Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2009

Pertanyaan yang popular semasa hari raya

Masa hari raya tentu ramai saudara mara atau rakan taulan yang akan datang bertandang atau kita sendiri yang akan mengunjungi ke rumah mereka... Tentu sekali masa tu, saudara mara atau rakan akan berbual dengan penuh kemesraan.... Dan akan timbullah macam-macam soalan... 5 soalan yang popular masa hari raya mengikut ranking dengan jawapan standard aku sekali.... 5. Mak Tam: “Bila kau nak beli kereta Ngah??? Dah naik haus tayar motor kau tu dah......” Jawapan standard aku: Tunggu la hutang motor abis dulu Mak Tam.... 4. “Kau duduk kat mana sekarang Ngah???” Aku jawab:” Kat KL Mak Long....” Mak Long: “ooooooo.... Orang KL dah sekarang...” 3. Mak Lang:” Kau kerja apa sekarang Ngah???” Jawab dengan tak ikhlas: “Kerja ngan JKR, Mak Lang...” Mak Lang: “Yea la, kerja apa tu???” Kena gak la aku jawab: “Tukang bancuh air jea Mak Lang...” Mak Lang: oooooo... “Patut la kau pakai motor kapcai jea lagi...” (kalau cakap pun bukannya tau pun, yang diorang tau ka

SELAMAT HARI RAYA.........

17 September 2009, Khamis.... Hari terakhir aku kat pejabat sebelum bercuti panjang.... Hari ni hari paling sepi dalam pejabat ni.... Bos besar dah start cuti dah.... Bos aku start sok cuti, tapi hari ni dah pun menghilangkan diri dah... Ntah kemana la orang tua tu dah pergi.... Staff lain lak pagi2 lagi dah cabut pergi Jalan TAR... Tinggal la aku yang tengah tak der mood ni jaga pejabat..... Hati dah dekat Rumah dah.... So.... Raya pun dah dekat dah... lagi 3 hari jea lagi.... Aku mintak maaf la kalau ada la aku buat korang tersinggung ker.... Terasa ker... Termakan lebih ker.... Terkutuk lebih ker.... Ter..... Ter..... yang seangkatan dengannya................ Selamat Hari Raya.......

raya sakan

Petang2 ni aku teringat la ngomelan orang tua yg pernah aku kenal.... "Perbelanjaan @ persiapan raya tak akan habis selagi tak sembahyang sunat hari raya...." Bila dah sudah Sembahyang tu, mak2, makcik2, nenek2, kakak2, akan lupa semua yang telah diperhabis untuk hari raya ni.... Dah tak heran kalau tu tak cukup, ni tak cukup, kalau tu tak kena, ni tak kena, kalau ni nak kena ganti baru, tu nak kena ganti baru... Kalau sebelum raya tu ada jea mata ni yang tak kena, tengok jiran tukar sofa baru pun mata dah berbulu, dengar jiran yang selang jauhnya 44 rumah pun tengah bancuh kuih raya pun boleh mendatangkan perasan cemburu....Nak juga buat kuih jam2 tu gak..... Hai....cepat2 la Datuk Penyimpan Mohor Besar umum raya.... Kalau x....... Selagi ada kudrat, macam2 boleh jadi....

syiling oh syiling.........

syiling yang aku simpan selama ni xlaku rupanya.... pergi CIMB Bank Bukit Tunku, dia cakap mesin rosak... pergi Bank Rakyat, dia habaq mai mesin tak ada... pergi Maybank Jalan Ampag, depa kata tak boleh tukar, nak kena masuk dalam akaun baru boleh.... pergi BSN, lagi la haru... Heeeeeeeiiiiiiiiiiiiiiiii......

Amazing Blog! Award from Khalidah...

1. Copy award di atas untuk diletakkan di blog anda.. Setelah dipaksa dan terpaksa rela, aku terima la award ni dengan susah hatinya.... 2. Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award ini.. Apalah nak mengarut ni ek?? Seorang kawan lama yang baru nak kenal..... Selepas 10 tahun.... Nampak macam seorang yang tabah.... Tapi sensitif.... Selalu akan marah kalau ada orang yang cuba nak banding-bandingkan taraf pendidikan... Tua 8 hari dari aku.... huhu Ala... Banyak nak tulis tapi x boleh publish la.... :) 3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta atau hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya Sebelum tidur mesti kena golek-golek dulu... Berangan ckit.... Fikir masa depan... Makan apa sahaja asal bukan Udang, Ketam dan sotong @ seangkatan dengannya... Ada simpan cita2 nak jadi Menteri Kerjaraya... Masa remaja pernah simpan cita2 nak jadi macam Ronaldo... Tapi bukan main macam Ronaldo, tapi nak gaji macam Ronaldo... 150K Pound Steling= RM700k seminggu

3 PERINGKAT UMUR

1. ZAMAN BELAJAR = BANYAK MASA, BANYAK TENAGA, KURANG DUIT, X BOLEH NAK PERGI MANA2 GAK... SEMUA BENDA PERLU DUIT!!!! 2. ZAMAN BERKERJA = BANYAK DUIT, BANYAK TENAGA, KURANG MASA, PUN X PUNYA MASA NAK NAK PERGI MANA JUGAK!!! 3. ZAMAN PENCEN = BANYAK MASA, BANYAK DUIT, TAPI DAH KURANG TENAGA.... LAGI LA X BOLEH NAK BUAT APA2!!!!!

penghujung benua asia

Tanjung Piai....Pontian, Johor.... Kalau yang tak tahu, mungkin menganggap kawasan kampung yang biasa sahaja... Sama la cam aku masa mula2 sampai kat pekan pontian ni.... Lepas buat Forensic, dalam 4.50pm, nak tunggu berbuka pun lambat lagi... So, gatal la mulut ni tanya apa yang ader kat pontian ni.... Depa ni pun angkut la aku g Tanjung Piai... Tanjung Piai adalah kawasan atau tempat paling hujung atau selatan dalam benua asia... Masa aku datang sini, waktu tu dalam keadaan cerah tanpa kabus, jadi boleh nampak Tanjung Balai (Indonesia) & Port Singapore... Kalau naik tongkang pun dalam 5 minit jea... Boleh nampak jugak kapal2 beratur nak masuk port... Kalau tak kenang nak berbuka mau aku lepak kat sini lama2.... Dapat la pergi dalam 15 minit... Tu pun pergi jeti yang terdekat jea....