Langkau ke kandungan utama

Catatan

Rabu Tanpa Kata Kata

. Cantikkan Payudara Secara Semula Jadi!

Lelaki Apabila Merajuk, Tak Lama...

Lelaki Apabila Merajuk, Tak Lama... Al kisah si Musang Berjanggut tiba tiba menjadi seorang yang pendiam seakan merajuk... Dah 3 hari tak bercakap dengan suri... Suatu petang Suri pun bertanya; Suri: Kenapa U? Musang Berjanggut: Ahhhhh!!! nak muntah!!! Suri: Awat ni? Ni pasai beli kasut baru tak bagitau ker? Musang Berjanggut: Tak! Suri: Pasai mak bapak suruh kampung sampai 2 minggu ker? Musang Berjanggut: Tak! Suri: Pasai kereta u, i tercalar body ker? Musang Berjanggut: Tak! Suri: Err! pasai i kelaurkan duit u RM1,000 tak bagitau u ker? Musang Berjanggut: tak! Suri: Pasai i tak iron baju u ker? Musang Berjanggut: Tak Suri: Pasai u kena basuh dan sidai baju kita ker? Musang Berjanggut: Tak! Suri: Abis tue??? awat nie??? jangan la buat i macam ni... Musang Berjanggut: Err! kenapa u dah boleh sembahyang... Tak cakap dengan i pun!!!

Pantun Romantik Atau Cemburu

Pantun Romantik Atau Cemburu Panas besi merah membara, Diketuk ketuk dibuat loyang, Kalau cemburu sudah membara, Pinggan mangkuk terbang melayang... Jangan dinilai kulit buku, Pandang renungkan dalamnya ilmu, Padamkan api cemburu itu wahai sayangku, kerana hati ini sentiasa ada kamu... Tinggi tinggi pokok betik, Nampak jauh di tengah kota, Berpuluh beratur wanita cantik, Cuma kamu yang aku cinta... NotaKarut: Nak komen???? Sila berpantun yea...

Gempar! Tapak Kaki Bigfoot Di Kepis, Kuala Pilah

Kuala Pilah: Penemuan lebih 200 kesan tapak kaki bersaiz besar dengan bentuk luar biasa dalam kebun getah berhampiran Kampung Kepis Baru, di sini, kelmarin, menggemparkan penduduk setempat. Penduduk kampung itu, Adnan Pungut, 48, yang mendakwa orang pertama menemui kesan tapak kaki ganjil itu berkata, dia ke kebunnya jam 3 petang untuk membersih serta membakar longgokan kayu pokok getah yang ditebang. Bagaimanapun, dia terkejut dan segera pulang selepas menemui kesan tapak kaki ganjil yang tidak pernah dilihatnya sepanjang hidup. “Sebaik melihat kesan tapak kaki bersaiz luar biasa yang ganjil itu, saya melarikan diri pulang kerana sangat takut. Saya memaklumkan kepada jiran dan penduduk kampung sebelum kami bersama-sama pergi semula ke kebun getah itu. PENDUDUK menunjukkan kesan tapak kaki yang luar biasa ditemui penduduk Kampung Kepis Baru. “Kami menemui lebih 200 kesan tapak kaki ganjil bersaiz sama sepanjang menjejaki binatang itu. Kesan tapak kaki yang ditemui itu berbe

Isnin Yang Haru Biru...

Kau mampu? Kau mampu datang pejabat dengan selipar selah lain sebelah lagi lain... Sebelah warna coklat sebelah warna biru? Kau mampu??? Aku... Aku terbuat buat mampu lak tadi... Aduyai... Mana nak sorok kaki ni... Tapi... kau mampu? Aduyai... MAMPUssssssss... NotaKarut: Datang ke pejabat memakai selipar adalah perkara biasa bagi penunggang motor, kalau tak bertakung la air hujan dalam kasut... 

Teknologi Memusnahkan...

Si bapa memegang iPhone... Si ibu mengadap S3... Si anak leka degan iPad... Si anak lagi ulik menyentuh skrin samsung tab... Mungkin... Mungkin hajat keluarga ini hendak menyambut hari bapa di luar dengan makan bersama... Tapi sayang... Hanya medium maya yang dipilih... Si ayah bercakap dengan Instragram... Si ibu upload gambar di FB...'Kami keluarga bahagia sedang menyambut hari bapa,'... Anak sibuk bertwitter... Dan anak lagi sibuk bermain candy crush saga.... Zaman ini.. Teknologi memusnahkan komunikasi nyata...