Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Mitos Karut

Cowboy Naik Kuda...

Kalau di Amerika, terkenal denagn cowboy dan kudanya... Kalau ada kuda mesti la ada aksesorinya... Lengkap dengan pelana, tapak kaki, dengan topi cowboynya... Tu dekat Amerika... Dekat Malaysia pun ada cowboy jugak... Cowboy Malaysia pun pakai kuda jugak... Kuda bertayar... Tapi cowboy Malaysia guna aksesori lain, special punya... Helmet, itu wajib... Dan yang paling penting... RAINCOAT... Notakaki: Tengah kepeningan dan kesejukan selepas meredah hujan renyai2 di Kuala Lumpur pagi2 ni...

Madah Orang Tua Tua.

Madah Orang Tua Tua. Entry kali ni, pendek sahaja... "kalau bapak kencing berdiri, tentulah anak kencing berlari jogging, dah tentu tentu mestilah cucu pun kencing sambil berlari pecut" "bapak ketam nak ajar anak ketam berjalan lurus, padahal bapak ketam pun jalannya senget!" Tu orang tua bermadah... Ni orang muda pulok nak berkata kata... ... ... Ala... tadi ingat nak tulis apa... Sekarang ni dah lost pulok! Ni makan udang banyak sangat la ni...

Hahaha... Lawak Betul La...

Selama ni dia yang jadi raja... Raja segala raja termasuk sekali raja kapoor... Raja fitnah... Raja putar alam... Raja kutuk serang peribadi orang... hahaha... Lelaki Y berkata: “Saya menafikan sekeras-kerasnya, ia berniat jahat dan fitnah, saya nafikan secara keras saya adalah individu dalam video tersebut." sedutan Berita tadi, baik punya pusing.. Bila sekali taik burung kena tepat dekat batang hidung... Macam2 pulok dia auta pusing sana pusing sini... Yang satu pun tak selesai lagi... Duk tangguh tangguh... Sampai pejam mata baru nak dapat keadilan kot... apa la nak jadi dengan dunia sekarang... Dia kata anu buruk, busuk, taik... Anu kata, polan ni hangit, tengit, lemau! Tak habis2... Yang patut dibela rakyat! Tak dibela pun! Hari ni bawak 50 hinggit pergi pasar, tak de apa dah... Habis gitu jea... Walaupun yang sebenarnya aku tak ke pasar pun... muahaha... tapi aku sangat memahami keadaan pasar sebab dari kecik lagi dah bergelumang dengan dengan pasar... aku tengah risau ni...

Suka Suka Tukar...

Ada orang suka menggunakan sesuatu tu sampai lusuh, sampai benda tu tak boleh nak guna dah... Itu pun barang itu masih disimpn sebagai kenangan... Ada orang suka tukar barang yang digunakan... Tak kesah la barang tu disukai atau pun tak... Bagi mereka, tiada nilai pun kalau barang itu di simpan... Ok... Intro yang mengarut... Sebenarnya, aku nak marah dan terkilan ni... Nak marah kepada rakan rakan yang suka suka nak tukar no handphone... Kalau tukar tu ada sebab tak pe la jugak... Ni ikut suka2 jea... Aku pun tak pernah tukar lagi no aku ni... dari tahun 2000 lagi aku pakai no ni... dari harga simcard masa aku beli dulu RM180..., sampai la harga simcard sekarang boleh bagi percuma camtu jea... tu pun aku tak nak tukar lagi... Dan yang paling aku nak marah ni, bila tukar tak bagi tau aku... Yea la... Aku tau la siapa aku ni... Tak penting pun kan... Tapi bila di saat yang penting macam kematian ke... Macam mana nak bagitau korang ni! Macam tadi... Aku nak call seorang sahabat... Elok

Cari Mood...

Hilang keindahan yang tinggal Hanyalah sepi Berlabuh sengsara Di mata menunda masa Hanyut bermimpi Dalam arus duka lara Pandangan Menghilang Ku warnakan sepi Menjadi tarian indah Biar langkahku sumbang Mencari syurga lama Yang tertinggal dalam jiwa Dulu tiada harga Kerana buta Keriuhanku tidaklah bermakna Setelah sepi ini tiba Aku bagaikan tak terdengar lagi Suara hujan gugur berderai Bersama rindu angin lalu Memenuhi pilu Yang sering tiba dalam dada Menjadikan aku sahabat pada sepi Tegak berdiri kaku Di atas mimpi yang membeku Berdusta diriku pada simpati Walaupun padam segala cahaya Demi tiada lagi impian Pembunuh kasih baja perasaan Ku sepikan diri darimu Di sana satu masa Mungkinkah kita ditemukan Bersama bahagia dan derita Oh di sana nanti Semua kan menjadi Bagai saksiPada sepi ini Gigil menggigil aku Ku dengar suara kebesaran Terbangun dari tidurku Suara azan berkumandang Terketar ketika itu Manakah arah tujuan Berlinang air mataku Menitis ke bumi penyesalan Garis panduan tiada k

Berita Mengejutkan...

Berita yang sangat mengejutkan... Seorang sahabat... Sahabat lama... Sahabat ketika belajar di ASBKJ dan UiTM... Teman... humppp... telah meninggal dunia pagi ni... Al fatihah kepada Mohd Ishak Bin Mustapha Kamal... mood tengah sedih... tak dapat melawat sebab kebodohan sendiri sebab tak pernah jejak kaki di kampung Allahyarham...

Lepas SPM, Apa Yang Perlu Dilakukan?

Lepas SPM, Apa Yang Perlu Dilakukan? Bagi bekas2 pelajar2 yang mengambil exam SPM tahun lepas... Tentunya sekarang tengah rasa berdebar debar yang amat sangat... Yea la... keputusan SPM akan diumumkan tak lama lagi... Ada jugak yang tak ambil port pun... Macam aku dulu, humpppp... boleh dikatakan aku tak ambil pusing pun... Lantak la kan... Apa nak jadi pun... Tapi Alhamdulillah la... Result pun tak la ke laut sangat... Boleh la nak sambung belajar... Masa lepas SPM, aku tak tau pun ke mana arah aku... Mana bidang yang patut aku terjun... Jangan silap terjun dah la... Ramai jugak kawan2 aku yang silap terjun bidang, sampai sekarang, kerja tak mengikut kelayakan sedia ada... Masa nak isi borang tu, korang percaya tak aku main lambung dadu jea nak pilih bidang apa! Sebagai panduan, nasihat orang yang dah berkerjaya dan belum berjaya sangat lagi... 1. pilih bidang berdasarkan pasaran kerja masa hadapan... contohnya, bidang penyenggaraan, telekomunikasi, teknlogi hijau..

M.A.L.A.S...

"Unta padang pasir pun tak malas macam tukang karut ni..." Rutin hari ini hanya berkisar di sekitar katil yang tak berapa nak empuk... Dan sekitar bilik yang luasnya ermmm hanya sekangkang kera... Tak nampak matahari pun lagi hari ni... Sampai nak makan pun, semua main call mcD jea... Punya la perasaan malas tu menebal setebal lemak2 yang bergayutan... Bila perasaan, sifat dan perlakuan MALAS ni datang, satu kerja pun malas nak buat... Bilik pun dah layak dikategorikan sebagai tongkang pecah... hummppp... ada tak yang berminat nak jadi maid sukarela... hummmpppp... malas nye... nak taip entry pun macam malas sangat... wuaaghhhh... nguap besar2 macam badak air!

Mata Ditupang Lidi...

Kelopak mata tersangat sangat la berat hari ni... Hampir2 nak terkatup dah... Sedang bermalas malasan di pejabat... Bos besar tak ada... Sedang bercuti... Surat bersepah sepah atas meja... Pandang sebelah mata jea... Ah...lantak la... Minggu depan jea la tengok... hari ni memang niat datang pejabat untuk bermalas malasan...

Sakit...

Bila badan dipaksa berkerja lebih dari hadnya... Akan sampai kemuncak limitnya... Maka terasa la kesakitan di semua sendi2 dan otot2... Berselirat urat dan tulang... Bersimpuh tersekat darah mengalir... membuat kepala berpinar2... mungkin tekanan darah naik lagi... Badan sangat penat... tetapi mata seakan tidak mahu tutup... Mungkin mata pun dah pandai mogok... ermmm... ada sesiapa yang tahu di mana nak ambil mc tak?

Terjawab Persoalan Mimpi...

Kali ini bukan lagi mimpi... Kini dah jadi kenyataan... Persoalan dalam mimpi , telah terjawab oleh dua orang yang bijaksana... Yang bisa membuatkan aku pun pening kepala untuk mengistihar pemenang... Kedua duanya telah berjaya membuat aku tersengih, sambil garu2 kepala... Adei... Walaupun undian dibuka untuk mencari pemenang, pun masih lagi tergantung tak bertali... Masing-masing pengomen memilih untuk mengundi kedua dua mereka... Jadi untuk berlaku adil dan saksama, aku telah membuat keputusan... Keputusan ini tidak boleh dicabar dan dibawa kemana mana mahkamah, hatta mahkamah agung sekali pun... Muktamad! dan.... Pemenangnya adalah... jeng...jeng...jeng... Aku bagi dua2 la... Kalian berdua patut berterima kasih kepada pengomen yang kata patut bagi dua2 sekali... Kepada Intan dan Plankton ... Hadiah akan dipos esok kalau aku berkesempatan... Anda berdua boleh memilih salah satu hadiah di bawah ini... Kalau sama pun tak mengapa... sebab semuanya sepasang... Sekian... live dari Lapang

Cermin V2...

"Do Nothing Is The Best Solution... Once you disturb it, it become worse..." sisi lain... ilham datang ketika mimpi... renung-renungkan jangan sampai termenung di atas tangga... orang tua kata, nanti tak laku...

Cermin...

sisi lain... bayangan di dalam cermin... wajah yang sama... tetapi berbeza hatinya... sudah sampai saat dan ketikanya... belajar menghapuskan sifat memiliki... tak semua kehendak dipenuhi... belajar untuk melepas pergi lagi...

Insan Insan Kreatif...

Di bawah ni, insan insan kreatif yang sanggup menyabung nyawa untuk menjawab soalan ilham dalam mimpi aku yang sedikit gila tu... Muhahaha... Aku perlukan sokongan anda semua untuk mengundi... Insan mana yang paling kreatif sehingga membuatkan anda tersengih hingga nampak anak tekak!!! Cik Plankton kita kata macam ni... Memang mengarut betul.... Aku pun tersengih gak ni.... huhu... Walaupun blog dia disablekan untuk copy... tapi... silap la berurusan dengan pakar... Ini dia mengarut apa ntah, layannnnn jea la.... Contest gila susah by incik nasriq pulau pandan jauh ketengah, GUNUNG DAIK BERCABANG TIGA, sekarang dah jam dua belas setengah, idea menghupdate tak datang juga. pegi ke jeti cari BOT PENAMBANG, hajat melawat ke TANJUNG SIMPANG MENGAYAU, idea kering..tak dapat nak gebang, camne nak pancing sang kaki rayau? (blog visitor la ni :) naik perahu menuju ke KAPIT, hajat ingin membeli SUSU, (motif pegi kapit semata2 ntok bli susu tak dapat dikenal pasti.. :] bile dah mule rase terse

Rumah Panjang Kapit Sarawak.

Rumah Panjang Kapit Sarawak. Lokasi: Rumah Panjang Jandok Ulu Yong, Kapit... Walaupun dah menjejak kaki ke bumi kenyalang ni berpuluh kali dah, sekali pun aku tak pernah lagi menjejak kaki ke rumah panjang kerana rumah panjang yang aku temui selama ni semuanya dah moden... Rumah panjang yang dah jadi macam rumah teres... Dibuat daripada batubata... Siap ada astro belaka... Tu yang sangat malas nak masuk... Tapi yang ni lain... Sangat lain... Sebab boleh dikatakan tak terusik dek kemodenan dunia hari ini... Kacak bergaya tak bos besar aku ni... Huhu... Fida, sila jangan report!!! Erm... Ni la perempuan PiTiDi yang dimaksudkan fida... Dia kata pertama kali ke Sarawak... Patut pun lain macam jea berianya... Layan jea la karenah dia ni... banyak bebenor songehnya... Cuba teka apa lelaki tak berbaju ni tengah buat: A) Berjoget lambak B) Silat pulut menyambut kedatangan kami C) Melatah kegirangan. D) Nak parangkan kami kerana datang tak bagi salam!!! Bukan...bukan.

Jelajah Kapit Sarawak dan Menyelursuri Sungai Rejang Sarawak

Jelajah Kapit Sarawak dan Menyelursuri Sungai Rejang Sarawak Kapit... Daerah asing yang selalu bermain di telinga, tapi langsung tiada hati untuk ke sini... Ntah la... Mungkin sebab kedudukannya yang jauh dari bandar2 utama di Sarawak... Nak ke sini pun, satu2nya jalannya hanya menggunakan bot merentasi Batang Rejang... Perjalanan yang memakan masa 3 jam merentasi Sungai terpanjang di Malaysia... Semua barang2 datangnya dari Sibu menggunakan tongkang... Termasuk la kereta pun... Sebab Kapit tiada access ke daerah lain! Kalau bukan sebab bos besar nak sangat ke sini, mungkin aku tak akan jejak kaki di sini kot... Ok la... Badan sangat sangat tak nyaman dengan hidung pun tersumbat... Kalau la ada tukang urut kat sini kan best... Mau lena sampai esok pagi ni... Kapit, Sarawak Menaiki Bot Ke Kapit Terminal Penumpang Sibu

Selamat Sudah...

Erm... Nak intro cam mana ni ek... Kang nak cakap aku keluar lagi... Nampak sangat riaknya... Nak cakap keluar sebab berkerja pun nampak sangat riak kerajinannya... Padahal... Ermmm... Ntah la... Ni pun baru jea sampai di Sibu... Badan dah sakit2 dah... Tak ada rest pun... Hidung pun dah tersumbat... Sejak kerja ngan JKR ni, belum sehari pun lagi ambil MC... Hahaha... Gila poyo... MC pun nak cerita dengan orang... Rasa cam nak MC jea Jumaat ni... 14-17 Mac... Sibu - Kapit - Sibu - Kuching... Haih... Ada sesiapa sini orang Kapit? Tau ke apa yang ada di Kapit ni... Dah la nak kena bangun awal pagi esok... Kena naik bot panjang lak tu... Harap2 tak ada la bujang senang... Yang nak naik bot ni pun bujang susah... 3jam perjalanan... Jangan la ulu sangat tempat nak ke kapit sok ni.... Haihhhh!!! Update terkini: setakat ni hanya Deq Ah sahaja yang berminat nak hadiah contest yang susah tu...muahahaha...

Ilham Dalam Tidur...

Selepas kena kutuk kaw kaw punya sebab selalu buat contest tak rasmi, hari ini, dengan rasminya, aku nak buat contest yang tak rasmi jugak.... Muahaha... Ikut suka aku la... Macam biasa tak ada peraturan, tiada masa dihadkan, tiada hadiah yang dinyatakan secara spesifik, tiada halangan untuk sesiapa pun tak kesah la anda seorang blooger mahupun bukan... Ilham nak buat ni datang masa dalam mimpi malam tadi... So, faham2 jea la kalau dalam mimpi tu kan... Ada beberapa perkara yang diingat dan ada perkara yang tak ingat langsung... Ok... Sebelum entry ni mengarut ke laut, baik aku lurus kepada titik... Kreatif... Itu yang aku perlukan... Di bawah ni akan aku sediakan beberapa patah perkataan... aku nak sesiapa yang bijak pandai menggoreng di blog masing2 dengan kreatif sehingga aku boleh tersengih lebar dia yang akan menang... tak lebih 200 patah perkataan... Muhahahaha... gelak jahat.... Contest gila susah... Ok... Ok.... Perkataan itu adalah: GUNUNG DAIK BERCABANG TIGA, KAPIT, SUSU, KEK

Keindahan Matahari Terbenam Di Tip Of Borneo Sabah.

Amaran: Ini adalah entry bergambar... Kerana melalui gambar, ada bermacam cerita yang tersurat dan tersirat... Tak perlu nak mengarut... Keindahan alam ciptaan Allah ni memang tak terjangkau dek permikiran kita yang kononnya pandai ni... Tidak akan ada lagi gambar seafood lagi... Sudah kena ban dengan keras di blog ini... Sangat mencabar keimanan... Ok... Hayati suasana keindahan alam ketika matahati terbenam... Keindahan Matahari Terbenam Di Tip Of Borneo Sabah. Keindahan Matahari Terbenam Di Tip Of Borneo Sabah.

Mencari Hang Tuah...

Mencari Hang Tuah, bukannya mencari Hang Buah, atau pun bukan juga mencari Hang Kebun... Cukup setakat itu intro yang mengarut... Petang ni akan berangkat ke Negeri yang tak bersultan yang pernah mempunyai sultan yang glamour suatu ketika dahulu, negeri yang konon2nya ada mitos bercerita tentang kehandalan lima Hang bersaudara... Ada sesiapa orang Melaka di sini? Tau mana tempat yang menarik yang patut aku sampai? Selain daripada tempat2 ni, zoo melaka, taman buaya, taman malaysia, taman asean, taman orkid, taman rama-rama, ikan bakar umbai, pantai klebang, Afamosa, majid tanah, masjid cina perkampungan portugis, perigi hang tuah, muzium, muzium maritim, dataran merdeka, dataran pahlawan... sebab semua aku dah pernah jejak kaki dekat sana... Aku pun nak jadi macam hang tuah jugak, nak jugak tinggal jejak... mana tau kot2 masa depan anak cucu aku boleh tengok jejak aku... Jejak Hang Karut... ahhhh.... mengarut jea la...