak spek mata hitam ni... Mata dah banyak masuk habuk! ~~Adei... Kantoi ngan bini lak... Adeiiiiii!!! Entry ini terpaksa diberhentian di sini.... Kena tarik telinga la lepas ni... Kalau tak sibuk bercucuk tanam nanti aku update cerita Bali ye...

Hilang Taring...

Assalamualaikum... Salam sejahtera... Fuhhhhhhhhh!!! Hacccuuuuuummmmmmmmmm!!! Berhabuk bersawang... Kesian blog tukang karut ni... Penulisnya sibuk bercucuk tanam... Hai... Ok... Itu je... Babai... NotaKarut: Sudah kehilangan taring dan sentuhan mengarut...

Hadiah Yang Ditunggu...

NotaKarut: Lepas ni aku nak hadiah kereta camry lak ek...

Sejuk Di Malam Jumaat!

Hujan yang turun mecurah curah... Membuatkan suasana dingin malam menjadi sejuk... Tapi malam ni masih tidur keseorangan... Peluk bantal je la malam ni... Tetiba teringat isteri... Yang keseorangan gak! Lambatnya hari Sabtu nak balik rumah mertua balik... Mungkin bendera Jepun dah diturunkan... Hohoho... NotaKarut: sopan tak entry ini? hoho... terpaksa sopan sekejab kot pasal isteri dah tau kewujudan blog tukang karut ni...

20112011...

Entry dipenuhi dengan gambar dari cameraman yang tak berapa nak pro... hoho... nak tunggu cameraman yang diupah lambat sangat... NotaKarut: gambar tidak disusun mengikut turutan!

PERUTUSAN YANG DITUNGGU TUNGGU...

"JELASKAN HUTANG PTPTN ANDA SECARA KONSISTEN UNTUK MENGELAKKAN TINDAKAN PENGUATKUASAAN. SILA ABAIKAN MESEJ INI JIKA BAYARAN TELAH DIBUAT." Cait!!! Baru bulan ni aku tak bayar dah hantar SMS amaran cam ni... Kat luar tu berlambak lambak orang yang tak bayar tak nak pulak hantar SMS tu! Huh!!! Ini tidak adil!!! Aku nak mengadu dekat PBB bahawasanya aku telah didiskriminisi!!! En. PTPTN sila fahami aku nye pun... Bulan ini aku sangat kesesakan dan kesempitan... Banyak uwangnya mau dipakaiin! Bukannya gua sukak sukak tak mau dibayariin... Baru ini bulan gua talak bayariin pun lu sulah bising... Ye la... Aku bayar la... Tapi aku bayar sebelah tangan je boleh? NotaKarut: 4 hari tak membuang sisa kumbahan... perut jadi sebu... pagi pagi lagi dah minum fresh oren... al maklumla... segan nak berak bunyi kentut kuat kuat rumah mertua... ni dah dekat rumah sendiri nak berak bunyi kentut bom pun tak pe... hohoho...

Telur Dah Pecah... V1...

Oppssss... Telur apakah yang dah pecah? Jeng jeng jeng! Fuhhhhh... Berhabuk bersawang blog tukang karut... Siap ada labah labah lagi buat sarang! Ini bukan entry 18sx... Telur dah pecah yang dimaksudkan adalah telur tembelang a.k.a rahsia! Bini dah tau dah blog Tukang Karut ni... Hoho... Aduyai... Maknanya lepas ni aku dah tak boleh nak ngarut sangat la... Maknanya kena la buat ayat sesopan mungkin... Hoho... Tapi korang boleh terima ke? NotaKarut: Malam ni tidur sengsorang pasal dah balik ke rumah mak... Nak uruskan majlis kat rumah pulak...

Rabu Tanpa Kata Versi Sebelum Nikah...

NotaKarut: Satu satunya gambar yang ada... Gambar pengantin perempuan sahaja yang ada dalam tangan aku sekarang ni... yang lain tak ada... hoho... ~Cuti cuti ni pun orang ofis asyik call je... sibuk je... Mood: Masih lagi sibuk... Hoho... Ada satu lagi majlis pada 27/11/2011...

20-11-2011

Apa yang ada pada tarikh... Tapi tarikh hari ni cantik... 20-11-2011 Tak mahu berebut dengan orang lain yang mahukan 11-11-11... Terima kacih atas ucapan tahniah... Jika ada kesempatan, jemput la menghadiri majlis perkahwinan seperti jemputan dalam entry ini ... NotaKarut: entry ini autopulish dan ditulis pada 6.30am... Mungkin ketika ini sedang sibuk dikerjakan mak andam... Terima kasih... ~~nak tunggu waktu 201120112011... siapa tau pukul berapakah ini?

Selamat... Entry Seringkas Mungkin...

Selamat selesai hari pertama... Dengan sekali lafaz... Syukur atas ketenangan... Malam berinai disulami dengan hujan yang turun bagaikan mutiara bersinar menerangi erkkkk... Lupa lirik pulak.. Korang sambung sendiri je la ek... NotaKarut: Dikhabarkan, bendera Jepun telah dinaikkan... Aduyai... Tangguh sampai pi honeymoon kat Bali la gamaknya... Hoho... p/s: nanti, kalau aku dah tak sibuk, aku akan mula mengarut balik! nanti korang baca la sampai terkeluar muntah hijau!!!