Langkau ke kandungan utama

Catatan

Muka Ngantuk...

Hai... Guten morgen... Selamat hari Jumaat...  <......................................> berfikir sejenak sebab ada wayar terputus! Hari ni orang tegur, kenapa muka ngantuk je... Berfikir dulu sebelum menjawab... Ye la kan... Selama ni memang lidah lebih cepat dari otak... Itu yang kadang kadang terlepas cakap... "Malam tadi kan hujan... Sejuk... Embun banyak turun... So, kalau nak bertani memang sangat sesuai la kan... Lagi pun kan malam tadi malam Jumaat... Memang digalakkan sangat buat amal "ibadat"... Setan pun banyak dah berkeliaran di sana sini..." Menjawab dengan yakin dan berlalu pergi meninggalkan si penanya dalam keadaan binggung... hahahaharuanamakananak! NotaKarut: Terasa seperti mahu mencipta lagu la... Agak agak kalau aku buat lagu, boleh lawan Yuna ke tak ek? Rasa rasanya mau Najwa Latif melutut mintak lagu dekat aku... Hohoho... Malam tadi kan... Aku kan... Aku kan... Mimpi basah  aku dapat duit ooooo... Tidur a

Kecemasan...

Kecemasan... Nenonong nenenonggggg!!! Lalu... Lalu... Kecemasan... Aku dah cuak ni... Tolong... Tolong... Ada masalah besar ni... Ada yang dah mati... Tak mau hidup hidup! Yela kan... Kalau dah mati, lepas tu hidup semula, confirm la hantu kan... Tolong... Serabut ni... Telefon pintar ku, dah buat perangai... Mati pulak dia... Dah penat buat CPR sejak 4 jam yang lalu... Tapi masih lagi mati... NotaKarut: Macam tau tau je malam tadi aku pasang niat nak tukar telefon genggam!

Kaunter Pertanyaan...

Hai... Aku tau aku ni baik hati... Tak sampai hati nak hampakan permintaan orang... Dah! tak payah nak puji puji... Nanti kalau terkembang belakang punggung cam mana... Dah la malam ni malam Jumaat... Eh? Intro sedikit ke laut! Telah di tag oleh FARHANA ZIN untuk menjawab beberapa soalan dari beliau... Aduyaiii... Aku ingat budaya tag mengetag ni dah lama pupus dah...    11 Soalan dari Nana BamBam 1. Siapa kamu ? Orang yang sangat mengarut, bukan gay, orang yang kuat makan, kuat tidur dan kuat segalanya, seorang yang genius tapi agak pemalas... 2. Berasal dari mana ? Dari perut mak hasil perkongsian emosi mak dan ayah... 3. Umur ? 904,694,400 setakat 000025012012... Tak tau? Fikir la... Kalau siapa dapat jawapan aku belanja makan dekat hotel ayam... 4. Single? dah kahwin ? Masih belum berkahwin LAGI... 5. Hobi ? Makan makanan sedap sedap!!! 6. Cita-cita jadi apa ? Jadi ultramen nak selamatkan dunia dari raksasa makcik joya

Cara Mengatasi Peningkatan Kemalangan...

Kusyuk menonton buletin utama... Di stesyen percuma walaupun tiap tiap bulan berbayar... Pak menteri kata, nak laksanakan "hukuman penjara" bagi pesalah jalan raya... Katanya, itu salah satu cara untuk mengurangkan kadar kemalangan... Kononnya nak bagi peringatan dan pengajaran... Itu pak menteri yang kata... Ni Tukang Karut Pulak nak bermadah : "undang undang jenayah dan penjara serta hukuman sebat PATI sedia ada, sampai sekarang masih kurang atau hampir tak terlaksana, lagi mau tambah serabut kepala hakim!" Apa susahnya... Lepas ni jangan jual proton... Apa kata ambil sekor dua LEMBU di NFC... Ambil tali, ikat leher... Buat kereta lembu... Habis cerita... Mesra alam gitu! Tak ada jem... Kalau penat boleh minum susu lembu... NotaKarut: Ni la... Ni yang aku malas nak mengarut ni... Ha kan dah.... Siap la kena ban blog aku ni sok... tak pun kena saman 100 juta rupiah!!!

Tukang Karut...

Hai... Sebenarnya, agak mudah nak menulis... Lagi lagi kalau menulis blog yang tentang diri sendiri je... Yang susah sebenarnya, penulis terpaksa berfikir mendalam untuk membuatkan pembaca tak menekan tanda pangkah di sudut kanan sebelah atas ni... Bukan mudah nak menarik minat orang... Walaupu kadang kadang entry seseorang itu mendapat komen yang banyak, belum tentu kerana isi entry tersebut menarik... Ini mungkin kerana penulis itu rajin mengomen di atas penulisan orang lain makan orang lain tersebut dengan paksa rela mengomen penulisan si penulis... Ini dinamakna komen terpaksa... FAHAM TAK? SEDANG BERMUHASABAHSARAWAKDANSEMENANJUNG menilai diri sendiri... Owh... Apakah??? NotaKarut: Cuba untuk mengedit blog sendiri... Nak ubah baju... Nak ubah letak... Nak ubah bloglist... Nak buat itu, nak buat ini... Tapi hampa... Kerajinan itu datang dalam masa 4 minit sahaja!

Cuti Panjang...

Akibat cuti panjang... Selalu ke sana kemari... Ada kala, kaki mengikut peraturan memijak pedal minyak mengikut papantanda... Tapi kebiasaannya terlebih 30,40km/j dari yang dibenarkan... Kadang kadang ternampak pak pacak di sebalik pokok... Di sebalik tiang... Hati jadi kalut... Dan sekarang otak sangat takut... Mula mengaktifkan diri di MYEG... Mana la tau kot kot tersangkut satu dua ekor lak! NotaKarut: Ini semua salah kaki yang memijak pedal... nak tekan je tau nya...

Ehem...

Hai... Bercuti lagi? Bergembira atau sudah merasai kebosanan tahap melampau? Ada orang ke dalam dunia maya ni? Banyak pulak soalan ek... Dah la blog sendiri pun berhabuk... Ambil mood dulu sebelum mengarut... NotaKarut: Badan penat kerana 3 hari berturut memandu jarak jauh berulang alik tanpa henti... Aduyai... Kena caj bateri ni...