Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tahukah Anda?

Tahukah anda bunyi tidak boleh bergerak menembusi vakum (kawasan yang tidak ada jirim) Tahukah anda juga perbuatan mengacau bini anda sedang mem"vakum" rumah, pasti anda akan mendengar bunyi guruh berdentum! Tahukah anda memotong bawang mengeluarkan gas yang pedih apabila masuk ke mata anda. Badan anda mengeluarkan air mata untuk mencairkan kepedihan itu dan menyingkirkannya daripada mata anda. Tahukah anda juga lelaki akan berpura pura memotong bawang ketika menonton Adam Dan Hawa bersama isteri! Tahukah anda susunan QWERTY pada papan kekunci yang digunakan pada komputer telah dicipta pada tahn 1860an. Tahukah anda juga susunan QWERTY selalu menyusahkan aku ketika menulis perkata berikut, soalan ditaip menjadi sialan... Tahukah anda bunyi petir berlaku apabila udara di keliling kilat menjadi panas dengan cepat dan mengembang pada kadar yang lebih cepat daripada kelajuan bunyi. Tahukah anda juga bunyi isteri memetir apabila rumah berselerak menyebabkan suami menga...

Gambar Baby Sesaje ni...

Gambar Baby

5 Jam Di Labour Room...

1.45am 23.10.2012---> Mata aku seperti tak mahu tertutup... Puas bergolek kiri dan kanan... Penat mengira kambing melompat pagar sekor per sekor... Akhirnya kambing terakhir ditangkap serigala... Panas! Walaupun pada hakikatnya tidur di dalam aircond... 2.30am  ----> Suri bangun... Katanya terasa seperti mahu membuang air besar... 3.00am ---> Suri bangun lagi... Katanya seperti tak puas membuang hajat... 3.30am ---> Suri mula terasa sakit... Aku mengajaknya ke hospital... Suri menolak, katanya sakit sedikit sahaja... Dan dia mahu sambung tidur lagi... Oh isteri ku... Dalam keadaan begini kau masih lagi tenang... 4.15am ---> Suri bangun lagi... Katanya perutnya memulas mulas... 5 minit di tandas tapi hasilnya tiada katanya... Aku mengajak suri ke hospital lagi... Mungkin itu tanda tanda dekat waktu bersalin... Dia menolak lagi... Katanya mahu tidur lagi... Esok saja ke hospital... Degilnya atau takutkah dia??? 4.40am ---> Suri bangun lagi......

Hai...

Hai...  Nak cari mood menulis balik ni selepas seminggu mendiamkan diri... Bukan apa... Saja nak meluangkan masa bersama sama puteri yang baru lahir ke dunia... Nama puteri??? Ada yang nak tanya tak? Ada tak??? Ada la... Please... Ada aku kesah kalau ada yang tak nak tanya... Baru je selesai membuat pendaftaran baby di JPN Shah Alam... Nama baby yang dipilih...  Adalah Izz Zara Zulaikha... NotaKarut: Hari ni hari isnin ek...

Alhamdulillah...

Dah pun selamat... Baby girl... Dengan berat 2.93kg... Lahir pada 11.33am 23/10/2012... NotaKarut: agak2 aku pengsan x? Ce teka... Nanti cerita next entry...

Serba Tak Kena...

Duduk salah... Berdiri salah... Nak baring... Lagi la tak kena... Nak jalan jalan... Lagi lagi lagi la tak kena... NotaKarut: dalam labour room... Menanti saatnya... Harap harap jangan pengsan dah la... Baru bukak 3.5cm... Published with Blogger-droid v2.0.9

Lawak Isnin...

Pak Pandir dan Tukang karut sedang berjalan kaki menuju ke Pudu Sentral... Tiba-tiba dia terjumpa sebuah cermin kecil elok terletak di tanah. Pak Pandir pun memungut cermin tu dan melihat ke dalam cermin itu. Tiba-tiba, dia tersentap abis.. “Ceh..!! Buruk giler gambar nih, padanlah tuan dia buang camtu jer. ” Selepas itu, Pak Pandir dan Tukang Karut pun menaiki sebuah bas dua tingkat. Inilah kali pertama mereka menaiki bas dua tingkat. Pak Pandir bertanya akan Tukang Karut di mana patut dia duduk... Tukang karut kata dia hanya mahu duduk di bawah sahaja... Pak Pandir pula mengambil keputusan untuk duduk di tingkat atas bas itu. Namun tak lama kemudian ia turun dengan tergopoh-gapah. “Mengapa ko tak duduk saja di atas?”, tanya Tukang Karut. “Kau gila ke apa?! Kat atas takde pemandu doh!”, jawab Pak Pandir.