Langkau ke kandungan utama

Catatan

Gurindam Malam.

Gurindam Malam. Jika hendak mengenai orang berbangsa, lihat kepada budi dan bahasa, Jika hendak mengenal orang yang berbahagia, sangat memeliharakan yang sia-sia. Jika hendak mengenal orang mulia, lihatlah kepada kelakuan dia. Jika hendak mengenal orang yang berilmu, bertanya dan belajar tiadalah jemu. Jika hendak mengenal orang yang berakal, di dalam dunia mengambil bekal. Jika hendak mengenal orang yang baik perangai, lihat pada ketika bercampur dengan orang ramai. Apabila banyak berkata-kata, di situlah jalan masuk dusta. Apabila banyak berlebih-lebihan suka, itulah landa hampirkan duka. Apabila kita kurang siasat, itulah tanda pekerjaan hendak sesat. Apabila anak tidak dilatih, Ketika besar bapanya letih. Apabila banyak mencela orang, itulah tanda dirinya kurang. Apabila orang yang banyak tidur, sia-sia sahajalah umur. Apabila mendengar akan khabar, menerimanya itu hendaklah sabar. Apabila menengar akan aduan, membicarakannya itu hendaklah

Soalan Cerdik Versi Fida...

Fida tulis macam ni... sila baca di sini .. . la ni, aku nak tulis macam ni pulak... Pagi2 breakfast bihun goreng lauk rendang kerang... Tengahari tak makan... Hanya makan senwic yang diorder fida untuk mee eating(sila baca dengan satu nafas!) Petang lak makan kuih dua butir dalam mee eating(sila baca dalam satu nafas jugak!) Sekarang aku dah lapar... Perut aku berkeroncong berdondang sayang... Nampak sabun pun terbayang chiken mcduluxe!!! Soalan cerdiknya... Patut ke aku pergi makan sekarang? Tammat!

Hahaha... Apa La...

Sekejab umum nak senarai hitam kalau tak bayar sebelum 28 Februari 2011... Dan2 hari ni umum nak lanjutkan tarikh akhir bayaran saman traffik sebelum 10 Mac 2011... Haha... Lawak betul la... Alasan... Alasan... Dan alasan... Berguling2 aku dengar berita ni live di NTV7... Dulu... Orang yang baik, yang jaga masa, yang tak nak namanya diblacklist, dapat je surat saman, belum pun panas bontot, dah pergi ke balai nak bayar... Bayar tanpa diskaun... La ni... Bila dah berlambak2 saman... Mula la nak bagi diskaun... 50%... Macam jualan murah dekat SOGO pulak... Adil ke kepada orang seperti di atas yang dah pun bayar pada masa yang ditetapkan!!! Lepas ni... Aku tak terkejut, kalau orang dapat saman, orang akan peram dekat bawah periuk belanga, biar dalam 10 tahun, tunggu kerajaan bagi diskaun... Ugut la nak hitamkan ke, hijaukan ke... dah kebal ugutan dah dema ni... silap2 dema ni tunggu kerajaan hapuskan saman tu terus... percaya la... tu yang angka 17 juta lebih saman tak berbayar tu... Yang

Berita Bohsan...

Ada empat malam lagi terpaksa menonton melihat dan menilai berita utama jam lapan malam... Tak kira la sama ada stesyen tv swasta, stesyen tv milik kerajaan jangan cerita la... habis semua nya cerita pasal pilihanraya kecil Merlimau dan Kerdau... Tu belum masuk lagi blog2 yang berteraskan politik... tak kira la siapa sokong siapa... Semua nak hentam satu sama lain... Dia ngata dia tak elok... Dia ni ngaku dia la yang terbaik... Citporrahhhh... Dua2 pun loklak... Disogok cerita yang sama setiap kali pilihan raya kecil yang diselitkan semasa berita utama setiap malam, sangat2 membosankan aku... Apa yang diorang ni pikiaq... Apa yang ada dalam kepala otak diorang ni aku pun tak tau la... politik saja... Balik2 cerita puak yang ni tak berpuashati keluar parti ni... Pusing2 cerita kempen dari rumah ke rumah... Habis semua orang dia nak salam... Kalau lembu ada tangan, lembu tu pun dia nak salam jugak... Lepas pilihanraya, jangan kata muka, nak keluar pergi jamban pun kalau boleh nak menyoro

Hati Yang Sihat...

Aku tak faham betul la... kenapa la ada istilah hati batu... Dah namanya pun hati, confirm la lembut dan mudah tercedera kan... Ada sesiapa sini yang nak mengaku dia berhati batu? Tak pun berhati waja? ada? ada ke? Meh sini aku nak belah dia hidup2... Nak tengok kebetulan kebatuan hatinya itu... Lagipun, kalau hati dah keras macam batu, confirm la akan berat kan... lagi pun kena jaga betul2, takut terpecah pulak andai kata suatu hari nanti terjatuh hati... Jadi berhati-hati la ketika berjalan atau memandu, supaya hati ibu bapa tidak dilukai ketika mengusung jenazah anak... Hati aku tak sihat hari... Kira boleh guna istilah sakit hati la ni... Takkan nak guna suka hati pulak kan... Ikut suka hati aku la nak guna apa pun istilah... Bak kata orang tu... Orang tua yang cakap... Aku tak cakap sebab aku muda lagi... walaupun muka dah tua macam anak empat orang berbini empat, ada hati jugak tu nak berbini empat... "Ikut hati. mati" Tema hari ini: Hati yang sihat.... Sekian dari yang

Teka Teki.

Teka teki kembali lagi... (Ini bukan contest... Sila percaya...) Apa maknyanya tu... Maknanya si tukang karut nak berjalan lagi... Kalau dah berjalan tu, tak sah la kalau tak beli apa2 kan... Lokasinya masih lagi rahsia... Sebab aku pun tak tau mana aku nak pergi... Yang penting area nak merantau kali ni di Kota Kinabalu, Ranau, Beaufort, Sipitang, Tenom, Kudat atau Papar... Ntah la... Tengok kepada masa dan mood serta kewangan masa tu... Bosan la... Nak mengarut pun otak dah beku... Apa kata kalau try benda lain pulak... Kali ni soalannya sangat mudah... Budak darjah empat pun tau jawapannya... Ini kan pulak para blogger yang bijak pandai lagi kacak bergaya kan... malu la kalau tak dapat jawab kan... Jatuh la standard bijak pandai... Ni mencabar ni kalian yang bijak pandai ni... Syaratnya mudah, tolong aku translate kan lagu ni kepada bahasa yang difahami oleh semua orang iaitu bahasa melayu... Kang nak kata bahasa tamil kang, ada yang nak berdemo depan KLCC nak bakar laptop lak kang.

Jom Cipta Rekod...

Semalam... Tapi berita hari ini... Berita yang aku baru baca dalam paper star yang aku cilok dari Fida ... ha tengok, berapa bijaknya aku merancang ekonomi... Berapa kedekutnya aku... sampai paper pun rembat ofis punya... tak payah nak susah2 beli... Dalam paper ni ada cakap... (paper bercakap...Gila arghh... apa istilah yang betul yang patut aku gunakan ek?) Siapa sini orang Kangar, Perlis Indera Kayangan? Baik ngaku cepat!!! Kalau tak, aku cari sampai lubang jamban!!! Orang Perlis semalam cipta rekod... Cipta rekod dalam Malaysian Book Of Record... Cipta rekod yang aku pun pikiaq lapanbelas kali nak pecahkan... Bukan la kerja gila sangat pun... Tapi awat la hang tumbuk sambai belacan sampai 100o orang tu... Hang nak cilikan mulut siapa sampai seribu orang duk bodoh menumbuk belacan!!! Kalau orang Perlis boleh cipta rekod cam tu dan catat nama dalam Malaysian Boof Record... Buat aku terfikir sejenak... Apa kata, kalau kita sama2 pecah rekod tu dengan makan beramai2 sambal belacan tu s