Langkau ke kandungan utama

Catatan

2012.

Hallllooooooo... Whatzup apa di atas... whatzup apa di atas... 31.12.2012... Khamis... Hari terakhir yang ada dalam kalender... So... Apa rumusan tahun 2012 korang... Ceria? Bahagia? Keciwa??? Aku? Tahun 2012 ni banyak perkara yang berlaku... Dari tak ada anak... Sekarang dah anak...  Dah merasa kena berjaga malam... Baru tahu apa itu istilah mata panda... Itu yang best nya la... Yang tak bestnya... Di hari terakhir ni 2012... Masa tengah syok membuat perlaburan juta juta di bank TOIlet Berhad... Syok meneran dengan muka muka senget kiri dan kanan... Ada bunyi cair cair sikit yang terkeluar... Mungkin bekas ayam masak gulai kot... Blurrrrghhhh crirt crittttt... Gitu la kot bunyi nya... Ada pulak orang maintenance datang... Duk ketuk ketuk pintu... Lahnat... Sangat lahnat ok... Nak datang betulkan siling tandas yang bocor minggu lepas... Main ketuk ketuk je... Lahnat... Memang sangat lahnat... Mana nak tahan yang hujun...

Kalender 2013.

Kalender 2013 NotaKarut: Jom merancang cuti untuk tahun 2013...

Alasan Semata mata....

Hai... Masa nak mengarut dah makin singkat... Waktu siang... Buat buat sibuk berkerja... Owh... Jangan baling aku dengan lesung batu... Aku faham ayat tu memang sangat poyo... Sejak puteri zulaikha ni balik rumah... Masa untuk bersosial berblog... Dah makin kurang... NotaKarut: menaip sambil mendodoi anak sangat bahagia rasanya... Published with Blogger-droid v2.0.9

Terapi Selepas Cuti Panjang...

Maka tersebutlah kisah perihal 3 ekor pontianak. Memasing nak nunjuk siapa yang paling terer. Mereka pun mengadakan sebuah pertandingan tunjuk sapa paling power. Pontianak yang paling muda diberi kesempatan untuk memulakan pertandingan. Lalu dia pun terbang secepat kilat, tak sampai 2minit dah balik. Mukanya penuh dengan lumuran darah, dan menyeramkan. Terus dia berkata : "korang nampak kampung kat seberang bukit itu ?" Yang dua ekor pontianak tu ngangguk, "Iya, nampak. "Satu kampung tu itu...habiissss aku kerjakan!!!!" Angin jugak dua ekor pontianak tu dengar keangkuhan pontianak muda. Kini giliran pontianak yg setengah abad tu pulak. Dia pun pergi sekelebat jugak, tak sampai 1 minit dah balik, mukanya juga penuh dengan cucuran darah. "korang nampak Bandar tu ?", katanya dengan muker yg kerek "Iya, nampak", yang dua ngangguk juga. "Satu bandar itu juga habiiissssss!!!",kata pontianak yg setengah abad sambil ketawa seram,...

Keliru...

Esok krismas ke tahun baru cina? Keliru sekejab... Sana sini bunyi mercun melawan lawan lak... Buat terkejut anak dara aku je... Published with Blogger-droid v2.0.9

Bawak Anak Jalan Jalan...

Bawak anak jalan jalan... Di Cameron Highlands... Bukan bercuti... Tapi bekerja... Sambil tu ambil kesempatan untuk berjalan jalan... Jalan di Cameron penuh dengan kereta... Mungkin nak sambut kriskas di tempat sejuk... Tapi yang hairan bin ajaibnya... Macam ramai melayu je...

Hikayat Pak Pandir...

Arekian, tersebut la satu cerita... Pak Pandir dan Tukang Karut kerja outstation bersama sama... Bersama sama lah mereka meredah laluan berliku Cameron Highlands... Hatta, kepenatan la mereka berdua dek kepeningan jalan berliku yang mendaki... Tanpa berlengah lagi, mereka pun check in di hotel Equatorial... Dek kerana badan kepenatan... Pak Pandir pun naik la ke bilik dahulu meninggalkan tukang karut mengambil beg... Hatinya tiba tiba menjadi sangat marah sebaik sahaja memasuki bilik hotel tersebut lalu menelefon kaunter reception... Pak Pandir: Halllooo... ha... Apa punya hotel ni... Nama je 4 bintang... Fasiliti langsung tak ada... Gadis menjawab telefon: ye encik... Kenapa marah marah ni... Apa yang tak ada di bilik encik tu. Nanti saya panggilkan maintenance... Pak Pakdir: Ni ha... Mana korang sorokkan aircond bilik aku ni ha... Sejuk bebenor ni ha... Tak tahan aku! Published with Blogger-droid v2.0.9