Langkau ke kandungan utama

Catatan

Soalan-soalan yang rasa nak jawab dengan penampar jea....

u... i nak tanya u ni... tapi u jangan marah ek... Tapi u kena jawab dengan jujur tau... U jangan nak cuba tipu2 i... Walaupun jawapan u nanti bakal menguris hati i... i rela... u... jawab dengan jujur yea... Soalan i berbunyi: Ikan hidup dalam air laut tu kan...kan...kan... agak-agak u la kan, ikan-ikan tu minum ke tak ek? agak-agaknya la kan, ikan-ikan tu mandi pagi tak ek? tak pun kan... ikan-ikan tu tak pernah lemas ke tak dalam laut tu????

Minyak Naik Bikin Naik Minyak!!!!

Sah... memang sah khabar angin yang berterbangan malam semalam... Minyak RON97 naik seposen lagi... bermakna RM2.50 seliter sekarang... Menang di Tenang, kata rakyat semakin menerima dacing... Naik lagi seposen... Lepas ni PRK Merlimau pulak... Kalau menang lagi, confirm korang akan bermadah rakyat semakin menerima aspirasi kerajaan... Dan2 tak lama lepas tu, aku percaya akan naik lagi seposen... silap2 sepupu minyak RON97 tu, ala yang ada cap parang tu, yang jual dalam paket2 tu, tak mustahil harganya akan naik jugak!!! Formula Ekonomi yang mudah... yang ringkas... yang orang kebanyakkan pun boleh faham... Gaji kecil = Kos sara hidup rendah = zero inflasi. Gaji kecil = Kos sara hidup tinggi = inflasi... Faham tak? Bahasa mudahnya, dulu-dulu sehinggit dapat 5 bijik kuih, tapi sekarang cuba bawak sehinggit ke kedai, yang boleh dapat hanya 2 bijik kuih yang saiznya... ermmm.... sekali ngap jea dah habis... Barang semuanya naik, tapi gaji tak naik2, kuasa membeli makin mengecil, kuasa me

Hujan - Banjir - Sejuk - Cuti - Kerja!!!

Bila hujan turun, tak henti2, lebih 48 jam, hasilnya = banjir... (10 years return period rains - orang teknikal faham la ni...) Bila hujan mencurah-curah tanpa henti, suasana sekeliling jadi sangat sejuk... rasa macam duduk di fraser hills... nak mandi pun fikir 3, 4 kali... air dalam kolam rasanya macam air batu... beku... kebas kalau kena... Sejuk2 ni juga menyebabkan perut ku sentiasa berlubang... haihhh.... penat dah nak menampal yang bocor ni... Bila hujan turun juga, dengan banyak nya... kemungkinan berlakunya tanah runtuh juga tinggi... Bila ada tanah runtuh, maknanya aku kena pergi... bila aku kena pergi, maknanya, tak ada maknanya cuti aku hari ni... haihhh... tak apa la... rakyat didahulukan... terpaksa juga pergi, lagi2 kalau melibatkan rakyat di negeri sendirikan... rugi cuti ai hari ni... tak pe la... untuk rakyat juga kan...

Diet Yang Bagus...

Bangun pagi, makan... sambung tidur semula... pukul 10 pagi, makan lagi... lepas tu sambung golek2 atas katil lagi... pukul 12, lunch time, golek2 lagi depan tv... pukul 2.30 late lunch time, masih lagi tergolek depan tv.... pukul 4, tea time, masih lagi bergolek ngadap tv... pukul 6, dinner time, perut dah buncit, mata pun dah berat, melayan mata sebentar... pukul 10 malam... perutku berlubang lagi... kelaparannnnnnnn.... wuaaaa... hujan yang berpanjangan hari ni, membuatkan aku mengalami proses berhibernasi dengan cemerlang gemilang dan terbilang... berjaya mengalahkan beruang kutub... tahniah untuk diri sendiri.... tahniah... (hujan tak salah dalam hal ni, tapi sengaja dikambinghitamkan untuk mengcover diri sendiri...) p/s: tidak digalakkan mengikut aturan diet yang sihat seperti di atas...

Hujan Yang Tak Berhenti Buat Perut Ku Berlubang...

Lebuhraya KL - Simpang Ampat - Tampin - Gemencheh - Kampung Halaman... Permandangan sepanjang perjalanan hari ni depenuhi dengan HUJAN... dan sampai sekarang, masih lagi hujan... sekejab lebat sekejab gerimis, tapi tanda-tanda hujan akan teduh, tak nampak pun... Hujan2 ni membuatkan perut aku berlubang... baru jea 1/2 jam tadi lunch, tapi sekarang dah lapar balik... mana ntah perginya makanan tadi... hilang... yang tinggal, hanya lapar... notakaki: aku sedang menimati jualan murah, ambil 2, free 7... Tak faham? Tak pe... 2hari annual leave, dapat 9 hati cuti panjang... apa nak buat cuti panjang ni yea?

Entry Edisi Penghargaan...

Selamat Pagi... 1st time intro aku bergitu formal... Salam Sejahtera, Salam Satu Malaysia... Korang perasan atau tak, setiap blog yang korang "blog berjalan" (BW), korang cuba perhatikan dekat bahagian sisi blog yang korang terjah tu... pasti akan terdapat senarai blog2 yang tersenarai... Dan aku sangat pasti, senarai blog yang ada tu dah sedia popular dan femes amous... Kenapalah kita nak mempopularkan blog yang dah sedia popular ni kan... lebih baik kalau kita promo kawan2 kita, yang setia membaca kita, yang setia datang bertandang di blog kita, tak kira la apa pun yang kita tuliskan... sama ada mereka komen atau tak, yang penting mereka datang dan membaca dengan setia... Aku sangat menghargai mereka2 ini... memang ada sahaja jejak kaki mereka ini dalam blog aku ni... dan sesiapa yang tersenarai di bawah ini, aku ucapkan berbanyak-banyak terima kasih... kata orang Jerman, "danken schon" ... Bagi yang tak tersenarai,

Entry Edisi Sengal... bab 3...

Bagaimanakan ku mula…Dan apakah kata-kata… Atau bisikan mesra… Yang dulu ku cari… Rupa-rupanya ada di sini… Ada yang tertinggal… Setelah terbenam Mentari… Ada yang tertinggal… Setelah kering air di kali… Sesungguhnya banyak ragam manusia… Namun segala hanyalah bak lakonan semata… Misteri dalam hidup ini rentak kembara… Insan dunia satu enigma satu enigma... Belum pernahku kesali hidupku… Lahir kedunia pun begitu… Suka dukaku tanggung sendiri… Dengan ketabahan hati… Mana saudara manakah teman teman… Disaatku memerlukan… Kepalsuanmu makin menjadi nyata… Kemesraan sementara… Oh! bilakah gerhana kan pergi dari sisiku… Ku rindu sentuhanmu… Ku damba sentuhanmu… Tiada lain yang ku inginkan… Hanyalah…Hanya sentuhanmu… oppppsss.... sejak bila pulak si tukang karut dah mula bersajak berpuitis bagai pulak ni kan... Jangan salah faham... Ini hasil rojakkan lirik2 lagu yang popular... (aku rasa la)... so... ni nak buat teka teki lagi la ni... Siapa yang dapat menjawab dengan tepat kesemua lagu (5l