Langkau ke kandungan utama

Ikan Terubuk Sarawak Yang Terkenal. Dan Kek Lapis Dayang Salhah.

Sarawak lagi??? Tanya housemate aku???
Kau ada bini ker kat sana???
Tiap-tiap bulan lak pergi sana...

Betul jugak cakap member tu... Mak aku pun dah tanya dah... Asyik terbang ke Sarawak jea... Dah sangkut dengan orang sana ker???

Aku pergi bukan suka-suka tau... Pergi kerja... Sambil tu menyelam la jugak... Dari hujung ekor Kuching (Sematan) sampai la ke Miri (sekarang)... Ada lebih kurang 200km lagi nak habis kerja aku ni... dah 840km Negeri Sarawak direntasi...
840km tau... Kalau diukur jaraknya sama macam dari Johor Bahru ke Bukit kayu ikut jalan lama... Bukan ikut highway tau...

Lepas ni boleh la pergi ke Sabah pulak...

Dan part yang aku tunggu-tunggu... Miri-Lawas... Kenapa???
Sebab kalau nak pergi ke Lawas tu kena lintas Brunei dulu... Merasa la nak pergi ke Negara orang....
Masa pergi bintulu bulan lepas, masa ni durian tengah galak gugur... Ini bukan durian biasa... Durian yang luar biasa...
Pernah rasa makan durian rasa cempedak???
Ni la 1st time dalam hidup aku, aku makan durian tak rasa durian... Tapi rasa cempedak!!! Bau pun xbau durian... Tapi bentuk, rupa, dan duri... memang sah durian!!!

Aku singgah dekat gerai (gerai ker??? nampak macam bus stop jea) mak cik ni... Bila aku bukak mulut nak tanya berapa harga dia... dia melopong....Pandang aku semacam jea...Muka sungguh tak puas hati.... Lepas tu dia pulak bercakap... Aku pulak yang ternganga... Dalam hati dah mengutuk dah... Apa pulak orang tua ni mencarut ni....

Driver yang bawak kami pun tersenyum kambing jea... hampeh tul... Lepas tu driver ni pulak yang bukak mulut... Kami pulak yang terlopong.... Pandang kiri... Pandang kanan... Haram... Sepatah haram pun tak faham....

Driver tu bagitau... makcik ni orang Iban... Jarang keluar hutan... Tak faham sangat bahasa Semenanjung...

Patut la macam ayam ngan lembu jea tadi... Masing-masing tak faham...

Tapi yang best dekat bintulu ni, aku pilih hotel yang dekat dengan pantai... Niat di hati nak tengok matahari tenggelam.. Tapi tak berpeluang... Waktu petang hujan dan berawan...

Petang khamis tu, aku pergi Khucing... Saja nak berjalan mengabiskan duit... Naik Maswing... 1st time nak belon yang kecik yang ada kipas... Bunyi... Ya Allah... Bising giler... tapi aku puji pilotnya... memang xsedar pun dah landing... biasa nye mesti melompat-lompat macam naik kuda...

Kek lapis Dayang Salhah... Tempat pertama yang aku rancang nak pergi...
Memang banyak kek lapis nya...

Ada yang untuk test rasa... Itu pun aku dah tak larak nak rasa... terlampau banyak sangat perisa yang sedap-sedap... Last-last aku beli ikut suka dan warna.... dah kelabu asap nak pilih yang mana...

Orang kata, pergi Kuching kalau tak beli ikan terubuk masin dekat pasar tamu memang tak sah...
Tapi aku tak beli pun... Kenapa??? Dapur aku dekat kedai makan jea...


Ikan Terubuk Sarawak Yang Terkenal. Dan Kek Lapis Dayang Salhah.

Ulasan

hasni berkata…
hahaha
kelakar
NasQ berkata…
kelakar tang mana tu?

Catatan popular daripada blog ini

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin “Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Mä$äk £Ã¨mäñg $àmßil bdiri, Hèndäk

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buruk di goreng orang, Bau semerbak serata alam, Tutur kata ibarat parang, Tersilap kata menikam dalam. Belakang parang diasah jangan, Tajam depan tajam belakangnya, Kurang ajar apakah hukuman, Buku lima di pipi la jawabnya.

Pantun Malam Jumaat...

Ubi kayu sedap dibuat pengat Lagi sedap kalau dimasak siti Malam Jumaat datang semangat Almaklum banyak agenda sedang menanti Sedapnya pengat ubi teringat ingat Manakan terlawan si roti jala Ambillah berkat malam Jumaat Mengerat kasih mendapat pahala Di malam hari terasa hangat Memang enak minum air kelapa Malam ni malam Jumaat Tongkat ali jangan dilupa Dah perkena tongkat ali secawan Dicecah bersama kuih bahulu Hendak berblog,berbloglah kawan, Saya bermohon tidur dahulu. NotaKarut: Nak komen? Sila pantun jua... Hahahahahaha... Sekadar gurauan di malam Jumaat... Tak ada apa agenda pun malam ni kecuali nak buat solat hajat dan zikir lebih sikit...