Tarikh: 31 Ogos 2013. Lokasi : Pantai Impiana Resort. Waktu: 7.00pm Aktiviti: Melepaskan anak penyu sebanyak 56 ekor sempena ulang tahun Kemerderkaan Negara yang ke 56. Harga seekor anak penyu yang dilepaskan RM 10.00 Berbaris menunggu giliran pengagihan anak anak penyu... Aku ambil 3 ekor anak penyu untuk dilepaskan... Puteriku dah tak boleh dukung lagi dah... Macam macam stail dah dia buat... Sesi penerangan cara cara pegang, pelepasan dan tujuan aktiviti... Cara pegang anak penyu yang betul... Pegang di sisi... Jangan pegang di perut, kalau tak, belum sampai gigi pantai dah mati dah!!! Penyu pertama... Sebelum dilepaskan anak anak penyu ini perlu diberi nama... Yang ini Zara... Yang ni pulak Zulaikha... Dan yang sangat aktif ni pulak Izz... Nampak tak kat situ... Perasan tak? Tu nama anak aku tuh!!! Izz Zara Zulaikha... Acara melepasakan anak penyu pun bermula... Tengok si Izz ni... Lepaskan je terus berlari macam terbang...