Langkau ke kandungan utama

Taktik Nak Mengelak Dari Memberi Duit Raya...

Hai...

Hari ni hari Isnin berkerja yang pertama selepas bercuti panjang...
Dah tentu mood kerja ke laut...
Dah... Jangan nak menipu... Confirm mood semua orang ke laut la...
Atau hanya aku sahaja????

Raya ni untuk budak budak je... Betul tak?
Untuk orang yang dah tua macam aku ni... Hukhukhukhuk... Tua nya aku ni?
Hanya mampu berseronok bila melihat budak budak berseronok meraikan hari raya...

Salah satu cara nak melihat keseronokan dan kemeriahan hari raya tu bila sampul berisi kertas bertukar tangan... Melihat budak budak beratur menunggu giliran bersalaman kaut mengaut... Melihat muka muka yang naif membuka sampul berisi...

Ada yang berisi sehelai biru... Ada yang dua... Ada yang 3... Ada yang hijau, merah, dan yang terbaharu oren... Dan jarang jarang ada yang biru kundang...

Ada yang tersenyum... Ada yang melompat...
Ada yang terus di serah kepada makbapak...

Tapi dengan aku...
Kalau nak duit raya dengan aku...

Aku paksa beratur panjang depan aku...

Sorang sorang aku tanya...

Aku suruh baca Z hingga A... 

Selagi tak dapat baca, selagi tu la sampul tak bertukar tangan...

Seronok melihat muka sorang sorang terkulat kulat...
Cuba mengingati huruf huruf secara terbalik...
Ada yang tonggang terbalik pun ada... hahahaha...

Dan akhirnya barisan beratur menjadi pendek dan sampul di tangan masih lagi banyak...
Huhuhu... Selamat...

NotaKarut: Sampul terpaksa bertukar tangan jua bila kepala diketuk mak... "Kalau nak bagi, bagi je la... Jangan nak seksa budak haih... Nampak sangat tak ikhlas..." kata mak... Pedih... Makan dalam tu...

Ulasan

Asrul "iLham" Sany berkata…
best buli bebudak yg gegeh dtg nak cari duit raya ni hahaha
NasQ berkata…
@Asrul "iLham" Sany tu la pasal... syok oooo buli ni... hahahha... terkulat kulat je muka...
syiela berkata…
muahahaha.. ko mmg kejam..

tapi kalau Iqbal yg beratur tu sure dia kaut semua sampul tu.. dia dengan muka tak malau sudi je buat semua tu kekeke
NasQ berkata…
@syiela kejam tak kejam sangat la... tahun lepas aku surah baca sifir 13... hoho...
Sop berkata…
hahaha.. duit raya derma ikhlas,, kalau x der duit x yah bg.. buat x tahu jer.. hehehe
budak skrg pun cepat paham :)
Unknown berkata…
Kalau sepupu sepapat yang kecik-kecik comel lote, Dira akan suruh diorang salam dan cium pipi dulu. hehe

p/s: sebab mood ke laut, kelas hari ni semua cancel. Esok pun rasanya mood masih lagi ke laut kot. huhu
Farahani Faizal berkata…
haha..lucu lahh...
sian budak2 tu kene buli...
ambek kau kene ketuk dah...haha
btw,selamat hari raya ..n.n
beat berkata…
hampeh tapi beh :p
emarieys berkata…
jahatnya..buli budak-budak..
Unknown berkata…
haaaa, pe lagi.. cepat hulur duit rya kat aku!! muahahahahaha
Yutaka Mushimura berkata…
hahahaha..pesan memesan kan elok....ada kalanya pesan memesan, nasihat menasihati generasi akan datang akan merubah dunia dimasa hadapan...

go for it...:P bukan menyiksa, cuma sekadar memberi ilmu pada yang sudi.
~Sal Ismail~ berkata…
aku ada byk duet raya lebih ni..mau?? =p
biela bell berkata…
Aku nak duit raya TK!!!
Unknown berkata…
kahkahkah...kejam disitu
tp mmg seronok dpt bg duit ry kt budak2

thn pertama merasa itu rasa TK!
Unknown berkata…
ahahahha kalo aku yg beratur 2.. aku suro kau lak bce 1000--1 secare terbalik gak ahahhahahahaah
Rain berkata…
aku budak lagi ni.. tahun depan tak beraya umah ko dah. g umah sebelah je
Chuu Muqhlis berkata…
hahaha kejam tk.. XD