Langkau ke kandungan utama

Catatan

Terkejar Kejar...

Hai... Tadi kan... Aky balik rumah awal kan kan kan... Aku kan kan... Aku tertidur kan... Al maklumla kan... Lepas makan kan... Kena pulak bedal nasi lemak duan pisang 4bungkus kan kan... Confirm la Buncit la tu kan kan... Panas lak tu kan... Duduk pulak dalam aircond kan... Memang terbaik la kan... Nasib baik terjaga kan... Kalau tak lepas belon kan... Nak pi Penang la ni kan... Mana la tau terjumpa anak mami hidung macam kharina khan kan... Terkejar kejar tadi tau kan... Nasib baik sempat kan... Kalau tak, confirm padan muka aku kan kan kan! NotaKarut: sempat lagi menulis takala 10 minit lagi nk terbang... Published with Blogger-droid v2.0.6

7 Jenis Pemandu Yang Bisa Membuat Aku Tersenyum...

7 Jenis Pemandu yang hanya biasa dijumpai Di Malaysia : Pemandu Fobia: Jenis pemandu ini sangat fobia dengan warna kuning terutama sekali bila di persimpangan yang ada lampu isyarat... Pantang nampak lampu tu hijau bertukar kuning, memang pedal minyak di tekan sehingga ke lantai... Memecut gila gila babeng punya la... Fobia kot tengok warna kuning ni... Masa lampu hijau boleh pulak memandu dengan tenang... Mungkin masa kecil dulu dulu, dia tertelan crayon berwarna kuning agaknya... Pemandu Botox: Jenis pemandu ni adalah pemandu yang gemar “mencucuk” belakang kenderaan lain sebagai kereta di depan tu perlahan sangat dan nak laju... Bila dah bagi potong, tak nak pulak meninggkatkan kelajuan dan memecut! Terkemut kemut mengalahkan kura kura tertelan biji gajus gak... Awat? Hobi ka mencucuk cucuk ni??? Sangat menyakitkan hati kan... Pemandu Tangkai Jering:  Pemandu ni adalah pemandu paling kedekut terutama dalam hal hal nak memberikan lampu signal ketika membelok! Ini sangat m

Pantun Seksi...

Pisang Emas dibawa belayar, masak sebiji di atas peti, Apakejadahnya Pisang Emas dibawa belayar, Masak cekodok kan lagi senang hati... Anak cina pasang lukah, Lukah dipasang di Tanjung Jati, Apahal cina pulak pasang lukah, Adakah semua melayu sudah mati... Dari Melaka pergi ke Pahang, Singgah di Johor beli barangan, Mata terjojol kainnya jarang, Apa dicari didalam kain wahai tangan. Baju seksi entah mana atang, yang ada butang tanggalnya butang, cuba bayangkan generasi mendatang, kalau sekarang dah tunggang langgang NotaKarut: Hilang taring karutan... Bosan!!!

Bila Tukang Karut Mengarut...

Burung Unta terkenal kerana menyembunyikan kepala mereka di dalam tanah apabila sahaja berhadapan dengan bahaya. Tabiat ini tidak pernah direkod atau dilihat, walaupun burung Unta diketahui merendahkan kepala dan leher mereka ke tanah untuk melindungkan diri apabila pemangsa ada berhampiran.  "Burung" Uncle juga tekenal kerana memanjangkan kepalanya bila berhadapan bahaya... Katak dan kodok sering dibezakan berdasarkan wajahnya yang disebabkan penyesuaian yang tertumpu kepada persekitaran kering di kalangan haiwan yang bergelar kodok; bagaimanapun, pembezaan ini tiada dasar taksonominya. Satu-satunya famili yang diberi nama am "kodok" secara eksklusif ialah Bufonidae, tetapi banyak spesis dari famili lain turut dipanggil "kodok," dan spesis di bawah genus kodok Atelopus digelar "katak badut". Katak dan kodok pisang dibezakan berdasarkan rasanya... Kodok pisang jelas terasa pisangnya dan katak pula jelas terasa kekatakannya... Di

Pemenang GA Karut ~ Langkawi...

Hai... Mood berblog masih lagi ke laut... Tak sempat atau dalam kata sebetulnya masih lagi malas nak menjenguk kawan kawan... Maafkan hamba yang hina lagi terkutuk ini wahai tuan hamba semua... Eh... Dah ke laut... OK... Sebelum hamba melalut entah ke mana, baik kita balik ke pangkal jalan yang benar... Kalau balik ke pangkal jalan yang tak benar lagi menyesatkan pun nak buat apa, ye tak??? GA Karut ~ Langkawi...   Tak ada sambutan... Keciwa hamba... (Sambil muka tertunduk ke tanah sambil hujung jari kaki main main hujung carpet...) Yang masuk nya seorang je... Ye la... GA ikut suka hati... Mana la ada orang nak masuk kan kan kan... Tapi... Apa ada hal... Jimat duit hamba... Yang masuk ni pun, dia yang request GA ni sangat sangat... Pi la lawat dia kalau nak tau apa yang dia karutkan di SINI ... Puan Bunga Ros Maida... Tahniah la ye... Hadiah ni pun aku beli ikut kehendak ko... Tapi aku beli yang besar punyaaaaaaaaaaa... Cam mano den nak

Lemau...

Hai... Hari ni terasa lemau kerana hari ini hari Isnin! Hari ni terasa lemau kerana hari ini terpaksa bertugas semula selepas cuti panjang. Hari ni terasa lemau kerana hari ni hari pertukaran tempat bertugas. Hari ni terasa lemau kerana hari ni ada majlis perpisahan untuk diri sendiri. Hari ni terasa lemau kerana penat badan kesan bercuti panjang mengukur panjang jalan di Langkawi. Hari ni terasa lemau kerana tak ada mood... Hari ni terasa lemau kerana terpaksa ke Ipoh untuk mesyuarat... Terpaksa mintak tangguh pertukaran tempat bertugas. Lemau... Macam biskut lemak dicecah Teh O dan terendam lama...  NotaKarut: Adakah ini karutan berIQ tinggi?