Langkau ke kandungan utama

Gurindam Malam.

Gurindam Malam.

Jika hendak mengenai orang berbangsa,
lihat kepada budi dan bahasa,

Jika hendak mengenal orang yang berbahagia,
sangat memeliharakan yang sia-sia.

Jika hendak mengenal orang mulia,
lihatlah kepada kelakuan dia.

Jika hendak mengenal orang yang berilmu,
bertanya dan belajar tiadalah jemu.

Jika hendak mengenal orang yang berakal,
di dalam dunia mengambil bekal.

Jika hendak mengenal orang yang baik perangai,
lihat pada ketika bercampur dengan orang ramai.

Apabila banyak berkata-kata,
di situlah jalan masuk dusta.

Apabila banyak berlebih-lebihan suka,
itulah landa hampirkan duka.

Apabila kita kurang siasat,
itulah tanda pekerjaan hendak sesat.

Apabila anak tidak dilatih,
Ketika besar bapanya letih.

Apabila banyak mencela orang,
itulah tanda dirinya kurang.

Apabila orang yang banyak tidur,
sia-sia sahajalah umur.

Apabila mendengar akan khabar,
menerimanya itu hendaklah sabar.

Apabila menengar akan aduan,
membicarakannya itu hendaklah cemburuan.

Apabila perkataan yang lemah-lembut,
lekaslah segala orang mengikut.

Apabila perkataan yang amat kasar,
lekaslah orang sekalian gusar.

Apabila pekerjaan yang amat benar,
tidak boleh orang berbuat onar.

Zaman entry pendek yang tak perlu berfikir... Selamat beramal...
sumber: sini.

Ulasan

KUREKURE COMEL berkata…
ehem...ehem.....hehehe
NasQ berkata…
ehem... ehem... hukhuk...tersedak dah...
Eda Latiff berkata…
selamat beramal..
zati embong berkata…
Apabila berasa mengantuk
Lekas2lah masuk tidur

O.o
NasQ berkata…
amar tu anak haji hussin ngongek kepala tonggek kan eda kan?
NasQ berkata…
Jat! nak bergurindam jugak ker?
Yutaka Mushimura berkata…
wooha...kreatif sungguh entry kali nih...berpuitis...hebat!!!!
NasQ berkata…
hahahaurnsalimbachik hahahahruanmakananak!!!

kreatif menciplak!
Mr iz berkata…
pabila nak buang angin jglah merata rata...
kalau nak buang juga tegoklah kiri kanan adakah line clear..... he he he bole ke... wah sejuk baca gurindam ni... dahsat juga tukang karut ni...dalm hati ada taman wooo...he he he
NasQ berkata…
ada... tapi taman buaya iz....
Eda Latiff berkata…
yang mn satu ek?...yg slalu tocang rambut senget2 tu yea..huhu
Tanpa Nama berkata…
penuh ngan nasihat.. selamat beramal
NasQ berkata…
Ha... tau pun eda..... otak pun senget gak tu...
NasQ berkata…
Penuh dengan nasihat, tapi selalunya nasihat ni macam angin jea, berlalu pergi...
-- berkata…
apabila mulut asik disendal..
perut gendut jangan disesal..

awww.awww..awwwwww!!
NasQ berkata…
fida: pedih...pedih ayat gurindam tu.,..tertusuk kalbu...

Catatan popular daripada blog ini

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin “Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Mä$äk £Ã¨mäñg $àmßil bdiri, Hèndäk

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buruk di goreng orang, Bau semerbak serata alam, Tutur kata ibarat parang, Tersilap kata menikam dalam. Belakang parang diasah jangan, Tajam depan tajam belakangnya, Kurang ajar apakah hukuman, Buku lima di pipi la jawabnya.

Pantun Malam Jumaat...

Ubi kayu sedap dibuat pengat Lagi sedap kalau dimasak siti Malam Jumaat datang semangat Almaklum banyak agenda sedang menanti Sedapnya pengat ubi teringat ingat Manakan terlawan si roti jala Ambillah berkat malam Jumaat Mengerat kasih mendapat pahala Di malam hari terasa hangat Memang enak minum air kelapa Malam ni malam Jumaat Tongkat ali jangan dilupa Dah perkena tongkat ali secawan Dicecah bersama kuih bahulu Hendak berblog,berbloglah kawan, Saya bermohon tidur dahulu. NotaKarut: Nak komen? Sila pantun jua... Hahahahahaha... Sekadar gurauan di malam Jumaat... Tak ada apa agenda pun malam ni kecuali nak buat solat hajat dan zikir lebih sikit...