Langkau ke kandungan utama

BODOH...

Dah lama rasanya tak mengarut membedal orang...
Terasa macam hilang taring pulak dah...

Asal melalak memperjuang sesuatu je, orang kita juara ke depan...
Asal berdemo je, orang kita la yang menjadi juaranya sanggup melawan pihak berkuasa...
Berpedih mata... Tak kesah... Kena pukul... Tak kesah...

Asal mempertahankan negara jea, orang kita la yang konon kononnya menyibuk ke depan...
Macam la orang kita je hero...
Mana ada orang lain... Dalam polis... Dalam tentera... Orang kita jea...

Sampai sekarang aku masih tak faham...

Adakah orang kita ni terlalu taksub hingga sanggup menjadi bodoh dipergunakan?

Eh? dipergunakan?
Betul ke?

Orang lain bertepuk tangan keriangan di atas kebodohan orang kita...
Ketawa keriangan... Kerana faedah yang akan mereka dapat akan bertambah tambah lagi...

Mungkin orang kita suka benda benda macam ni kot...
Ntah la...

Mungkin orang kita tak berfikir macam mana nak majukan diri...
Mungkin orang kita tak berfikir macam mana nak menguasai ekonomi yang selama ni bukan orang kita yang kuasai... Kuasa yang ada di tangan pun nak diberi ke orang lain...

Atau adakah kita dah selesa macam ni?
Atau mungkin orang kita suka mencari kesalahan orang lain tanpa menilai kesalahan diri orang kita sendiri?

Apa kata kita bermuahasabahdansarawaksertasemenanjung, renung renung kan kita di tahap mana sekarang? Terlalu asyik sibuk dengan politik sampai terlupa apa yang patut kita buat... Kita tak ke mana pun... Masih lagi di bawah pengaruh orang lain... Siapa? tanya la tokey besar tu... Diorang diam diam berisi... Kita bising bising kosong berhabuk! BODOH... Macam ayam bertelur sebijik riuh sekampung...


Nota Karut: mungkin ada yang tak suka... tapi kata negara demokrasi... takkan la pendapat kau jea orang nak dengar kan... sesekali dengar la jugak pendapat orang lain... Sekarang siapa susah? Ingat... Matlamat tak menghalalkan cara... macam menderma duit hasil rasuah... niat yang baik tapi tetap salah!

Aku berani baling batu tunjuk tangan... so siapa nak baling batu jugak silalah jangan sorok tangan yea...

Ulasan

Niena Muhammad berkata…
erm.. tekun sy baca, agak SETUJU ngn entri ni
dill berkata…
sebelum membuat apa2 keputusan, kene fikir akibat mendatang. bukan main tibai je

dill.
Unknown berkata…
enth bro..nothng untuk ayie perktakan..but pendpt orng lain itu pntg untuk kemajuan bersama...
norh berkata…
setuju...orang yang dok bising2 mcm ni selalunya tak reti buat keja pun...
ORLANDO AHMAD berkata…
gua harap anon tak ngamuk kat Lu, kalo ade roger gua kat blog gua, gua bekap Lu hehheehe...

owh, bangsaku?

Layunya melayu sedangkan bangsa lain makin tegak terbang tinggi, kite cuma mampu tahan sakit tengkuk tengok diorang makin jauh tinggalkan kita.
Muttallif berkata…
Terlalu taksub dengan fikiran yang entah ape2 entah....tulah jadik macam tu...huhuhuhu
Yutaka Mushimura berkata…
jom jadi diam berisi....itu lebih elok...hahhahaks.:)
Asrul "iLham" Sany berkata…
yang 'cakap byk' tu kekadang 'kosong'
Unknown berkata…
kena fikir faedah untuk diri sendiri jugak..
jangan buat kerja yang sia..
Niena Muhammad berkata…
a'ah btul la syaitan jelmaan manusia :D
senior2 pn pnah kena cmtu..bnda ni cam tradisi hantu2 tu hehe
.drakula. berkata…
akhirnya .....jangan takut batu aku batu kau sama jer ...jom baling sama2!

hak tuiiii.....untuk mereka-mereka!
Ceiler Mun berkata…
kadang2 kita sendiri yang suka di perbodohkan.. aku setuju dengan entry kau ni :)



^^
Unknown berkata…
setuju sangat.memangla perkara yang depa nak tu semua elok2 je tapi xleh ke pikir cara lain. adey.aku xpham.tetiba rasa risau je.risau keselamatan mereka-mereka ni.....
Mawar Berduri berkata…
politik... tidak akan tamat selagi belum kiamat..
Ze_Mhis berkata…
ei ei... tetibe membaca entri di sini... ecehhh..

bukan semorang paham tujuan sebenar politik. kadang tu join memberontak, join bahas, join entahapaapa tapi tak tau hujung pangkal cerita. gile kesian...

baik tido. esok den meeting. oh no!
ishiko berkata…
dtg senyom dekat sini..


bermuahasabahdansarawaksertasemenanjung.. hehee
mesti psl prhimpunn 'clean' tu an
Unknown berkata…
buat sesuatu bukan kerana emosi..gunakan akal...tapi ramai yang nak berdemo kerana emosi...
Daddylicious berkata…
part yang paling best bila orang melayu buta2 boleh sokong ambiga yang jatuhkan murtad untuk lina joy...mereka tahu ke atau tidak...tak faham...
khaifaiz berkata…
bila dah berkumpul.. Mesti akan ada seorg yang bertindak ganas... Bila dah ada seorang, mesti yg lain pun ikut juga...

Byk lg benda yg perlu dibuat.. Byk lg benda yg perlu difikirkan... Stuju ngan bro...
vampire's lovex berkata…
biar ekonomi semua kita pegang,baru la x rasa diperbodoh...

ilmu tu biar mantap dlu,bru la demo bagai.kan..

hmmm
Unknown berkata…
kerja berkumpulan bagus! hehe
zati embong berkata…
jat berkecuali

O.o

Catatan popular daripada blog ini

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin “Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Mä$äk £Ã¨mäñg $àmßil bdiri, Hèndäk

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buruk di goreng orang, Bau semerbak serata alam, Tutur kata ibarat parang, Tersilap kata menikam dalam. Belakang parang diasah jangan, Tajam depan tajam belakangnya, Kurang ajar apakah hukuman, Buku lima di pipi la jawabnya.

Pantun Malam Jumaat...

Ubi kayu sedap dibuat pengat Lagi sedap kalau dimasak siti Malam Jumaat datang semangat Almaklum banyak agenda sedang menanti Sedapnya pengat ubi teringat ingat Manakan terlawan si roti jala Ambillah berkat malam Jumaat Mengerat kasih mendapat pahala Di malam hari terasa hangat Memang enak minum air kelapa Malam ni malam Jumaat Tongkat ali jangan dilupa Dah perkena tongkat ali secawan Dicecah bersama kuih bahulu Hendak berblog,berbloglah kawan, Saya bermohon tidur dahulu. NotaKarut: Nak komen? Sila pantun jua... Hahahahahaha... Sekadar gurauan di malam Jumaat... Tak ada apa agenda pun malam ni kecuali nak buat solat hajat dan zikir lebih sikit...